Bada’tu Bi Bismillah

Posted on Updated on

KUALA LUMPUR : Seorang yang buta dan naif blog telah mencuba nasibnya untuk berjinak-jinak dengan penulisan blog. Beliau telah memberanikan diri untuk cuba bersaing dengan jutaan blog yang telah sedia ada. Sebelum itu setelah majlis pelancaran beliau telah mengadakan sidang akhbar kedua mengenai perancangannya ini. Harapan beliau agar dirinya dapat diterima walaupun hanya melalui ayat-ayat kakunya dan usahanya disokong sepenuhnya. Sekiranya blognya tidak mampu mengubah sesiapa, sekurang-kurangnya dapat membantu mengubah diri dan menganjak pemikirannya.

Di dalam sidang akhbar tersebut yang begitu rancak dengan pelbagai persoalan,  sesekali kelihatan wartawan Nafsu mencelah. Antaranya, “bila ada blog ni, bolehlah cari glamer.” Cepat pula dipintas oleh wakil Hati, “harap tuan tidak lupakan niat asal menulis” sambil dianggukkan oleh wakil Iman. “Apa salahnya kita bangga dengan bakat yang ada dan tuan sendiri pasti bangga bukan?” Wakil nafsu masih lagi memancing dengan soalan panas.  “Saya harap usaha ini dapat memotivasikan diri tuan dan dapat menguatkan pihak kami,” harapan yang keluar dari wakil Iman.

Walaupun sidang itu berlaku tempoh yang panjang akhirnya beliau tetap berazam meneruskan usaha baru ini.  Jelasnya lagi, TintaTaghyir telah dipilih menjadi nama blognya yang pertama ini bersesuaian dengan tujuan asalnya, sambil mengakhiri pertemuan dan seterusnya mengakhiri majlis pelancaran blog tersebut. Semoga usahanya ini berjaya, InsyAllah.

9 thoughts on “Bada’tu Bi Bismillah

    perantaumusafir said:
    April 25, 2009 at 6:21 am

    “Seorang yang buta dan naif…”? hehe.
    terlalu merendah diri laa. agaknya siapala tuan punya blog ni ya? baru2 je buka blog dah dapat pangkat mahaguru.
    Ape cite? macam mana dakwah di sana?
    Robbuna waffaq..

      tintataghyir responded:
      April 25, 2009 at 7:12 am

      Cepatnya tindak balas. Dakwah mengembang, ana je makin kuncup. Takkan tak kenal kot. Man, ana ada letak satu artikel merapu baru tu, lanjutan mukadimah, bagilah komen sikit. Jgn lupo bagtau orang2 kampung kita kat Asyir tu. Ajie dah ada blog. Man nanti ajar ana letak gambar kat sipi boleh aie?

    ir.luziaz said:
    April 27, 2009 at 12:23 am

    indahnya ilmu bila dikongsi~~
    meninggi diri jatuhkan mati,
    namun merendah biar masih mampu berdiri~~

    mantap us ajie!
    bila nk mai mesir?bulih belanja ana pizza king lg!!
    ni nak tanya GENG MOSE tu apa ye sebenarnye??

    nwy, salam blogging dr teman blogger anda!!
    hhe.. doakn kami ye, nk exam dh ni.

      tintataghyir responded:
      May 6, 2009 at 4:42 pm

      merendah untuk meloncat lebih tinggi gamaknya. Ana takleh g Mesir lagi, mu dok balik ke? Semoga dmudahkan imtihan. GENG MOSE tu ikhwh mesirla. Sleng noghoghi. SE tu baca dgn imalah.

    siti farhana mohd yas said:
    May 2, 2009 at 12:10 am

    salam.. hehehe..mse 1st bca ingt ustaz nk ckp pasl sidang akhbr tentag org buta mana nk bt blog…selepas tgok alamat blog tintataghyir????? ooooooo…saya kenal siapa org buta dan naif yang di maksudkan..rupa2nya ustaz asyraf…tutor dhabt kami…hehehe..sebenarnya bagus ada blog.. sb dari pembacaan blog shbt2 secara tak langsung kita dpat pengalaman baru melalui kisah2 dan pegalaman yang di ceritakan oleh sang penulis…selain itu dapt menambah kan ilmu pengetahuan ….cadangan sya.. ustaz citerlah pengalaman ustaz belajar kt mesir dlu..mungkin ada pembaca yang xpernah tahu mcam mana suasana pembelajaran kat sana… tentu sekali berbeza dgn sistem pembelajaran kt universiti di Malaysia…emmm..ustaz buatlah pautan laman web universiti ustaz kat mesir dlu… mungkin ada sedikit gambar2 ka?huhuhu ini cadangn ja…

      tintataghyir responded:
      May 6, 2009 at 4:34 pm

      Tima kasih atas sokongan. Pengalaman tu tak pandai lagi nak citer. Gambar2 belum bersedia lagi. Slalula masuk sini

    najib said:
    May 2, 2009 at 10:58 pm

    dah ada peminat nampak.anta memang hebat

    Fauzee said:
    May 4, 2009 at 9:43 pm

    salam ust ajie..

    Allah..lama tak dgr berita..tup tup dia laway blog kita… Syukran jazilan atas kesudian melayari dan membaca..

    Ajie..macam mna enta skrg? ana di tahun akhir. Doakan ana najah dan dapat balik bersama dgn enta org. Nikmatnya ukhwah ni..lagi nikmat kalau dapat makan masakan enta. Lama tak rasa..

    Bila nak kahwin? ke dah kahwin?

    Ajie…rindu enta rasanya..kirim2 la berita..exam 11 hb ni. Doakan.

    +20100749743…

      tintataghyir responded:
      May 6, 2009 at 4:30 pm

      Doa2kanla. InsyaAllah Rabbuna yuwaffik. Power anta masak lagi. Dah lama tak masak untuk org. Timak kasih lawat blog ni. Ana sambung blajo lg.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s