Memori Tak Terdakap

Posted on Updated on

teacher“Sekarang dipersilakan guru yang mendapat Anugerah Guru Paling Peramah.” Naiklah seorang guru yang berusia akhir 20an ke pentas al-Syatibi. Lebih teruja apabila diiringi dengan tepukan yang begitu gemuruh di kalangan pelajar. Pasti ia rasa gembira, biarpun hari itu semua guru mendapat anugerah yang berbeza-beza. Masakan tidak,  baru setengah tahun ia menjadi tenaga pengajar dan masih ramai pelajar yang tidak di taaruf dan di kenali, bagaimana boleh dikenali sebagai guru yang peramah?

******

Seorang ayah bertanya dengan sinis kepada anaknya sambil tersenyum,“kenapa ini abang? Meriah buku rekod kamu, ada merah dan ada biru.”

Dalam hatinya pasti timbul kekesalan dan malu dengan pencapaian anak sulungnya. Isterinya di sebelah kelihatan serius dan hanya mendiamkan diri. Puaslah guru tersebut meyakinkan mereka bahawa anaknya yang baru memasuki alam sekolah menengah itu, boleh berjaya sebenarnya jika diberikan perhatian dan galakan. Inilah kali pertama beliau berhadapan dengan ibu bapa dalam program sehari bersama penjaga.

******

Seusai kelas al-Quran petang tamat, semua pelajar-pelajar sebuah kelas tingkatan 1 SMKA Pedas itu berebut-rebut datang menghampiri untuk bersalam dan mencium tangan.

“Siapa yang mahu tumpang kereta ustaz pergi musolla?”

“Saya, saya, saya ustaz.”

Seorang pelajar terus mengambil beg guru jemputan tersebut, demi untuk melayakkan dirinya calon penumpang. Ada juga tanpa disuruh mengumpulkan al-Quran rakan-rakan mereka untuk dibawa semula ke musolla. Pasti dia akan mempunyai alasan kukuh untuk menumpang kereta nanti. Apabila ramai yang sudah menghampiri kereta, terpaksalah guru tersebut memujuk. “Baiklah, siapa yang tidak dapat naik, boleh tumpang selepas kelas minggu depan. Kenalah cepat-cepat bantu ustaz bawa beg dan kumpulkan al-Quran.”

Minggu depannya pelajar-pelajar itu menunggu dengan sabar kedatangan guru itu, namun tetap tidak muncul. Akhirnya mereka pulang dengan kecewa. Rupa-rupanya diberitakan guru kemalangan semalam, dan kereta yang mereka ingin tumpang itu, remuk dengan teruk.

******

Seorang pelajar dengan penuh keyakinan menyatakan alasannya, “kami bukan tidak mahu masuk kelas, tetapi guruKeitqanan pelajaryang mengajar kurang berpengalaman.”

Bub, bagai hentakan satu pukulan berat yang diterima oleh guru muda tersebut apabila mendengar alasan mengapa pelajar tidak menghadiri kelas STAMnya. Perbincangan hari itu terasa hangat, walaupun sebenarnya pertemuan itu ikhlas untuk mencari alternatif penyelesaian  terhadap masalah yang timbul. Termenunglah guru tersebut dan terluahlah perasaan kecewanya pada beberapa rakan guru yang lain.

******

Seorang rakan guru datang menghampiri dan dengan nada kesal berkata, “kau tengoklah sendiri, bila aku datang sahaja, diaorang terus beranjak dan pergi. Baru tadi elok sahaja aku lihat diorang berbual mesra dengan kau.”

Guru muda tersebut pula agak kaget dengan pernyataan tersebut dan tidak mampu berkata apa-apa. Baginya pelajar lebih suka dilayan sebagai rakan biarpun silap langkah risikonya mereka akan mudah menginjak kepala. Namun hasilnya pelajar mudah meluahkanperasaan dan berkongsi masalah, apatah lagi bertukar-tukar fikiranPanorama ITQAN

******

Semua peserta berkumpul di ruang balkoni rumah tumpangan tersebut.  Sebelum program persediaan STAM ini selesai, genggamlah cahayamuadalah baik diadakan sesi muhasabah. Hanya kata semangat yang dapat diucapkan guru itu dengan pesannya, “Nabi berpesan, kalau besok hari kiamat, di tangan kita ada biji benih dan kita sempat lagi untuk menanamnya, maka kena lakukan juga.”

Seorang peserta dengan rasa puas telah memberi komen, “saya sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat kerana merasakan program ini banyak memberikan semangat dan bekalan kepada kami untuk mengambil STAM. Walaupun program ini nampak santai sambil mandi- mandi laut, dan imtihan (peperiksaan) STAM pula tidak sampai dua minggu lagi, tetapi ia dapat membuatkan kami kembali bersedia dan yakin.”

Guru tersebut hanya berdoa agar kelompok pelajar STAM tersebut, tetap yakin untuk berusaha mendapat kejayaan. Dengan nada kesal hatinya berbisik, “tidak sepatutnya aku menyalahkan mereka kerana ketiadaan semangat mereka sebelum ini. Jiwa mereka boleh dibangkitkan kalau aku juga berusaha.”

******Impian pelajar

“Ustaz, terima kasih atas segala usaha ustaz sebelum ini. Alhamdulillah, saya berjaya mendapat Mumtaz (cemerlang).”

Mesej sms ringkas tersebut sangat membuatkan hatinya bahagia dan menumpang gembira, biarpun dia bukan lagi bergelar guru di daerah itu. Kini sudah berapa bulan dia meninggalkan ITQAN yang agak terpencil tapi mendamaikan. Memori-memori di atas hanya sebahagian dari sejuta memori yang masih silih berziarah. Kenangan-kenangan itu adakala hadir juga mendakap dengan kehibaan dan adakala hanya melambai-lambai dari kejauhan. Kali ini dakapannya makin erat dan utuh seolah mengajak dirinya pulang bersama. Hanya kerana barisan dua kiriman sms yang baru diterimanya.

1. Salam. Selamat hari Guru buat para asatizahku yang sangat berjasa dalam hidupku.Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan nasihatmu. Allah sahaja yang mampu membalasmu.Doaku tidak lekang di bibir, moga dirimu sentiasa dalam rahmat dan inayah Allah. Terima kasih guruku. – Abd Nafi’

2. Salam, Selamat Hari Guru Ustaz Terima kasih selama Ustaz mengajar Syakir di SMKA Pedas dahulu. – Syakir

Masih lagi rupanya saya digelar guru. Betapa beruntungnya menjadi guru, kerana panggilan itu tetap kekal dan moga ilmu yang dicurahkan akan terus mengalirkan ganjaran di sisiNya. Terima kasih pada barisan guruku jua. Wahai pendidik, betapa beratnya memikul amanat itu. Guru muda tersebut dahulunya  adalah saya.

4 thoughts on “Memori Tak Terdakap

    amiza khusyri said:
    May 19, 2009 at 10:23 am

    Ana setuju jika sesetengah situasi dan keadaan mereka dilayan seperti kawan, tapi tidak pada semua situasi. Adakalanya kita perlu menjadi guru dan mereka pelajarnya. Adakalanya kita menjadi pendengar dan mereka meluahkan. Adakalanya kita perlu menjadi bapa dan mereka anaknya. Barulah situasi2 itu akan mendidik mereka berhemah, menghormati, beradab dan tinggi pekerti.

    Jika betul dan tepat canainya, hebatlah hasilnya.

    Sebagai pandangan.

    Tulisan pun sudah semakin baik. Tahniah!

    Amiza, ITQAN.

      tintataghyir responded:
      May 21, 2009 at 1:22 am

      Syukran atas kesudian melontarkan pandangan. Memang begitulah guru yang ideal. Meresapi kesemua watak dengan berkesan lantaran mengikut kesesuaian. Namun jangan sampai kevariasian menjadikan kita keliru dan mengelirukan.

    halim said:
    May 19, 2009 at 5:16 pm

    salam….SELAMAT HARI GURU USTAZ!!!HUHU..maaf la lmbt ucap.( halim, pendidikan quran thun 2)

    Adibunsaufa said:
    June 6, 2009 at 9:44 pm

    Assalamualaikum Ustaz. Best artikel nie. Teringat masa Ustaz di ITQAN. Cuma agak terkilan sebab tak tau cerita Ustaz nak pindah. Tau-tau Ustaz dah pindah. Sya nak ucap Slmt Hri Guru tapi takde no tel Ustaz. Jadi walaupun dah lewat tapi saya nak ucapkan jugak Selamat Hari Guru. Minta maaf di atas segala kesalahan saya. Samada yang Ustaz nampak atau tidak, dengar atau tidak. Doakan kejayaan saya di dunia dan di akhirat. Terima Kasih diatas segala nasihat Ustaz. Nanti kalau Ustaz ada masa terluang, Ustaz lawatlah blog saya. Ustaz nasihatlah lagi. Semoga Ustaz sentiasa dibawah rahmat Allah S.W.T di dunia dan di akhirat…:-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s