Month: April 2009

Terkilannya

Posted on Updated on

2002

“Ana nak bagi anta tugas ni. Anta kena jadi ahli panel forum,” pinta mas’ul saya, Ustaz Omar .

“Eh, boleh ke Ustaz, saya bukan pandai pun bab-ab ilmiah ni,”dalih saya cuba mengelak seboleh yang mungkin.

Tu lah ana nak bagi, Perbahasannya lebih kepada persoalan, sejauh mana kewajaran menganggotai kerajaan bukan Islam atau bathil. Ala, tak ramai de.” Terkedu juga, bab siasah yang langsung tidak dipelajari dalam Fakulti al-Quran dan Qiraat saya.

“InsyaAllah ustaz,” kalimah yang menandakan persetujuan dari saya selanjutnya mempraktikkan konsep ketaatan yang difahami. Read the rest of this entry »

Advertisements

KBAZ

Posted on Updated on

backdropkbaz-dengandetail

Salam, kepada semua yang ingin meneruskan semangat intifadha berkobar dalam diri dan ukhuwah Palestin terus mengalir di setiap urat nadi, datanglah ke “Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis” anjuran AMAN PALESTIN dengan kerjasama PEMBINA. Ini adalah lanjutan dari Rapat Umum Gaza di Stadium Melawati, Shah Alam yang lalu. Sebarkan dan ajaklah semua yang ingin bersama, berkongsi, merasai dan menyokong dalam apa jua cara, untuk hadir sebagai bukti kepedulian kita terhadap umat Islam Palestin.

Jom, jom, jom. Jom ramai ramaaaaaai.

Ghamainya Oghang Kenangan PBAKL

Posted on Updated on

images Macam mana tadi?”

“Mak ai, oghang ghamai, sampai kono pijak-pijak kaki lagi. Berjogombik.” Jawab abang saya sambil melepaskan lelahnya. Baru sebentar tadi dia dan isterinya telah sanggup menapak jauh pergi ke Pesta Buku 09.

“Baco buku sikit, brup,brup, oghang langgar. Pintu masuk keluar, samo yo,” keluhnya lagi. Dapat saya bayangkan betapa sukarnya kakak ipar saya yang bertubuh kecil itu kalau tersepit di tengah-tengah orang ramai. Sebab itu buku untuk anak-anak buah pun tidak sempat hendak beli.

“Oghang baru dapek gaji, tapi semalam hari Jumaat, pergi tak ramai oghang,” saya menambah.

Kalau saya, tiada masalah kalau ramai-ramai sebegitu. Pengalaman di Mesir, bumi seribu tarbiyah telah membiasakan keadaan seperti itu. Mesir yang sentiasa hiruk pikuk dan meriah, walaupun kadangkala menjengkelkan. Read the rest of this entry »

Analisala Berita

Posted on Updated on

Lanjutan Mukanalisa2addimah

Bada’tu Bi Bismillah tu, mesti sapa yang sinonim dengan ilmu Qiraat rasa macam pernah hafal. Itulah awal matan Hirz al-Amani, matan yang menerangkan bacaan Qiraat Imam 7. Satu permulaan ayat yang dianjurkan, biarpun awal matan ini dikritik oleh Abi Syamah kerana meletakkan Alhamdulillah yang ketiga, bukannya pertama seperti surah Fatihah.Namun disebut permulaan dengan nama Allah itu sendiri telah melihatkan al-Syatibi tidak melupakan Rabb yang memberikannya keluasan ilmu dan keupayaan.Kiranya kritikan ini bukanlah hendak mencari kesalahan dan kelemahan gurunya seperti yang kadang kala berlaku di kalangan pelajar minum susu awal lembu sekarang. Ia adalah perbahasan dan kritikan yang bertujuan untuk meluaskan ilmu. Read the rest of this entry »

Bada’tu Bi Bismillah

Posted on Updated on

KUALA LUMPUR : Seorang yang buta dan naif blog telah mencuba nasibnya untuk berjinak-jinak dengan penulisan blog. Beliau telah memberanikan diri untuk cuba bersaing dengan jutaan blog yang telah sedia ada. Sebelum itu setelah majlis pelancaran beliau telah mengadakan sidang akhbar kedua mengenai perancangannya ini. Harapan beliau agar dirinya dapat diterima walaupun hanya melalui ayat-ayat kakunya dan usahanya disokong sepenuhnya. Sekiranya blognya tidak mampu mengubah sesiapa, sekurang-kurangnya dapat membantu mengubah diri dan menganjak pemikirannya.

Di dalam sidang akhbar tersebut yang begitu rancak dengan pelbagai persoalan,  sesekali kelihatan wartawan Nafsu mencelah. Read the rest of this entry »