Sekali lagi dalam hidup, saya terpaksa buat pilihan dengan tepat yang menagih pengorbanan. Bosannya.
Kelmarin saya mendapat khabar saya dikhabarkan tawaran jawatan tetap Pegawai JAKIM. Semalam suratnya sampai di kampung. Orang lain mungkin kegembiraan dengan seribu kesyukuran, apatah dalam waktu gawat dan sukar mencari kerja. Setakat ini tiada rakan setemuduga yang berjaya, ingin menolak. Namun tidak bagi saya, walau terasa kewangan saya makin terasa sempit.
Menerima tawaran, bermakna pengajian Sarjana sekarang terpaksa dikorbankan. Berhenti di tengah jalan. Keseronokan suasana akademik tetapi kemalasan siapkan tugasan juga akan berakhir. Kewangan pun mungkin stabil, tempoh perkhidmatan juga lebih panjang. Tidak ternafi peluang dakwah juga luas jika pandai mencipta ruang, apatah JAKIM berkait rapat dengan agama. Maka jawatan ini antara menjadi pilihan sekiranya ingin berkhidmat dalam kerajaan.
Namun buat setengah jalan dalam pilihan belajar, bukan sifat saya biarpun hasil pendidikan tidaklah sempurna dan setinggi mana. Apa yang saya dapat lakukan, kuatkan doa agar pilihan nanti tepat di samping membuka ruang dakwah yang lebih luas. Ikut sahaja gerak hati, tetapi hati saya tidak bersih. Yakinnya Abu ‘Ala al-Maududi dalam membuat keputusan kerana satu pegangan. Ia yakin pilihannya tepat selagi mana hatinya ikhlas.
Alangkah bagus kiranya ada yang menasihati dan memberi peransang. Namun sehingga kini hati sangat sayangkan pengajian sekarang, biarpun belajar makin memeningkan. Adakah ianya tepat? Atau masih ada ruang dan cara kedua-duanya boleh digapai dan tidak dikorbankan? Wallahua’lam.