Larian Yang Hilang

Posted on Updated on

bebaskah aku?

“Yeahh, leganyaa. Eh..eh, lupa, patutnya Alhamdulillaaah.”

Selesai sudah imtihan untuk semester pertama sarjana ni. Terasa lapangnya fikiran dari segala tekanan.Tekanan itulah yang saya salurkan melalui berjinak-jinak dengan blog. Namun hati terasa sesuatu yang tidak enak. Umpama terkilan tiada kesempatan mengecapi  sesuatu yang diidamkan. Rupanya perasaan kecewa dan hampa atas diri sendiri kerana sikap malas yang tidak berubah dan akhirnya  persediaan imtihan masih hanya di tahap ala kadar. Kemalasan yang masih menjalar dalam segala salur nadi dan terus bertupuk di hati, terutama beraja di hari-hari akhir imtihan.

“Ustaz, Ali  tu memang  power. Study macam tak study je, tapi result gempak. Otak dia memang pick up la Ustaz.”

“Si Amir?”

“Dia tu kalau study, rajinnya ngalah macam nak dapat imtiyaz (cemerlang), tapi bila result, lebih kurang kita orang je.”

Selalu saya beritahu kepada anak didik saya, yang mana saya sebenarnya tidak begitu respect pada orang yang berjaya kerana otaknya pandai. Cuma hati akan berkata, “beruntungnya kau dianugerahkan nikmat otak yang cepat menangkap dan kuat ingatan.” Namun saya cukup hormat dan teruja pada individu yang mempunyai sikap rajin dan konsisten. Biarlah di tingkat mana kelajuan processor otak yang dimilikinya, atau sebanyak mana ia dicop dengan tanda poyo, ia tetap lebih beruntung dan bernilai.

Lantaran kerana rajin adalah anugerah yang sebenarnya mampu milik, tapi belum tentu ia mudah dimiliki apatah lagi dikuasai secara konsisten termasuklah saya. Melawan sifat malas memerlukan kekuatan yang bersifat power full. Bayangkan betapa ramai manusia yang badan kelihatan bagak, tapi masih begitu sukar mengangkat selimut di waktu subuh. Itu belum lagi dikira dengan kurniaan pahala hasil mujahadah-mujahadah  tersebut. Kita semua tahu, Allah s.w.t bukan melihat kepada hasil, tapi ia akan melihat dan menilai dari sudut usaha.

buku

Saya agak terasa bebas dan lapang tapi masih terbelengu dengan kemalasan. Gembira tapi masih terasa kekesalan. Agaknya masih perlu lebih berdoa agar dijauhi sifat kemalasan. Kali ini bukan kerana terasa susah dan payah memahami deretan kalimah arab berjela yang perlu dihafal dan timbunan muqarar yang perlu dihadam dengan kadar segera.  Situasi yang sering menjadi  igauan apabila imtihan menjelang ketika pengajian di Tanta dahulu. Namun kali ini hanya kerana sikap terlalu mengambil mudah kerana merasa ianya mudah. Akhirnya langkah tidak menghasilkan kesempurnaan.

Di manakah kerajinan yang pernah merasuk saya dengan tidak mengira suasana dan tempat? Teringat ketika imtihan fasa awal tahun satu makin hampir, gaya persediaan saya bagai pelajar cemerlang yang diperkatakan dalam buku-buku motivasi pelajar. Di dalam bas yang sesak, keretapi yang bingit, panas dan dingin, saya boleh tekun menalaah kitab kuliah. Doa yang dipanjatkannya juga panjang dan lebih khusyuk dengan penuh harapan kerana memahami diri yang serba kekurangan dan kejerihan yang sedang ditempuhi bagai ingin menatijahkan kegagalan.

Begitu kini saya terasa, betapa pentingnya dan begitu besarnya hikmah kepayahan dan kesukaran.  Kita akan lebih berusaha kerana kita sedar cabaran yang dihadapi lebih kuat. Silap langkah akan buat kita terjelepuk. Kita tidak mahu dikalahkan, meskipun memasuki gelanggang dengan hanya sepasang sarung tinju yang lusuh. Akhirnya kita menang dan walaupun tipis, namun puas kerana ia hasil usaha yang bersungguh. Berbaloi penat jerih sebelum ini, walau setiap hari dibasahi keringat dan dihadiahkan sengal satu badan akibat kesungguhan berlatih.

berlari sepenuh hati

Manusia selalu berlari mengikut kadar keluasan padangnya. Katakanlah kita telah diberi ketetapan masa untuk menghabiskan  satu larian pusingan padang. Sekiranya padang itu sebesar padang UKM, mungkin kita hanya berlari anak apabila yakin masanya mencukupi.  Namun jika sebesar stadium Bukit Jalil, dengan ketetapan masa yang sama, atas dasar khuatir, pasti larian kita kadarnya  lebih cepat dan persediaannya pun agak lebih rapi, melainkan jika sanggup diboo oleh penonton. Mengapakah tidak dikekalkan rentak yang bersungguh dan kemas biarpun sebesar mana gelanggang?

Mengapa kita takut apabila muqarar ingin ditambah? Mengapa perlu gusar apabila assignment dan tanggungjawab makin bercambah? Apa yang pasti tingkatkan usaha dan jangan lagi terpedaya dengan anggapan mudah dan enteng. Itulah kesilapan  yang tidak ingin saya ulangi. InsayAllah.

6 thoughts on “Larian Yang Hilang

    Tronx013 said:
    May 8, 2009 at 5:54 pm

    salam..

    muqarar tu apa maksudnye?bahasa arab ke?

      tintataghyir responded:
      May 9, 2009 at 12:49 am

      lYa, istilah arab. Muqarar tu payah gak nak cari istilah melayunya. Maknanya bab2 dlm buku yang pensyarah suruh baca sebelum peksa. Kira apa yang pensyarah declare kemungkinan masuk exam.

        tronx013 said:
        May 9, 2009 at 9:09 am

        ok… terima kasih.. dah faham..🙂

    najib said:
    May 8, 2009 at 11:20 pm

    anta malas pun takpa buleh buat,ana ni bimbang jgk……..

    ustaz hafiz ali said:
    May 9, 2009 at 10:48 pm

    taqaddum laa enta ni …lama tak jumpa gan enta weheshtani..

      tintataghyir responded:
      May 10, 2009 at 11:44 pm

      Biasa sahaja. Us Hafiz sekarang di mana? Lama juga tidak kedengaran berita mengenai anta. Waheish itu, mestilah ada. Terima kasih sudi melawat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s