“Ustaz, apakah kuliah yang paling mudah di Azhar, Mesir selain belajar di Ma’had Shoubra?”
Saya terpempan. Bukan dengan soalan tetapi bentuk pemikiran soalan. Setelah hampir dua jam saya mengisi slot hala tuju tersebut di ITQAN, soalan itu bagai menunjukkan sebuah tanda aras. Slot saya masih kurang berjaya dalam mengubah minda mereka jika diukur kefahaman jangka pendek. Mereka masih selesa dalam mudah. Takut anjakan, kurang keberanian dan ragu pada keupayaan untuk menggapai cita-cita. Masih tidak memandang akan kelebihan dan potensi yang ada pada mereka sendiri. Namun sekurang-kurangnya sudah ada pendedahan untuk difikirkan dari sekarang.
Kerana terpempan dan sedikit kecewa jawapan saya juga mengikut rentak soalan. Jawapan kurang tepat apatah lagi untuk meyakinkan. Setelah difikirkan semula, sepatutnya saya lontarkan sebuah keyakinan. Mereka sebenarnya memiliki satu kekuatan. Untuk mereka semua tiada kuliah yang susah. Kesemuanya mampu diredah. Kerana apa, atas dasar apa? Kerana mereka telah memegang satu kunci ilmu yang besar. Satu syarat wajib untuk menjadi ulamak bagi ulamak-ulamak terdahulu. Mereka hafaz al-Quran, 30 juz. Bukannya 8 juz sekadar cukup muqarar kuliah. Atau 2 juzuk setiap tahun yang tidak dibawa ke tahun hadapannya seperti Usuluddin di Syibin.
Kata ayah, “Orang yang menghafaz al-Quran adalah pilihan Allah.” Jika dilihat sejarah pengajian dan ciri asas ulamak terdahulu pastinya hafiz al-Quran. Syarat utama tanpa ada kelonggaran. Namun kini timbul istilah yang tidak enak ketika saya menuntut dahulu. Hafiz tidak alim, alim tidak hafiz. Bagaimana itu?
Al-Quran masih tidak berapa ingat itu cerita belakang. Lain halaman. Ini cerita untuk mengembangkan kemampuan. Juga untuk bina persediaan mengambil lain bidang, yang digembar gemburkan seribu kepayahan. Syariah susahnya bukan kepalang, Usuludin tidak payah harap kalau tidak pandai mengarang. Kuliah al-Quran Tanta, oh sukarnya dan kita tiada kemampuan. Padahal mereka ini ramai yang tiada pilihan. Hendak belajar Shoubra bukan hafiz al-Quran. Hendak belajar Madinah tiada tawaran. Hendak belajar Jordan tiada bantuan dan kewangan.
**********************
“Abang, kitaorang mahu imtihan(periksa) ini. Doakanlah ya.” Sudah adat di Mesir apabila imtihan ingin menjelang, pasti menagih doa rakan-rakan. Pantang bertembung itulah permintaannya.
“Engkau orang ambil imtihan, pasti luluslah,” jawab seorang senior berlainan kuliah apabila diminta sedemikian.
“Mana abang tahu, kita orang muqarar 30 juz…”
“Alah Shoubra, madahnya (mata pelajaran) bukan banyak mana pun. Sudah itu pula muqararnya (sukatan pelajaran) sedikit, lepas itu.. bla..bla..bla..” Apa lagilah cerabihnya yang berjela-jela. Mungkin untuk melihatkan dirinya susah sangat belajar kuliah. Sebab itu payah lulus dan kena ulang-ulang tahun. Jika lulus di kira hebatlah. Saya tetap rasa jengkel apabila dibandingkan begitu.
“Abang tolong doakan saya, imtihan sudah dekat ni,” pinta saya untuk meramah mulut. Ketika itu hanya saya seorang bertembung di tangga dengan seorang senior lain. Dia seorang pelajar kuliah Syari’ah.
“Alah Shoubra, mudah sahaja, pasti lulus punyalah,” ujarnya bernada lekeh.
“Amiiin. Kita belajar buat apa minta susah,” jawab saya sambil meraup tangan ke muka.
Terdiam pula dan dia terus berlalu tanpa ada pula ulasan panjang.
**********************
“Kenapa anta hendak sambung belajar di Tanta?”
“Sebab rasa tidak cukup ilmu ana di Shoubra. Banyak mainlah.”
“Belajar di Tanta itu paaa..yah, anta confident sangatkah?”
“Tidak juga, tetapi ana ingin cuba. Payah itu bagi orang lain. Bagi ana belum cuba belum tahu.”
Banyak keputusan yang saya ambil dalam hidup bukan atas keyakinan yang penuh. Itu satu kelemahan. Full confident memang kurang ada dalam diri yang bertahun terdidik pasif. Namun saya tidak mahu selama-lamanya ia membantut kemahuan saya dan menghalang segala cita-cita. Lalu saya ubah dengan kata kunci lain. Belum cuba belum tahu. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jadilah peneroka anda akan menjadi hebat.
Kalau orang kata kepada kita, “Gula-gula ini saya rasa tidak sedaplah”
Datang orang yang kedua juga kata begitu. Kita juga pun akan kata begitulah juga. Namun presepsi kita mungkin berubah apabila kita turut merasainya. Kita tidak akan tahu apa rasa yang sebenarnya selagi kita tidak mencuba sendiri untuk rasa. Baru kita akan benar-benar yakin. Yakin dengan diri, yakin dengan fakta.
**********************
“Oh, kamu belajar di kuliah al-Quran Tanta sekarang ya?” Tanya seorang pegawai kedutaan di Kaherah sambil membelek pengesahan kuliah saya. Setiap tahun pengesahan kuliah perlu di terjemahkan dan disahkan oleh pegawai JPM di sana.
Saya hanya mengangguk. “Baguslah, ini baru dikira kuliah yang sebenar. Shoubra dahulu lain, Maahad sahaja,” ujarnya bersahaja dan saya hanya terdiam.
Selepas keluar dari bilik pegawai tersebut, saya bertanya dengan seorang rakan Shoubra. “Anta masuk tadi ada tidak pegawai itu cakap apa-apa tentang Shoubra?”
“Tiada pula, kenapa?” Tanyanya hairan.
“Oh,tiada apa-apa.”
**********************
“Lama lagikah Ajie belajar di sana? Mengapa yang lain telah pulang bekerja, kau masih belum selesai?”
Bentuk-bentuk soalan yang dilontarkan kepada saya ketika masih mengaji di Tanta. Saudara mara dan juga orang-orang kampung yang sibuk-sibuk pula ambil tahu. Musykil juga mereka kerana saya masih lagi tidak selesai-selesai pengajian.Ambil berat sungguh diaorang ini. Mungkin anak-anak dara mereka makin menginjak dewasa dan mereka merasa saya adalah calon menantu terbaik. Mungkin sahaja. Atau fikir mereka apalah budak ini buat di sana. Makan tidur sahajakah? Baik lagi soalan yang sedemikian dan boleh diterima.
Ada juga yang bertanya dengan tidak berlapik-lapik, “Engkau ini belajar apa lama sangat? Tidak lulus-luluskah?”
Soalan begini sudah kurang ajar sedikitlah. Bertanya dengan seribu prasangka dan presepsi buruk. Tiada ketelusan. Apatah lagi ketika itu kecoh pelajar Mesir malas belajar sehingga tidak lulus dan kualiti tidak membanggakan. Walaupun ada sedikit benarnya, tetapi jangan dihukum kesemuanya.
“Saya belajar ijazah kedua. Yang pertama dahulu sudah selesai.”
“Ooh, belajar masterlah. Hebat. ” Bagus juga ini buat menantu, fikir mereka mengikut telahan saya.
“Bukaaan, yang ini ijazah juga.”
“Aik, kenapa dua ijazah? Pertama dahulu tidak iktiraf kah? Rugilah, lebih baik sambung di Malaysia.”
“Iktiraf, cumanya ia berbeza. Belajar sekarang ini lebih mendalam. Lagipun..” (perbualan seterusnya tidak boleh dinyatakan kerana khuatir ada yang sensitif dan melatah)
“Bagus, bagus, bagus, belajarlah rajin-rajin.”
(Entry ini lebih terfokus pada pelajar Huffaz dan guru bagi Huffaz terutama yang mengambil Diploma al-Quran JAKIM.) Bersambung….






sambung lagi prof..xsabar ana nk bce..sanye masalah ana skrang lbh kurang cm masalah prof dulu..orang kata lughah kt kaherah ssh dan ade jgk kte sia2 blaja lughoh..blk bknnye gne syair2 arab yg puas kte hafal pon..ana da pening dgr bnde2 cmni..ana keseorangan utk kuatkan dri dan betulkan pemikiran org lain terhadap kuliah lughoh.. klu abg ibrahim khalis blh lulus setiap tahun kuliah tu kt kaherah,masakan ana xboleh..cume perlukan sokongan moral supaya semangat ni xluntur dan goyah..hrp prof smbng lg post ni cpt2.syukran.(“,)
Banyakla prof, ada pula yang cengil nanti anta panggil Ust macam tu. Anta teruskan sahaja kuliah itu Nafi’. Belajar kuliah di Mesir pastilah muqararnya tinggi. Bukan kuliah lughah sahaja, kuliah lain pun banyak perkara tidak berapa digunakan di sini. Namun tetap berguna untuk diri sendiri.
Anta perlu buktikan pelajar Tahfiz juga ada hala tuju jelas dan keberanian. Kalau sudah pilih lughah, teruskan dan targetlah sampai master di sana. Jika sebelum pilih dahulu pasti Us minta anta kaji semua kuliah. Jgn risau, kuliah lughah ada potensi untuk kemantapan tafsir.
Jgn lupa minta petunjuk Allah selalu dan jangan selalu bangga diri. Hidup kita kena tawadhuk, bukan sering memperlekehkan dan mepertikaikan orang. Tapi bukan antala Nafi’.
Boto tu ajie….kita kene percaya pada ‘the can mentality’ lebih-lebih lagi dengan ‘kitab ultimate motivation’ al quran di dada….klu org lain boleh buat, why kita takleh? so, berani berubah, itu pokok pangkalnya…. ajie, apo perkembangan projek buku kito? lamo den nunggu emel ko…ada masalah kah?
Maalish, baru-baru ini kono domam Denggi. Terjalar kek spital Sremban seminggu. Sekarang ni ado laiela kobeh-kobeh aie. Menatang kocik pun kito boleh kalah.
Ghaso aie dah balehkan email tu? Cumo takleh start laie. Skrg tgh cari bahan utk coursework ni ha. I.Allah aku akan cubo buek satu dahulu.
2 tahun lagikan?
assalamualaikum ustaz..
igt ana lg x??ana slalu bc blog ni..cme msih x brani nk bg komen..
hehe..
bgus2 tulisan ustaz..tulisan yg ni mmg rase kne kt btg idung sndri ni..
ape2 pun,harap ustaz trus kuarkn artikel yg bmanfaat mcm ni..
harap tintataghyir dpt diertikn dlm erti kata yg sebenar..
syukran ya ustaz..
wslm..
p/s:ustaz,kot sy copy tulisan ustaz ni bleh x??wat renungan di kala leka..syukran!!
Maaf akh, tidak berapa perasan anta siapa. Kalau boleh kenalkan diri lagi. Komen sahaja, jangan takut dan itu lebih baik. Apapun syukran kerana menyokong dan menghargai usaha percubaan blog ini selama ini..
Boleh sahaja, ahlan sangat kalau anta mahu mengcopy entry ini.
Pernah baca “Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman” oleh Prof. Muhd Kamil Ibrahim?
Teknik penulisan enta untuk entri ni ada miripnya kepada bentuk travelog. Cuba beli-baca, memang mengesankan.
Segala salah dan silap, terlanjur bicara semasa mengajar dulu, maaf dipinta (tak berkesempatan). Semoga ukhuwah dan diskusi sesama akan terus terjalin demi menegakkan Kalimatullah.
Maju terus akhi.
Buku itu dengarnya bagus, tetapi belum berkesempatan untuk membacanya. Kalau anta mahu hadiahkan pada ana, ahlan sangat dan lagi semangat ana mahu membacanya.
Ana terbuka InsyaAllah, masih banyak perkara ana perlu belajar dalam dakwah terutama dari sudut perasaan zauq terhadap mad’u.
Dakwah fardhiah masih lagi longgar. Biarpun tidak popular, pendekatan ini masih berimpak besar dan perlu pengorbanan tinggi.
[...] (Sambungan entry Kita Selesa Dengan Mudah) [...]
Ana nak jumpa enta entah bila. Lagipun, kan cerita pengorbanan, apa kata usaha cari, kata nak maju dalam penulisan?
Kadang2 kita kena bezakan memperlekeh dgn membanding-beza, mempertikai dgn mengkritik. Dalam dunia penulisan atau internet, kritikan dan analitikal itu perkara biasa, malah menjadi kemestian, tp jgn sampai mengkritik peribadi dan mendatangkan keaiban. Kena bezakan antara Ghibtoh dan Hasad. Dalam dakwah, khilaf adalah rahmah.
Populariti dan nama bukan menjadi matlamat, tapi sebenarnya perlu untuk dakwah. Apabila dikenali sbg seorang tokoh dan mendapat thiqah masyarakat, akan memudahkan proses dakwah.
Akhi, ukhuwah itu mesti jadi yang pertama.
assalamualaikum ustaz
macamne dgn pengajian sarjana
saya hrp ustaz berjaya menggenggam segulung ijazah
seterusnya dapat menjalankan kerja2dakwah
sebagaimana dilakukan oleh para anbiya
juga doakan kejayaan bdk saya
dlm imtihan diploma x lama lagi
saya hrp ustaz dapat menulis mutiara2 ilmu
dlm ruangan blog ini
salam ukhwah dari saya
Anta doakan Sarjan itu teta dapat diteruskan biarpun peritnya makin terasa dalam membahagikan tanggunjawab. Sesungguhnya doa-doa antumlah yang menjadi penguat pada jiwa Ustaz. Insya Allah antum berjaya memanfaatkan pengajian Diploma dengan sebaik-baiknya. Berjaya bukan diukur dengan Imtiyaz namun diukur dengan kesungguhan dan hasil usaha yang benar.
Salam uztaz haji Asyraf bin Dato’ haji Ibrahim al-Tantawi,
wah…boleh buat novel ni ustaz ade sambungan pulak..boleh dapat income…hehe…bg saya bagus penulisan ustaz ni sebab ianya ditulis dengan hati yang jujur dan ikhlas…(^_^)
Banyaklah novel. Bahasa yang digarap masih tidak bersastera dan kadang-kadang meleret. Biasalah, Usataz hanya menulis atas pengalaman dan harapan. Syukran kerana memberi galakan. Doakanlah Ustaz boleh pergi jauh hanya untuk agama.
salam prof,
nk tnyo ckit boleh ke lps ijazah kt shoubra, pas2 smbg bdg laen eg usuluddin ke syariah ke?
Setahu Ustaz, tidak boleh. Tetapi tidak tahulah kiranya sekarang ada perubahan dari segi syarat. Bila ada peluang ambil STAM nanti, jangan lepaskan. Sehingga sekarang STAM masih diterima baik di sana untuk belajar di kuliah Syariah, Usululuddin atau Lughah.