Analisala Berita

Posted on Updated on

Lanjutan Mukanalisa2addimah

Bada’tu Bi Bismillah tu, mesti sapa yang sinonim dengan ilmu Qiraat rasa macam pernah hafal. Itulah awal matan Hirz al-Amani, matan yang menerangkan bacaan Qiraat Imam 7. Satu permulaan ayat yang dianjurkan, biarpun awal matan ini dikritik oleh Abi Syamah kerana meletakkan Alhamdulillah yang ketiga, bukannya pertama seperti surah Fatihah.Namun disebut permulaan dengan nama Allah itu sendiri telah melihatkan al-Syatibi tidak melupakan Rabb yang memberikannya keluasan ilmu dan keupayaan.Kiranya kritikan ini bukanlah hendak mencari kesalahan dan kelemahan gurunya seperti yang kadang kala berlaku di kalangan pelajar minum susu awal lembu sekarang. Ia adalah perbahasan dan kritikan yang bertujuan untuk meluaskan ilmu.

Jauh sangat lari ni, tapi tersangat-sangatlah lagi jauh bezanya isi dan susunan matan tersebut kala nak dibandingkan mukadimah di sini. Apatah lagii bila baca isi post pertama dalam blog ni, mesti dalam hati penjenguk blog merasa; “La, hampehnya mukadimah. Tajuk awal power dah, tapi isinya ala berita tu, cam budak-budak plak.” Nak buang saya rasa sayang, sebab itulah idea pertama timbul bila mula ada keberanian jadi bloger ni.

Peduli apa berita macam budak-budak. Selama ini kita baca berita di dada-dada akhbar, tak rasa diperbudak-budakkan ke? Itu ok lagi, kalau dibangang-bangangkan? “Ish, kasarnya bahasa, blog politik la ni,” getus hati penjenguk yang sudah mula naik taraf jadi peneliti. Minta maaf, tapi kalau boleh teruskan membaca.

Namun itulah realiti umum apa yang terjadi sekarang, bukan hanya cerita di tanahair, tapi cerita tentang dunia lebih-lebih lagi mengenai Islam. Banyak sangat yang diputar belitkan oleh media. Apatah lagi kalau akhbar kita terjemah bulat-bulat apa yang dilaporkan oleh media luar yang berjenama.

Saya masih ingat, kalau dulu, banyak sangat saya terbaca (kira terselak la tu, lepas baca cerita sukan dan gosip artis) mengenai penderitaan umat Islam yang didedahkan. Simpati? Mestilah simpati biar pun belum tentu lagi saya boleh menolak kalau member bagi burger Mcd free. Akhirnya simpati tu membawa ke putus asa dan lemah semangat. Asyik-asyik orang Islam juga dibunuh, ditindas dan persoalan lesu timbul iaitu bilalah Islam yang mulia ini  hendak naik.

Teringat seorang saudara rapat saya bertanya, ketika Hamas belum glamer lagila kat tanah air kita ni. “Kenapala orang Islam di Palestin tidak boleh bersatu? Asyik berperang je Fatah dan satu group lagi tu, apa dia?

“Hamas.” Saya mengingatkan.

“Ha, Hamas. Sebab itulah Yahudi menang.” Tegasnya yakin.

“Bukanla, kita tidak tahu sebenarnya berita yang sahih dari sana. Itu kalau kita baca berita dari sumber asing. Biar nampak di mata orang Islam dunia, semuanya salah mereka bukannya Yahudi yang pernah dijanjikan Allah akan Baitul Maqdis dulu.“ Kira panjang lebar juga diterangkan apa yang saya terfikir, namun itulah juga yang ia yakini. Begitu hebatnya penangan media.

Akhirnya saya buat satu prinsip, kalau cerita-cerita dalam akhbar ni, baca boleh, tapi percaya bukan jangan, tapi belum tentu. Fikir saya mudah, kalau hendak tahu kebenaran di sebalik laporan mengenai sesuatu isu atau kecenderungannya, kita kaji siapa yang beruntung dan siapa yang rugi setelah tersebarnya berita tersebut, baik jangka pendek atau panjang Bacalah sambil memikir dan buatlah sedikit kajian, jangan lurus bendul dan percaya bulat-bulat macam kita baca laporan keputusan perlawanan bolasepak PL kelmarin. Apa perasaan anda, andai membaca satu laporan, biarpun kecil dan menjadi sisipan di pojok halaman akhbar yang bertajuk: Dua Helikopter Israel Ditembak Jatuh Oleh Pejuang Hamas

9 thoughts on “Analisala Berita

    Tintatghyir responded:
    April 25, 2009 at 7:47 am

    Salam, boleh sapa2 bagi tunjuk ajar, macam mana nak hilangkan Possibly related posts: (automatically generated) di atas. Tah sapa2 punya post keluar tu. Buatnya pelik2, nayala saya, tolong aie. Baru belajar, main click2 je tadi. Syukran

    salman6057 said:
    April 27, 2009 at 5:38 am

    nampaknya seperti blog tintataghyir ini dah berjaya menghilangkan features ‘Possibly related posts” dari paparan…
    kira mantap jugaklah ye..
    hehe

    are'da said:
    April 27, 2009 at 9:21 pm

    salam ustaz….=) doakan kami exam dhabt rabu ni..

      tintataghyir responded:
      May 6, 2009 at 4:38 pm

      Balik kg, jgn lupa buka blog ni.

    AHZ said:
    April 29, 2009 at 7:25 pm

    Aslm.Ape kb?Sape ye ni ?ana xperasaan lah wajah anta..Sori..

      tintataghyir responded:
      April 29, 2009 at 9:39 pm

      Takpa, sikit masa ana edit nanti biodata tu. Selalu2lah jenguk. Terima kasih. AHZ boleh saya kenal sapa?

    Siti Maryam Mohd Hadi munir said:
    April 30, 2009 at 8:56 pm

    Asalamualaikum ustaz…Tahniah atas kejayaan buat blog ni..lps ni bole la kongsi pandangan dan ilmu dengan ustaz…nampaknya ustaz banyak idea dalam membincangkan sesuatu perkara..
    doakan kejayaan kami ye ustaz…terutamanya Dhabt al-Quran..Syukran

      tintataghyir responded:
      May 6, 2009 at 4:36 pm

      Syukran, slalula masuk dan jgn lupa bgtau kengkwan. Semoga berjaya.

    najib said:
    May 2, 2009 at 11:01 pm

    kelate kalah pulak male ni dgn nogori

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s