Antara Kata-kata dan Tulisan

Posted on Updated on

writing-21Sebetulnya inilah penulisan saya yang pertama selepas menduduki peperiksaan SPM 1995. Artikel kecil ini telah dimuatkan di dalam salah satu buletin al-Islah  kelolaan Badan Kaunseling ITQAN (Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan) pada tahun lepas, ketika saya masih menjadi tenaga pengajar di sana. Maka artikel ini ketika itu lebih ditujukan kepada warga ITQAN, dan kini saya ingin kongsikan bersama untuk mendapat lebih kecerahan di sudut gaya penulisan dan jiwa saya.

“Ustaz, sekarang ni UBK telah buka peluang untuk mana-mana guru menyumbang artikel, jadi kalau ustaz ada artikel bolehlah hantar pada UBK” lembut tutur Mustakim ketua editor yang berjiwa besar.

“Ustaz bukan pandai menulis pun,” alasan saya untuk berdalih, namun teruja juga hati dengan pelawaan tersebut.

“Ala, ustaz tulis je apa-apa,” pujuk Mustakim.

“InsyaAllah ustaz akan cuba.”

Sehari, dua hari, tiga hari tak juga menulis, akhirnya seminggu langsung terlupa.

“Ustaz besok tarikh akhir untuk hantar artikel” Mustakim datang mengingatkan. La, bersungguh betul walad ni. Akhirnya hari terakhir tiada satu pun yang ditulis. Rasa bersalah juga, apa salahnya mencuba atau mengasah bakat mungkin.

“Ajie, camna kau boleh dapat satu Bahasa Melayu ni?” Soalan yang sering dituju pada saya selepas mendapat keputusan SPM. Bayangkan terasa bangganya ketika dua tiga orang sahaja yang berjaya mendapat satu untuk Bahasa Melayu, dan saya salah seorang daripadanya.  Tapi itu dulu, sekarang ni hendak menulis satu rencana pun rasanya begitu berat dan akan makan masa berhari-hari, termenung berjam-jam.short-story

Belakang parang kalau diasah tajam juga, kata yang mungkin mampu mengubah seseorang. Lalu saya tanamkan azam untuk mencuba, mana tahu dengan tulisan boleh mengubah pemikiran dan pandangan seseorang atau sekurang-kurangnya susunan bisu huruf-huruf ini mampu menterjemahkan luahan hati saya, tanpa perlu bertentang mata dengan pelajar-pelajar ITQAN yang rata-ratanya cerdik dan apalagi sebahagiannya nampak gah berkot PAKSI.

“Kau tak buat blog ke? Mudah je, register lepas tu boleh tulis dah.” Gesaan yang sering kedengaran.

Betul, sekarang zaman blog, kalau dulu diari simpan elok-elok, sanggup koyakkan takut orang baca, kawan boleh kena tumbuk kalau terbaca, tapi sekarang ramai yang suka menulis diari kehidupan dalam blog untuk tatapan ramai. Tak salah kalau ada pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama, tapi ramai juga  menulis diari hampas. Seorang kawan kuliah perubatan sanggup buang blognya kerana tak tahan dikatakan pondan sebab ada blog. Orang macam tu je ke yang suka menulis? Entahlah manusia sekarang suka pada realiti, tapi ramai juga sahabat yang berjuang dan berdakwah melalui blog sehingga mampu mencetuskan pemikiran yang hebat dan menyegarkan lagi perubahan positif pada masyarakat.

Said Qutb lebih dikenali dalam menghasilkan tafsir Zilal yang hebat selama berada di penjara. Imam Tobari begitu dikagumi oleh anak-anak muridnya kerana mereka tidak mampu menyelesaikan bacaan  tafsir Tobari yang dikarang oleh gurunya. Membaca tidak selesai, bagaimana pula ia dikarang? Begitulah karamah ulama dahulu yang boleh menulis melebihi waktu. Buya Hamka, ulama mufassir, juga sebagai penulis dengan ratusan buku dan ribuan artikel. Said Nursi Badiu’zzaman sendiri lebih banyak berhubung dengan anak muridnya hanya melalui tulisan ketika dirinya dipenjara. Amru Khalid bukannya Khairi Khalid (pelajar ITQAN yang banyak membantu saya), seorang pendakwah Mesir yang mampu menarik ramai pengunjung ke laman webnya satu ketika pernah melebihi dari pengunjung laman web Oprah.

Begitulah hebatnya ulama dan pendokong dakwah. Mampu merealisasikan segala medium untuk agama. Kalau betul-betul, friendster pun boleh jadi jaringan dakwah, bukan hanya berlumba untuk tambah kenalan tanpa sempadan atau letak gambar pelbagai aksi dan memek muka sebagai tatapan.

“Maaflah, saya tidak boleh bagi gambar saya pada yang bukan mahram” itulah prinsip seorang pelajar perempuan yang menolak permintaan rakan lelaki saya ketika sekolah dulu. Tapi sekarang boleh buat koleksi pilih sahaja mana suka. Konon nampak macam lakula muka kita bila ramai awek add jadi friends. Oo,dunia tanpa sempadan.

Maknanya dengan teknologi siber,musuh makin hebat mencipta segala medium sebagai medan mencapai hasrat mereka dalam serangan pemikiran dan gaya hidup agar menjadi salah satu azimmah pada umat Islam. Youtube, metacafe boleh tengok apa saja, friendster, tag boleh kenal siapa saja. Belum lagi laman-laman yang ntah apa-apa ntah. Jadi malang dan rugilah kalau kita sebagai warga ITQAN tetap rela tersungkur  di hadapan senjata halus mereka ini  dan tidak pula berusaha mengeksploitasikannya untuk kepentingan agama kita.

“Kau ni cakap memang bestlah, terasa sampai masuk dalam(terkesan dalam jiwa).”  “Kau bolehla aktif dakwah-dakwah ni, cakap pandai. Aku pergi depan dah menggigil.” Kalau nak dakwah, bincang agama hanya mesti pakai air liur je ke? Itulah kita, alasan yang sebenarnya berbaur malas dan mungkin tidak mahu bertanggungjawab dengan agama. Betul, ada orang kata-katanya mengesankan orang, sampai boleh bawa pendengar seolah-olah ke alam lain. Tetapi ada juga yang tulisan-tulisan kaku dengan bahasa yang hidup mampu mengoyah hati pembaca dengan lontaran pandangan yang cukup kritis. Jadi alangkah bagusnya kalau seseorang mampu mengusai kedua-duanya atau paling tidak salah satu daripadanya untuk agamanya.

Ahmad Rasyid dan Dr Adil Suwaeih pernah merasa kecewa dengan perkembangan dan sikap anak usrahnya. Satu ketika mereka telah pergi ke luar negara dan singgah di sebuah airport. Tiba di sana mereka telah disapa oleh beberapa pemuda yang seperti amat mengenali mereka. Rupa-rupanya pemuda-pemuda tersebut hanya mengenali mereka melalui tulisan dan maqalah-maqalah mereka , selalu berbincang dan mengkaji sesama mereka.  Ahmad Rasyid telah menguji mereka dan ternyata pemuda-pemuda  tersebut amat memahami method dan kehendak dakwah mereka berdua hanya melalui tulisan melebihi anak didik usrah mereka.

Jadi, marilah kita sama-sama belajar untuk menyumbang sekalipun dalam ruang-ruang  bisu ini sebagai salah satu, bukannya satu-satu alternatif kita dalam berdakwah. Kita tidak tahu cara yang mana satu yang akan dapat memberi kesan pada mad’u.  Menulis bukan hanya untuk kepuasan tapi lebih pada pemberian.  Terpulangla pada pembaca menilai pemberian tersebut. Rasanya tulisan saya ni pun tiada isi yang menarik. Mula menulis tak semestinya perlu padauzbek_qalam_shoira_150t dengan isi-isi dan fakta, atau disulami dengan prosa bahasa yang bersastera bak Faisal Tehrani atau mungkin Ustaz Amiza Khusyri (seorang rakan pengajar ITQAN yang juga penulis muda terkenal), tapi  cubalah dengan sedikit luahan atau persepsi dari sekeliling dan itulah cara yang saya cuba mulakan dalam penulisan. Harap-harap tak dibakul sampahkan oleh Mustakim. Akhirnya saya rasa seperti terlambat menghayati  firman Allah Taala:

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan,

Al-Qalam: 3-4

Buat semua warga ITQAN terutama akh Mustakim, Us. Amiza dan juga Khairi, terima kasih atas segalanya kerana menjadi sumber inspirasi saya untuk berani menulis dan berubah.

One thought on “Antara Kata-kata dan Tulisan

    najib said:
    May 8, 2009 at 11:24 pm

    teruskan…………..x bgtau pun dapat satu spm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s