Siri Yusuf 2 : Al-Quran Hanya Folklore Story?

Posted on Updated on

Hayatilah al-QuranTeringat seorang akh yang ingin berkongsi pandangan, “Hendak tahu tip bagaimana kita lebih terkesan apabila baca al-Quran?

Jawab saya dengan mudah,“Tadabbur sahajalah.”

“Iyalah, hendak bangkit perasaan tadabbur itu bagaimana? Begini, Perasan tidak, kalau lihat terjemahan melayu setelah kalimah ‘katakanlah’ ada (wahai Muhammad). Dek terkesan dengan itu, kita jarang merasa Allah tujukan ayat itu untuk kita tapi pada Nabi sahaja. Sedangkan al-Quran itu dialog Allah dengan kita, bukannya dengan Nabi s.a.w semata. Nabi buat kerja apa?”

“Berdakwahlah, sebarkan agama Allah s.w.t.”

“Jadi kalau hendak merasa al-Quran itu untuk kita, kenalah buat kerja nabi-nabi. Kalau tidak, cerita-cerita dalam al-Quran macam folklore story sahajalah.”

Al-Quran banyak mengisahkan perjuangan nabi-nabi terdahulu. Banyak juga ayat yang turun berdasarkan peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Contohnya dalam al-A’lak ada mengisahkan penentangan musyrikin secara fizikal, manakala surah ad-Dhuha mengenai penentangan secara mental. Ada pula ayat yang meminta Nabi tidak berasa sedih dengan keengganan mereka itu. Malah ketika waktu sebegini turun pula ayat-ayat yang menceritakan kisah-kisah Nabi terdahulu bagi menghiburkan dan menguatkan iman Baginda dan para sahabat. Ada ayat yang menjanjikan kemenangan ke atasnya dan juga kebinasaan kepada yang menentang.

Maka sebab itulah al-Quran sangat sinonim dan lebih dirasai oleh mereka yang memperjuangkan agama Allah. Malah sangatlah menjengkelkan dan menghairankan bagi sesiapa yang mengakui dirinya pejuang tetapi sangat jarang membaca dan mentadabbur kalam suci ini. Segala rencah peristiwa yang berlaku dahulu, akan sangat dekat dengan kehidupan mereka, kerana sunnahtullah itu tidak akan berubah. Nabi sendiri pada mulanya seakan tidak percaya bahawa dirinya akan ditentang sedemikian rupa oleh kaum Musyrikin, tetapi awal-awal telah diingatkan oleh Warakah. Itulah yang terjadi pada pembawa risalah kebenaran dan Nabi Muhamad s.a.w sebagai penyambung tugas para Nabi terdahulu, juga tidak terkecuali.

Surah Yusuf Bukan Setakat Kisah Pemuda Hensem

Nabi Musa a.s adalah nabi yang paling banyak diceritakan di dalam al-Quran. Tidak hairanlah apabila kisahnya sering dilontarkan dalam skop berdakwah. Namun ia sebenarnya tidaklah menidakkan surah yang juga sangat dekat dengan dakwah dan kehidupan iaitu surah Yusuf, kendatipun dari sudut tersebut, ianya jarang dilihat. Tidak ketinggalan juga yang mengupasnya dari sudut sastera dan ada juga dari sudut sejarah.

Surah Yusuf mempunyai 111 ayat dan dikira surah Makkiyah kerana diturunkan di Mekah sebelum hijrah.[1] Ia diturunkan antara waktu terdekat selepas kematian Saidatina Kadhijah r.a dan Abu Talib yang dikenali sebagai tahun kesedihan. Pada mulanya Rasulullah s.a.w sendiri tidak mengetahui cerita mengenai Nabi Yusuf a.s sehinggalah surah ini diturunkan. Keistimewaannya terletak pada pengkhususan surah ini, iaitu penceritaan yang terperinci dan tidak terputus atau terpisah mengenai kisah hidup Nabi Yusuf as.

Terdapat surah lain yang dinamakan dengan nama beberapa orang nabi seperti surah Hud, Nuh, Muhammad dan Ibrahim, namun surah-surah itu tidak terfokus pada kisah hidup para Nabi yang namanya dijadikan judul surah.  Perbezaan ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa kisah hidup Nabi Yusuf as. memang mengandungi banyak hikmah dan pengajaran. Malah surah ini seperti menyatakan persamaan Rasulullah s.a.w dengan Yusuf a.s atas penderitaan yang ditanggung mereka dan ini menambahkan lagi kekuatan jiwa pada Nabi sa.w.

Tersepit, Terhimpit, Terpencil, Agamaku Tetap Kuseru

Dakwah tetap tidak terpenjaraDalam surah ini kisah dan method dakwahnya lebih diskopkan ketika babak  beliau dipenjarakan. Yusuf a.s memperlihatkan kewajipannya tanpa mengira waktu dan tempat di mana beliau telah menyeru dua orang pemuda yang dipenjarakan bersamanya ke  arah keimanan. Apabila dua pemuda tersebut menunjukkan kepercayaan kepadanya dan meminta Yusuf a.s  mentafsir mimpi mereka, maka beliau mengambil kesempatan tersebut untuk berdakwah.

Pendakwah hidupnya akan sentiasa memikirkan dakwah sekalipun berada di ruang yang sempit atau kesusahan. Kelangsungan dakwah itulah yang menjadikan dirinya sentiasa cekal dan merasai kehangatan iman. Hassan al-Banna ada menyatakan : “Barangsiapa mencari kerehatan dalam kerja-kerja dakwahnya, bagaimana dia akan memperbaharui kehangatan imannya?”

Ketika kali pertama saya diberi peluang untuk mengajar di surau oleh seorang rakan, saya bertanya padanya, “Berapa orang selalunya yang akan mendengar?”

“Kalau sampai sepuluh itu sudah di kira ramailah tu.”

Detik hati saya, “Sedikitnya, macam mengajar adik-adik junior tentang syarah matan Qiraat di bilik tidur aku saja, sewaktu di Mesir.”

Satu ketika saya singgah di masjid tepi laut yang agak terpencil di Bandar Hilir Melaka selepas maghrib. Ketika itu ada satu pengajian yang cuma dihadiri oleh dua orang sahaja. Namun saya cukup kagum dengan ustaz tersebut yang tetap bersemangat mencurahkan ilmu seolah-olah masjid itu dipenuhi ramai jemaah. Rupanya ustaz tersebut salah seorang rakan belajar abang saya dan juga mengenali diri saya.

Akhirnya setelah kali pertama, biarpun tidak begitu ramai, saya tetap berazam akan meneruskan kuliah tersebut selagi diperlukan. Tidak kiralah berapa orang yang akan mendengar, namun sekurang-kurangnya saya cuba juga untuk menjiwai sirah Nabi s.a.w yang disampaikan bersama-sama dengan mereka. Nasihat seorang akh, “Jemaah tetap ada sekalipun kamu seorang. Dakwah tetap berjalan sekalipun kamu terpaksa sendirian, kerana kamu masih di kira ummah” Ummah yang dijanjikan Allah s.wt sebagai sebaik-baik ummah tetap dikira walau keseorangan selagi ia kukuh landasan tauhidnya.

Firman Allah Taala :

إِنَّ إِبۡرَٲهِيمَ كَانَ أُمَّةً۬ قَانِتً۬ا لِّلَّهِ حَنِيفً۬ا وَلَمۡ يَكُ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan “satu umat” (Walaupun ia seorang diri), ia takut bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid, dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik. al-Nahl:120

Begitulah yang ditunjukkan oleh Yusuf a.s ketika dipenjara meskipun dia terpaksa bersendirian dan tiada kekuasaan. Malah skop dakwah ketika itu hanya kepada dua orang yang nasibnya pun belum tentu jelas. Tiada penangguhan dan tiada kesesalan melainkan hasilnya diserahkan kepada Allah s.w.t. Tugas Nabi adalah menyampaikan dan bukannya menentukan, maka sampaikanlah selagi kita juga mampu. Namun itu baru satu dan banyak lagi tugas-tugas Nabi yang perlu kita lakukan. Barulah nanti al-Quran akan terasa dekat di hati dan bukan hanya folklore story tentang orang-orang terdahulu.

Untuk Siri Yusuf 1 sila klik Cinta Yusuf Tidak Berakhir?


[1] Al-Quran Wa Tarjamah Macaniyah Ila al-Lughah al-Indunisiyah. 1418h. Maktabah al-Malik Fahd, hlmn 347

6 thoughts on “Siri Yusuf 2 : Al-Quran Hanya Folklore Story?

    najib said:
    June 22, 2009 at 11:07 pm

    hebat!terasa sungguh ana baca tulisan anta ni,kadangkala kita mementingkan kuantiiti bukan kualiti,macam mana dengan politik sekarang ya..x payah la….

      tintataghyir responded:
      June 25, 2009 at 1:35 am

      Cerita politik biarlah yang arif lebih berbicara. Sudah banyak info di luar sana.

    Abdul Latip said:
    June 24, 2009 at 8:16 am

    Salam ziarah,
    Menarik blog ini. Tahniah.
    Surah Yusuf memang elok dibaca dan dihayati kisahnya.

      tintataghyir responded:
      June 25, 2009 at 1:22 am

      Terima kasih Tuan Latif sudi menjenguk dan sangat menyokong. Jika dibandingkan dengan tuan yang banyak berkarya, sangatlah jauh blog ini. Harap beri tunjuk ajar.

    nabil said:
    July 10, 2009 at 1:15 pm

    salam, mintak pencerahan, back time story atau bed time story?

      tintataghyir responded:
      July 10, 2009 at 5:25 pm

      Syukran atas teguran dan keprihatinan. Rasanya istilah folklore lebih sesuai untuk apa yang dimaksudkan di atas.
      Kalau tidak tepat juga, bed time pun bolehlah juga mungkin.
      Senang maknanya untuk al-Quran hanya diambil tahu kisah zaman silam tanpa pengajaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s