Ghamainya Oghang Kenangan PBAKL

Posted on Updated on

images Macam mana tadi?”

“Mak ai, oghang ghamai, sampai kono pijak-pijak kaki lagi. Berjogombik.” Jawab abang saya sambil melepaskan lelahnya. Baru sebentar tadi dia dan isterinya telah sanggup menapak jauh pergi ke Pesta Buku 09.

“Baco buku sikit, brup,brup, oghang langgar. Pintu masuk keluar, samo yo,” keluhnya lagi. Dapat saya bayangkan betapa sukarnya kakak ipar saya yang bertubuh kecil itu kalau tersepit di tengah-tengah orang ramai. Sebab itu buku untuk anak-anak buah pun tidak sempat hendak beli.

“Oghang baru dapek gaji, tapi semalam hari Jumaat, pergi tak ramai oghang,” saya menambah.

Kalau saya, tiada masalah kalau ramai-ramai sebegitu. Pengalaman di Mesir, bumi seribu tarbiyah telah membiasakan keadaan seperti itu. Mesir yang sentiasa hiruk pikuk dan meriah, walaupun kadangkala menjengkelkan. Di Atabah contohnya, jangan ceritalah betapa ramainya umat Islam menjalankan urusan kehidupan. Bila balik selalunya akan dapat sakit kepala dan lenguh satu badan.

Bagi saya, betapa khabar dari abang saya tadi menunjukkan satu aras anjakan pemikiran yang baik bagi masyarakat. Manusia berpusu untuk persediaan menambah ilmu. Betapa terujanya melihat seorang pelajar sekolah yang berbaju batik sekolah (masa sekolah dahulu pasti saya dah tukar baju) bersama dua rakannya membeli buku bertajuk Yakjuj Makjuj hasil tangan seorang pengkaji Indonesia yang sebenarnya adalah tesis untuk Phdnya. Akibat kekurangan biaya, beliau telah mengubah hasilnya ke bentuk lebih komersial dan menarik. Buku kajian sataraf Phd yang tebalnya boleh tahan akan dibaca oleh remaja tadi. Membanggakan anak bangsaku.

Lupa pula hendak bawa kamera untuk diabadikan bukti masyarakat makin berubah. Budaya minat pada ilmu makin menebar pada semua peringakat dan hieraki masyarakat. Kali ini pasti ada buku-buku yang saya tambah sebagai koleksi, biarpun memang terasa mahalnya. Tidak lupa jug membeli buku ITN dan seterusnya melayakkan diri sebagai calon pemilik MyV, padahal Myv saya satu itupun tidak terjaga.

Paling teruja saya berkenalan dan bertukar fikiran dengan seorang penulis muda yang bersungguh untuk memperkenalkan saya kepada Puan Ainon. Malu beb, memikirkan satu pun karya yang sempurna belum ada, saya menolak dan hanya memerhati Puan Ainon dari jauh. Kagum pada kesungguhan beliau dan suami yang akhirnya dapat memperkenalkan PTS di mata peminat buku. Ingat lagi ketika menjadi pendidik, buku-buku terbitan PTS menjadi kegemaran anak-anak didik saya.

Di sebalik promosi PBAKL ini, ada juga rakan saya yang tidak menahu langsung mengenainya, malah hari terakhir ada seorang kawan saya memberi mesej mengajak saya menemaninya hari ini, sedangkan tarikhnya sudah tamat. Saya tidak menyalahkan mereka, kerana mungkin sibuk dengan kehidupan harian di samping promosi yang tidak begitu meluas. Apa yang pasti, saya berbangga kerana menjadi salah seorang yang sanggup bersusah payah menghadiri PBAKL, sampai 3 kali. Di Mesir dahulu memang tak melepas peluang merayap di Ma’rad Kitab berkali-kali yang jumlah buku dan tempatnya lebih besar dari sini. Cuma kecewa kerana PBAKL masih tidak dipromosi dengan begitu meluas seperti Jom Heboh yang iklannya penuh warna warni dan menarik, sehingga dek selalunya keluar iklan, kadang kala terikut-ikut nyani bersama rangkap yang paling akhir tu walaupun bengang dan tak pernah pergi pun.

Apapun satu tugas telah menanti, iaitu bilakah saya mampu menghabiskan bacaan untuk kesemua buku-buku yang saya beli tersebut dan satu persoalan dan harapan yang sering muncul setiap tahun selepas PBAKL kembali menerjah. Bilakah saya datang ke sana sebagai seorang yang mempromosi hasil karyanya sendiri?? Beranganlah kau Jie.

4 thoughts on “Ghamainya Oghang Kenangan PBAKL

    najib said:
    May 2, 2009 at 10:54 pm

    boleh.ana nampak anta buleh tulis buku.assigment nampak kemas

    Abdul Hakim said:
    May 29, 2009 at 12:01 am

    insyallah ustaz.. nanti adalah tu.. kalau ada ruang… saya pun nak muat masuk kan sikit artikel saya sendiri buku ustaz.. ehehe nak tumpang sekaki la katakan

      tintataghyir responded:
      May 29, 2009 at 12:37 am

      Itu pun tidak tahulah bilanya.

    farhana said:
    June 2, 2009 at 11:09 am

    salam..cte ni cm ne dye pnye p’mulaan ae..xtau laaa..
    cte lah dary mule,,org len pon nak tau gak..k setakat itu je p’tnyaan dry saya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s