Terkilannya

Posted on Updated on

2002

“Ana nak bagi anta tugas ni. Anta kena jadi ahli panel forum,” pinta mas’ul saya, Ustaz Omar .

“Eh, boleh ke Ustaz, saya bukan pandai pun bab-ab ilmiah ni,”dalih saya cuba mengelak seboleh yang mungkin.

Tu lah ana nak bagi, Perbahasannya lebih kepada persoalan, sejauh mana kewajaran menganggotai kerajaan bukan Islam atau bathil. Ala, tak ramai de.” Terkedu juga, bab siasah yang langsung tidak dipelajari dalam Fakulti al-Quran dan Qiraat saya.

“InsyaAllah ustaz,” kalimah yang menandakan persetujuan dari saya selanjutnya mempraktikkan konsep ketaatan yang difahami.

2009

Seperti sebilangan masyarakat yang lain saya juga terpanggil untuk mengikuti isu yang dibangkitkan oleh anak Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Nik Abduh. Itulah kali pertama saya membuka blognya dan selain isu tersebut kebanyakan entry yang di bawa sangat menarik terutamanya masalah yang berkaitan dengan ilmiah.

Bukanlah untuk membahaskan pro dan kontra isu tersebut, kerana orang-orang yang benar-benar berjuang dalam PAS dan begitu mendokongnya lah yang lebih layak menyuarakan pendapat mereka. Malah ianya telah banyak dibincangkan di dalam komen isu itu sendiri dan cukuplah saya sebagai seorang pemerhati. Harapan moga-moga dua orang Tok Guru akan tetap sentiasa dapat memimpin dengan penuh bijaksana.

Cumanya saya tertarik dengan persetujuan Nik Abduh mengenai Unity Government. Antara hujahnya berdasarkan kisah Nabi Yusuf yang telah menerima tawaran daripada Raja Mesir ketika itu untuk menyandang jawatan menteri dan seterusnya bekerjasama dengannya, sedangkan pemerintahan ketika itu bukanlah pemerintahan Islam atau bercorak Islam.

Hujah itulah yang melayangkan memori dialog di atas ketika di daerah yang telah ditinggalkan. Teringat tugasan yang telah diberikan oleh akh Ustaz Omar ketika di Mesir dahulu. Bersama seorang ahli bait, kami telah diamanahkan untuk menjadi salah seorang ahli panel sebuah forum kecil tersebut. Memandangkan ianya adalah permulaan, maka kami telah dimudahkan dengan masing-masing siap diberi buku rujukan, sebagai hujah perbincangan dan ketika itu saya sebagai orang yang menyokong. Bagi diri saya, sebagai penyokong isu, ia adalah sesuatu yang memberikan input baru.

“Ci, ana rasa puak pro keris kat sini pun ramai tak tahu hujah ini. Tak pernah dengar pun alasan diaorang sokong sebab ada hujah,” telah saya kepada Uci, rakan forum saya nanti, ketika kami sama-sama berbincang dalam membuat persediaan.

“Betul gak tu.”

“Biarpun hujah ni boleh dipertikaikan atau disalah tafsir, sekurang-kurangnyanya diaorang sokong kena ada hujahlah kan? Main-main sokoong je.”

Uci hanya membalas dengan tersengih. Sememangnya kami mempunyai ramai rakan di kalangan mereka. Biarpun tidak menyetujui mereka dari segi perjuangan tersebut, ukhuwah tetap kami jaga.

Walaupun tidaklah dihadiri oleh ramai rakan, kerana ini lebih berbentuk latihan ilmiah, namun forum berjalan dengan begitu hangat . Saya juga tidak sangka Uci yang lebih petah, akan menjadi begitu emosi dalam mempertahankan hujahnya, sedangkan kami sama-sama berbincang sambil gelak-gelak dalam memahami isi-isi hujah sebelum itu. Selepas majlis, dia bertemu dengan saya dan meminta maaf, yang mana sebenarnya saya sendiri seronok melihat kesungguhan forum tersebut. Nasib baik pengerusi majlis Ustaz Omar bijak mengendalikannya agar dapat diredakan, namun kesimpulannya tetap kabur.

Apa yang menjadi kekesalannya , segala hasil kajian ringkas itu saya abaikan dan tidak disimpan dengan baik. Malah saya sendiri terlupa judul buku arab yang menjadi rujukan di pihak saya. Hanya saya ingat pointnya ialah dua karekter iaitu Nabi Yusuf dan Najashi. Alangkah baiknya kalau kefahaman yang sedikit itu masih disimpan dan boleh dimurnikan lagi dengan perbahasan isu tersebut dari sudut ilmiah. Apatah lagi baru-baru ini salah satu coursework saya juga berkaitan Nabi Yusuf, tapi bab itu tidaklah begitu diperincikan. Pesan saya, jika anda membuat sedikit kajian, simpanlah ia elokelok. Mana tahu suatu hari nanti ianya boleh dicerahkan lagi dan dikongsi bersama. Terkilannya, tapi InsyaAllah ianya akan diusahakan.

2 thoughts on “Terkilannya

    najib said:
    May 2, 2009 at 10:49 pm

    tahniah!hebat juga anta menulis.x sia2 jadi tutor memang layak.habiskan pengajian kita ya bersama2.JAKIM? lain kali boleh minta………….

      tintataghyir responded:
      May 6, 2009 at 4:32 pm

      Anta doala yg terbaik. Slalu2la lawat blog ni Jib. Timo kasih byk2. Sem dopan jumpo laie.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s