Ketika menjenguk sesawang yang lain, perhati-perhati juga jika blog ini dijadikan pautan. Nampaknya masih sukar untuk ketemu. Ia tidaklah mengecewakan cuma ingin juga menjejak sesiapa yang menyokong usaha ke arah perubahan ini. Jumlah kunjungan juga nampaknya semakin baik setelah membeku beberapa bulan.
Jadi di sini saya mengharap sesiapa yang membuat pautan blog ini di sudut halaman kesayangannya, bolehlah beritahu pada komen di bawah makluman ini. InsyaAllah bagi yang bersetuju, saya akan membalas pautan tersebut untuk blog anda di tepi halaman ini. Itupun bagi yang terawal sementelah masih ada ruang, dengan syarat ianya berinput positif.
Kini tengah mengemaskini pautan-pautan di tepi blog ini. Facebook itupun akan ditukar kerana kehilangan password dan email. Naurah juga antara projek yang terbengkalai. Lain-lain sisipan juga akan digugurkan yang kebanyakannya atas kehilangan password. Suasana kerja telah menenggelamkan seketika asyik masyuk saya dalam pemblogan ini.
Bagi sesiapa yang setia tidak menggugurkan link saya selama tidak diupdated, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Your support on this matter is highly appreciated.
Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi hati kita suka.






Tahniah akhi..igtkan bahasa je best..eng pun blh pg jauh jgk nie..smg trs thabit dalam usaha nta nie..
Majulah islam untuk daulah..
Perli ke apa ni? Cuba-cuba untuk kemajuan. Anta buatlah 1 blog cuti-cuti ini. Cuba-cuba sahaja dulu.
salam bro…terima kasih singgah dan tinggal jejak di blog…saya ‘follow’ ur blog ok. Semoga terus menulis
Terima kasih. Banyak pengalaman tu nampaknya.
salam terima kasih atas linknya, saya masukkan blog anta di mega link ana bahagian Islam dan Dakwah. Ana kenal solihin dekat MARA, kami sama2 kursus KPLI di Bangi
teruskan
Salam Alaika Ya Ihtiram Ustaz
ana harap ustaz dpt menulis kisah perjuangan
tokoh2 Islam di zaman kegemilangan Islam
& harapan ana supaya ustaz diberi
kekuatan oleh Allah S.W.T ketajaman
pena utk tulis mutiara2 ilmu Islam
InsyaAllah & ana akn terus ikut
ruangan blog ustaz ni
Salam, syukran atas sokongan dan kepercayaan. Saya hanya cuba memberikan sesuatu yang mungkin boleh dimanfaatkan. Tadahlah ilmu sungguh-sungguh dekat sana tu.
Salam ziarah dari sy…. Thanks coz sudi view blog saya. Mana tau? hehe
Dari blog ke blog kot. Sebenarnya saya ingin cari-cari info hosting berbayar. Masa itu terclick blog anta. Teruskan usaha anta dan syukran atas berziarah.
Sama2…