Berjayakah KBAZ?

Posted on Updated on

Tempat duduk yang penuhSubhanallah dan alhamdulillah, itulah ungkapan sesuai yang terlahir dalam lubuk sanubari sebelum terpaculnya di bibir, apabila melihat keupayaan KBAZ. Sambutan yang luar biasa bagai menyentak perpepsi saya yang agak negatif  terhadap masyarakat dalam menilai kepedulian mereka terhadap Palestin sebelum ini.

Sungguh, saya yang berada di sudut gerak kerja yang paling hujung sekali, melihat dengan  begitu kagum akan kejayaan yang dilakarkan oleh PEMBINA dan AMAN Palestin kali ini. Isu ini dahulunya terpinggir, dan hanya sesekali terhangat, yang menjadi isu latahan masyarakat yang terfokus hanya apabila berlakunya pencerobohan Zionis yang terbaru. Namun usaha yang berterusan daripada pelbagai pihak, kelihatan isu ini masih hangat dan segar, dan buktinya dikejutkan dengan kehadiran peserta melebihi jangkauan.Pembentangan Dr Azzam Tamimi

“Ingatkan orang UMNO sahaja yang boleh berkonvesyen di PWTC.” Itulah kenyataan sekilas seorang peserta yang agak berumur,yang sempat saya dengar ketika dalam kesesakan peserta di luar dewan. Pasti dia merasa bangga berada di situ, yang hadir kerana isu dan niat yang jauh lebih suci berbanding mereka yang begitu sinonim dengan dewan ‘keramat’ aras empat tersebut. Bukan isu tempat yang mahu dibanggakan, tetapi usaha mengangkat isu ini pada masyarakat dengan gaya yang lebih ilmiah dan professional, bersandarkan imej dewan ‘popular’ tersebut itu yang  perlu dilihat, sebagai suatu kejayaan menghidupkan semangat Palestin, untuk melahirkan lebih kejayaan pada masa akan datang.

Aman Palestin bukan hanya meminta ehsan masyarakat untuk rasa berkorban dengan menderma dan mengumpulkan wang, tetapi ia juga sendiri berkorban untuk mengeluarkan dana yang begitu besar bagi mengangkat isu ini ke arah yang lebih global dalam masyarakat Malaysia. Bukankah peserta membayar RM10? Kalau 10 x 3000, hasilnya pasti lumayan. Ditambah dengan kutipan derma yang diadakan, pasti banyak dana yang terkumpul.

Ya, tetapi jika anda seorang yang prihatin, cukupkan jumlah itu untuk menampung harga makan minum  lazat yang berhidang seperti ala-ala hotel? Cukupkah untuk membayar harga sewa dewan ‘popular’ tersebut yang anda sendiri boleh jangkakan anggarannya bukan sedikit? Jadi, bukankah ini satu kerugian bagi AMAN Palestin?

Tidak, dan tidak sesekali. Strategi belaian dan ambil hati ini terpaksa dilakukan demi untuk melahirkan golongan masyarakat yang akan sentiasa menghidupkan dan memahami perjuangan ini. Buat para peserta, anda hanya akan membuat mereka yang berjerih payah ini merasa rugi dan bersedih, sekiranya anda keluar tanpa ada perubahan dan peningkatan semangat membebaskan Palestin. Sanggupkah dan patutkah anda  menyantap hidangan-hidangan lazat tersebut dengan penuh rasa bertuah, tetapi pulang dengan hanya membawa perasaan gembira atas rasa keterujaan anda menghadiri konvesyen di dewan prestij tersebut bersama rakan-rakan?

Dr Mohsen Soleh Menyampaikan PembentanganTugas anda dan semua yang menghadiri konvesyen tersebut, yakinlah perjuangan ini dan agenda Zionis akan berakhir. Sampaikanlah apa yang anda tahu mengenai agenda jahat Zionis dan Yahudi  kepada mereka yang tiada berkesempatan untuk hadir. Alirkan semangat juang itu kepada mereka yang di luar. Atau sekurang-kurangnya zahirkan dan kongsikan rasa gembira dan kagum akan kejayaan dan suasana meriah yang anda rasa secara positif sepanjang program tersebut,  bersama mereka yang masih tidak percaya bahawa isu ini boleh diangkat sebegitu hebat. Alihkan atau bahagikan dengan lebih adil rasa semangat perjuangan mereka di luar, yang terlalu berperisa rencah politik, kepada perjuangan dan semangat kebersamaan kita yang tidak harusnya alpa dalam misi membebaskan bumi suci Palestin. Langkah inilah yang akan lebih menjadi ukuran kejayaan KBAZ.

Jangan hanya isu tidak mendapat beg, pelekat yang kurang melekat dan menyusahkan atau aksi bertolak ketika kekaburan mencari tempat menyantap, yang anda bawa sekembalinya dari medan perjuangan KBAZ kali ini. Peribadinya, saya sedikitpun tidak terkilan hanya kerana urusetia yang segak, makan bernasi bungkus bersila lantai, tetapi terasa  rugi apabila tidak dapat mengikuti sepenuhnya secara fokus, kerana tugasan saya yang sebenarnya begitu sangat kecil, sepanjang program.

Apapun tahniah kepada PEMBINA, Aman Palestin, ISMA dan semua yang hadir dan terlibat atas kejayaan ini. Marilah bersama.

2 thoughts on “Berjayakah KBAZ?

    amiza khusyri said:
    May 14, 2009 at 8:18 am

    Alfu Mubarak. Semoga dapat menjejaki Us Abd Halim Abdullah – Ini Jalanku.

    Atas kesungguhan dan semangat, didoakan enta terus istiqamah.

    ITQAN, Gemencheh.

      tintataghyir responded:
      May 14, 2009 at 4:06 pm

      Tinggi sangat tu syeikh. Ana ini tulis lebih nak perbaiki diri dan melepaskan tekanan yang tidak terluah. Apapun syukran sudi melawat dan jasa anta, ana tak lupa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s