Dalam tinta berbicara,
leraikan segala sengketa, rindunya wajah-wajah ceria,
ukhuwah bukan dinilai rupa meskipun harta,
hanya mengejar tingkat mulia, menjadi cahaya atas cahaya,
bahagianya di taman syurga, tiada dendam hasad haloba,
namun layakkah kita, hati masih dipalit noda,
hadirnya Rejab membawa petanda, peluang amalan berganda,
menanti bulan yang lebih mulia,
maka kemaafan awal dipinta, diiringi secangkir rasa,
moga pintu kemaafan dan ukhuwah terkuaklah seluas-luasnya,
menyambut sama hadirnya takwa dalam diri yang hina.






salam ziarah..bagusnye posting kali nih~
selamat menyambut bulan sya`ban pula~
(^_^)
Hanya sedikit luahan dan harapan.
salam…
kaifa hal masuli…
smg ujian yang melanda semakin mengutuhkan kekentalan ruh dakwah yang sememangnya tidak pernah bergetar walau pelbagai tribulasi mendatang.
Doakan saya peroleh kekuatan seperti ustaz…amin…