Usianya Baru Sebulan

Posted on Updated on

Teruskan mencari cahayaSyukur, tersedar juga semalam sudah genap sebulan usia blog tintataghyir. Lahirnya yang mana telah menimbulkan presepsi pelik dan baharu di kalangan keluarga dan juga kenalan terhadap diri saya.

Kata Along, “Menyampah Along hendak baca blognya. Memorilah, cintalah, entah apalah, sudah jadi jiwang nampaknya.” Nasib baik dia sudi meminjamkan broadbandnya sementara. Dalam pada itu sempat juga dia menceritakan blog ini kepada kawan-kawannya.

Kali pertama memperkenalkannya pada abang, teruja juga dia. Dengan nada seribu persoalan dia bertanya, “Blog ini hendak tulis apa? Kau ajarlah aku macam mana hendak buat blog.” Beberapa hari kemudian nadanya sudah berlainan. “Cuba kau buka blog sekian sekian. Dia ini kawan aku masa belajar dahulu dan muda lagi. Ha, tengok, macam inilah menulis blog. Ini tidak, memorilah, kerendahanlah, baik elok kau pakai nama jambang karat (merujuk saya yang berjambang).” Hati saya berkata. ” Pelik, dia ni dulu tidak pernahpun berminat ambil tahu tentang blog.”

Kata emak, “Tidak pedihkah mata merenung komputer lama-lama sampai tengah malam?” Saya hanya tersenyum sambil sahaja menambah, “Sudah tiga empat hari tidur kat lantai mak.”

“Baguslah itu, sepatutnya tidur elok-elok atas katil. Bukannya atas lantai dengan sebelahnya laptop dan lampu terbuka,  tidak pakai selimut,….”

Kata abang ipar sambil tersenyum, “Abang sudah baca blog kau semalam tetapi tidaklah semua. Banyak betul kau menulis ya.” Sebelum ini awal-awal lagi ia meminta alamat tetapi saya segan untuk memberinya. Semalam Alonglah yang memberitahu alamatnya pada Kak Lang dan suaminya itu.

Pelbagai reaksi dalam memberikan komen terhadap blog ini sangat saya hargai. Setelah blog ini diperkenalkan, seorang rakan, juga telah cuba membuat blog, cuma belum sempat lagi menulis. Seorang rakan pula telah mula mengaktifkan blognya dengan artikel ilmiah dan bukan lagi hanya catatan harian

Saya juga sudah pandai merayap ke beberapa halaman sesawang untuk mencari idea dan mempelajari sesuatu yang baru. Terdapat beberapa artikel  dan pandangan yang menarik, namun pencarian itu rupanya bukan mudah. Apatah lagi jika seseorang itu  mempunyai masa yang terbatas.

Banyak blog yang  ditemui, lebih kepada penceritaan kehidupan harian. Saya percaya orang yang merakam semula diari kehidupannya adalah orang yang menghargai hidupnya. Betapa ramai orang yang tidak menghiraukan kehidupannya. Siapa yang ditemui semalam, apakah aktiviti seronok yang pernah dilalui atau kesilapan yang berlaku hanya berlalu begitu sahaja. Sibuk dengan rutin harian, alih-alih baru sedar anak sudah besar, emak ayah semakin tua, rezeki makin bertambah dan sebagainya, yang sebelum ini tidak pernah difikirkan secara muhasabah.

Kadangkala bentuk penceritaan hidup ini menarik juga untuk dibaca walaupun pencerita tidak saya kenali. Sehingga akhir bacaan saya menanti apakah coretan iktibar, ilmu atau sekurang-kurangnya  pengajaran yang saya perolehi, namun kebanyakannya hampa. Tidak salah menceritakan situasi dalam kondisi sebagai hero, namun biarlah ada pengajaran dan ilmiahnya.

Semalam, sempat juga mendengar kuliah seorang Ustaz di surau. Kuliahnya mengenai tanda kiamat terutamanya kisah mengenai  Dajjal. Sempatlah Ustaz itu mempromosikan blognya, Namun permintanannya, “Tuan-tuan, walaupun saya ada blog, jangan panggil saya blogger. Nama itu semacam mempunyai tanggapan yang buruk pada masyarakat”

Betul kah? Sebelum ini selalu saya bergurau dengan kenalan, dengan memperkenalkan diri sebagai blogger. Rasanya setakat ini, tiada pula masalah. Sepanjang kelas-kelas PTS, belum pernah saya mempromosinya kepada tenaga-tenaga PTS, atas merasa masih banyak kekurangan. Cuma hanya kepada beberapa rakan peserta termasuklah Sang Pelangi. Ada juga sesuatu yang kekal saya dapat dari blognya. Kita berhutang masa dengan pembaca, dan biarlah masa mereka tidak disia-siakan. Kini saya juga sudah berani memperkenalkan biodata diri agar lebih bertanggungjawab dan berani terhadap apa yang dinukilkan.

Walaubagaimana tanggapan sekalipun, saya masih lagi tetap gembira dan teruja dengan dunia baru ini. Bertahun-bertahun sebelum ini ketika di Mesir, saya hanyalah  pejuang kekurangan peluru yang keseorangan, apabila setiap kali  menjelang exam fasl sanie (sem 2) di bulan 5. Dua tahun berturut-turut sebelum ini pula saya ditakdirkan menghadapi kemalangan yang teruk, juga di bulan yang sama. Tahun lepas juga saya dilanda kesebalan dan kesedihan apabila berlakunya suatu peristiwa yang tiada disangka pada awal bulan 5. Namun bulan 5 tahun ini amat berlainan sekali. Saya telah terlorong untuk mencuba sesuatu yang rupanya membangkit rasa keterujaan dan  denyut keyakinan. Blog telah membuatkan saya ingin berubah dan sentiasa berfikir. Medium untuk kita melontarkan sesuatu yang kadangkala tidak terlontar selama ini.

Advertisements

3 thoughts on “Usianya Baru Sebulan

    najib said:
    June 7, 2009 at 12:00 pm

    kita jangan rasa hebat kalau kita hebat menulis.jgn perlekehkan orang lain walaupun dia sekadar menulis catatan kehidupan atau memori dia sekalipun,ingat kalau setiap perkara itu dibuat kerana Allah, insyaAllah ada ganjarannya disisi Allah

    tintataghyir responded:
    June 8, 2009 at 9:39 pm

    Betul jib, biarlah bermula dengan tulis apa pun, pasti manusia itu akan ingin perubahan dan anjakan. Biarlah bermula dengan niat apa sekalipun pasti dia akan mencari nilai keikhlasan. Komen anta kali ni termasuk kat spam, pelik juga atau ana yg jahil? Syukran atas mengingatkan. Natijah bilo nak keluar?

      najib said:
      June 13, 2009 at 4:53 pm

      22 jun 2009,terimakasih.ajarlah ana yang dhof ini tentang penulisan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s