Fitnah Yang Tidak Bertapak

Posted on Updated on

Saidatina Aisyah r.a merasa sungguh sedih, bungkam dan kecewa. Pernyataan yang diceritakan oleh Ummu Mistah tadiapi fitnahbenar-benar meruntun hatinya. Malu, kecewa dan marah saling merebut-rebut tempat mengisi ruang  jiwanya.  Rupa-rupanya muslimin di luar sana sedang sibuk memperkatakan diri dan maruahnya. Begitu ia tidak menyangka dirinya dibakar fitnah sedemikian rupa.

Mungkin kita tidak pernah difitnah seberat yang ditanggung Saidatina Aisyah seperti yang dikisahkan dalam hadis ifki tersebut, sehingga menjadi satu peristiwa yang dirakamkan di dalam al-Quran sebagai satu pembersihan terhadap tohmahan yan diterimanya. Namun pernah atau tidak, kita merasa sedikit tikaman fitnah sejenis ini atau  diperkatakan sesuatu yang tidak pernah dilakukan? Tohmahan yang sangat   menanam rasa jengkel yang terusan menjeruk perasaan Kecewa yang terkurungkecewa. Sedangkan rantaian perawi palsu terus bersambung, menjadi tali besar yang bersedia menjerut kita. Meluncur terus, mulut ke mulut dengan bisikan-bisikan jahat. Malah si pencetus masih terus menyeringai dan ketawa bagai memperlihatkan barisan gigi yang hitam dengan nafas berbau hanya kepada kita. Kesukaan apabila masih dijulang-julang sebagai pembela yang menzahirkan kebenaran atau  dibelai penuh kemesraan, simpati  dan kasihan. Apatah lagi suasana yang mudah membantu, apabila di sekelilingnya mereka yang pendek akal dan buta tuli yang hidupnya suka menyantap gosip dan sangkaan.

Namun dalam al-Quran fitnah mempunyai pelbagai makna mengikut ayat-ayat yang menyebutnya. Dari segi istilah pula:

1.     Sebagai lafaz umum yang menunjukkan ujian yang ditimpa pada seseorang yang mampu bertahan sehingga menjadikannya sebagai orang yang istimewa.

lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu; dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan. al- Taha:40

2.    Sebagai lafaz khusus bagi ujian yang gagal ditangani yang mendedahkannya kepada kepalsuan dan kekotoran. Firman Allah Ta’ala:

Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: “Izinkanlah Aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah “. ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu). dan sesungguhnya azab jahanam meliputi orang-orang yang kafir.                                                                                                                                                                                                                                   Al-Taubah:49

Orang yang difitnah sebenarnya adalah orang yang hebat, walau mungkin kelihatan lemah, lembab dan mudah diinjak. Gerakannya biarpun tidak tangkas, tetapi kemas dan sentiasa berganjak ke hadapan. Untuk apa memfitnah mereka yang kaku dan statik, apatah lagi dilihat tidak mengancam atau diancam. Memfitnah orang yang benar adalah letusan dari perasaan kedengkian yang ingin menyaingi, biarpun henjutannya pincang. Asalkan ia mampu menahan dengan terusantikaman fitnah menusuk berbelati kecil yang disorok. Semakin kita melonjak, akan semakin tajam dan beracun tohmahan orang yang hatinya berpenyakit dan busuk.

Namun berbeza dengan ahli fitnah, biasanya mereka bergerak cergas dan aktif. Ini adalah satu taktik yang menarik perhatian, sehingga orang-orang yang baik dan jujur juga akan tertipu dan menyangka mereka pembawa kebaikan. Apa sahaja kesungguhan yang mereka lakukan akan ditakwil untuk kebaikan semata. Sering orang yang kelihatan hero tidak akan dilihat sebagai seorang suspek atau dalang dalam satu permasalahan. Mengapa ia ingin menjadi penyelamat atau atas dasar apa kesungguhannya, tidak pernah difikirkan. Tersedarkah anda?

Kadang-kadang satu penyakit manusia ini, ia suka memperkatakan seseorang atau sesuatu perkara dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah. Terutamanya apabila ia merasakan kedudukannya menjadikan ia berhak untuk menyalahkan atau mengiyakan sesuatu fakta, atau jua membina fakta yang longgar. Guru boleh perkatakan apa sahaja tentang pelajarnya, atau majikan boleh menuduh apa sahaja yang dilakukan oleh pekerja bawahannya dan begitulah juga sebaliknya. Tidakkah ia sedari bahawa ia akan bertanggungjawab dengan apa yang dikatakannya  itu nanti? Sungguh mudah lidah lembut menutur bicara biarpun berbutir dusta. Ditambah dengan sikap kita yang suka menerima bulat-bulat tanpa sedikitpun untuk mengkaji dan menyelidik perkara yang sebenar, maka sesuatu yang tidak benar itu mudah benar tertanam dalam benak kita. Latahan yang sudah sebati ini tidak akan mudah diakui oleh seseorang sebagai satu kelemahan. Alpa sangat kita dengan garis panduan yang telah diberikanNya, yang ingin menghindarkan kita dari bahang api fitnah yang boleh membakar jiwa dan perasaan kita. Firman Allah Taa’la:

6. Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini  dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

penglipur fitnahItulah kesan latah pada jiwa kita yang suka terdidik dengan kesukaan pada berita panas dan sesuatu yang menimbulkan ketegangan baik sebagai pendengar atau lebih nampak hebat sebagai pengkhabar. Ini satu lagi penyakit jiwa yang tidak disedari. Cuba perhatikan di sekeliling kita, betapa ramai orang yang ingin menjadi ‘professor serba tahu’. Hatta jika ditanya apa yang dilakukan oleh Bill Gates sekarang, pun ia mampu menjawab dengan yakin.

“Aku tahulah cerita mengenai dia itu.” “Semua cerita mengenai dia, ada dalam poket aku ini.” Wah, bangganya mempunyai bahan cerita sensasi atau menjadi orang yang terawal mengetahui sesuatu aib dan kesilapan seseorang yang belum tentu lagi kesahihannya. Ayat-ayat pancing sebegitu mungkin kita sering kedengaran sebelum mereka menjadikan kita sebagai lorong-lorong fitnahnya. Manusia ini ada yang ke arah kebaikan dan ada yang hidupnya ke arah kejahatan.  Mereka ini dihubungkan dengan maksiat atau ketaatan yang mereka pilih dalam keadaan yang berbeza-beza, dan begitu jugalah mereka ketika dihubungkan dengan sesuatu khabar fitnah. Apabila berlaku sesuatu fitnah semacam ini, ada manusia yang dilindungi Allah dengan perasaan menghindari, namun ada yang dicelakakan apabila mereka terlibat dan lebih celaka aabila mendokongnya. Dari Anas bin Malik, sabda Nabi s.a.w:

Maksudnya: “Ada di kalangan manusia yang menjadi pembuka kebaikan dan pengunci kejahatan dan ada yang (sebaliknya) menjadi pembuka kejahatan dan pengunci kebahagiaan. Maka berbahagialah mereka yang dijadikan Allah sebagai pembuka kebaikan dan celakalah bagi mereka yang dijadikan oleh Allah sebagai pembuka kejahatan.

Di antara mereka berdua yang menjadi dua pintu  ini akan ada ramai manusia yang berada dalam pelbagai peringkat. Pelopor kebaikan akan mempunyai satu kumpulan yang belajar dan tunduk kepada kebaikan. Manakala orang awam yang istilahnya di atas pagar hanya menjadi pengikut kepada siapa sahaja yang boleh mempengaruhi mereka. Kebijaksanaan dan penelitianlah yang akan menentukan pintu mana yang menjadi pilihan.

Wahai diriku dan saudara-saudaraku, ingatlah firman Allah di dalam sebuah hadis qudsi:

Maksudnya: “Maka denganku aku bersumpah…, bahawa aku akan memberikan kepada mereka fitnah yang menjadikan orang yang baik menjadi bingung.”

Pesan Uthman bin Affan r.a: “Sesungguhnya penyakit umat dan nikmat ini ialah kedapatan golongan yang suka mengaib dan mencela. Mereka memperlihatkan kepada kamu apa yang kamu suka, tetapi mereka memendamkan apa yang kamu benci.”

3 thoughts on “Fitnah Yang Tidak Bertapak

    joegrimjow said:
    May 15, 2009 at 7:57 am

    kene saling maaf2 camni kot

    Tronx013 said:
    May 15, 2009 at 8:16 pm

    salam,

    Fitnah dan mengumpat adalah dua aktiviti yang sangat digemari kerana rasa seronok dan mungkin juga dapat melepaskan geram dan dendam. Bila hati sudah gelap, manakan dapat membezakan warna hijau dan biru,kuning dan putih,merah dan hitam.. Kita yg melakukan kejahatan, sering kali terdetik, betul ke apa yang aku lakukan? Allah marah ke kalau aku lakukan sedemikian?? Andai detikan ini hilang, mampukah kita menahan cabaran yang datng bertubi-tubi? pastinya kita hanyut…

    Semoga Allah membantu kita setiap masa..

    sesiapa said:
    September 8, 2010 at 7:01 am

    Assalamualaikum,
    Mohon kebenaran untuk copy artikel tuan ini untuk saya siarkan di facebook saya, jika tidak keberatan.
    Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s