Month: May 2009

Tell Me Why

Posted on Updated on

Luahan kanak-kanak nyanyian Declan Galbraith masa kecil

In my dreams, Children sing

A song of love for every boy and girl

The sky is blue, the fields are green

And laughter is the language of the world

Then I wake and all I see is a world full of people in need

Tell me why,(why) does it have to be like this

Tell me why, (why) is there something I have missed

Tell me why, (why) cause I don’t understand

When so many need somebody

We don’t give a helping hand

Tell me why

Every day, I ask myself Read the rest of this entry »

Usianya Baru Sebulan

Posted on Updated on

Teruskan mencari cahayaSyukur, tersedar juga semalam sudah genap sebulan usia blog tintataghyir. Lahirnya yang mana telah menimbulkan presepsi pelik dan baharu di kalangan keluarga dan juga kenalan terhadap diri saya.

Kata Along, “Menyampah Along hendak baca blognya. Memorilah, cintalah, entah apalah, sudah jadi jiwang nampaknya.” Nasib baik dia sudi meminjamkan broadbandnya sementara. Dalam pada itu sempat juga dia menceritakan blog ini kepada kawan-kawannya. Read the rest of this entry »

Cinta Yusuf Tidak Berakhir?

Posted on Updated on

HatiSurah Yusuf adalah satu bentuk penceritaan yang hebat karya dari yang Maha Hebat. Kisahnya mengajak seseorang pembaca itu memikir dan bebas melihat kisah itu dari sudut tema mana yang ingin diangkat. Sangatlah menarik kelas penulisan berdasarkan surah Yusuf yang dianjurkan oleh PTS baru-baru ini. Seorang peserta kursus telah bertanya dengan Puan Ainon, dengan lebih kurang begini, “Adakah perlu kita mengarang dengan mengakhiri cerita tanpa bersatu? Bukankah dalam surah Yusof, Nabi Yusof tidak dinyatakan berkahwin dengan Zhulaikha?”

Persoalan itu juga sangat menarik perhatian saya seakan untuk menjawabnya. Seorang rakan peserta juga bertanya kepada saya, bagi mendapatkan kepastian, “Ustaz, betul kah Nabi Yusuf tidak berkahwin dengan Zhulaikha?” Read the rest of this entry »

Amarah Tertahan, Syurga Tergapai

Posted on Updated on

(Artikel kedua ketika di ITQAN selepas Antara Kata-kata & Tulisan, namun tidak sempat disiarkan)

Kalau anda inginkan sesuatu artikel yang sarat tersusun fakta dengan kalimah bombastik, abaikanlah coretan ini. Pertamanya saya terasa buntu  apabila diminta menyumbang lagi. Kali pertama menulis dulu memang bersemangat, tapi kali ini perasaan tidak yakin, mati idea mula menjalar dalam alfa beta saya. Susah juga mahu menterjemahkan isi hati  dan pandangan dalam bentuk coretan. Rasa macam terperangkap pula dengan jerat artikel yang pertama.

Lalu, kebekuan otak  ini  cuba juga dicair-cairkan agar mudah diperah. Nasiblah tidak sampai kepala dihantuk-hantukkan hanya untuk  membangkitkan idea dan  mood untuk mencoret. Read the rest of this entry »

Memori Tak Terdakap

Posted on Updated on

teacher“Sekarang dipersilakan guru yang mendapat Anugerah Guru Paling Peramah.” Naiklah seorang guru yang berusia akhir 20an ke pentas al-Syatibi. Lebih teruja apabila diiringi dengan tepukan yang begitu gemuruh di kalangan pelajar. Pasti ia rasa gembira, biarpun hari itu semua guru mendapat anugerah yang berbeza-beza. Masakan tidak,  baru setengah tahun ia menjadi tenaga pengajar dan masih ramai pelajar yang tidak di taaruf dan di kenali, bagaimana boleh dikenali sebagai guru yang peramah?

******

Seorang ayah bertanya dengan sinis kepada anaknya sambil tersenyum,“kenapa ini abang? Meriah buku rekod kamu, ada merah dan ada biru.” Read the rest of this entry »

Fitnah Yang Tidak Bertapak

Posted on Updated on

Saidatina Aisyah r.a merasa sungguh sedih, bungkam dan kecewa. Pernyataan yang diceritakan oleh Ummu Mistah tadiapi fitnahbenar-benar meruntun hatinya. Malu, kecewa dan marah saling merebut-rebut tempat mengisi ruang  jiwanya.  Rupa-rupanya muslimin di luar sana sedang sibuk memperkatakan diri dan maruahnya. Begitu ia tidak menyangka dirinya dibakar fitnah sedemikian rupa.

Mungkin kita tidak pernah difitnah seberat yang ditanggung Saidatina Aisyah seperti yang dikisahkan dalam hadis ifki tersebut, sehingga menjadi satu peristiwa yang dirakamkan di dalam al-Quran sebagai satu pembersihan terhadap tohmahan yan diterimanya. Namun pernah atau tidak, kita merasa sedikit tikaman fitnah sejenis ini atau  diperkatakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan? Read the rest of this entry »

Berjayakah KBAZ?

Posted on Updated on

Tempat duduk yang penuhSubhanallah dan alhamdulillah, itulah ungkapan sesuai yang terlahir dalam lubuk sanubari sebelum terpaculnya di bibir, apabila melihat keupayaan KBAZ. Sambutan yang luar biasa bagai menyentak perpepsi saya yang agak negatif  terhadap masyarakat dalam menilai kepedulian mereka terhadap Palestin sebelum ini.

Sungguh, saya yang berada di sudut gerak kerja yang paling hujung sekali, melihat dengan  begitu kagum akan kejayaan yang dilakarkan oleh PEMBINA dan AMAN Palestin kali ini. Isu ini dahulunya terpinggir, dan hanya sesekali terhangat, yang menjadi isu latahan masyarakat yang terfokus hanya apabila berlakunya pencerobohan Zionis yang terbaru. Namun usaha yang berterusan daripada pelbagai pihak, kelihatan isu ini masih hangat dan segar, dan buktinya dikejutkan dengan kehadiran peserta melebihi jangkauan.Pembentangan Dr Azzam Tamimi

“Ingatkan orang UMNO sahaja yang boleh berkonvesyen di PWTC.” Itulah kenyataan sekilas seorang peserta yang agak berumur,yang sempat saya dengar ketika dalam kesesakan peserta di luar dewan. Read the rest of this entry »