Month: July 2009

Menagih Kemaafan Di Hujung Kaki Rejab

Posted on

Kemaafan sejernih hatiDalam tinta berbicara,

leraikan segala sengketa, rindunya wajah-wajah ceria,

ukhuwah bukan dinilai rupa meskipun harta,

hanya mengejar tingkat mulia, menjadi cahaya atas cahaya,

bahagianya di taman syurga, tiada dendam hasad haloba,

namun layakkah kita, hati masih dipalit noda,

hadirnya Rejab membawa petanda, peluang amalan berganda,

menanti bulan yang lebih mulia,

maka kemaafan awal dipinta, diiringi secangkir rasa,

moga pintu kemaafan dan ukhuwah  terkuaklah seluas-luasnya,

menyambut sama hadirnya takwa dalam diri yang hina.

Advertisements

Natrah Yang Memilukan

Posted on Updated on

Buku kisah NatrahKematian Natrah bagai mengguris dan mengungkit  semula memori kesedihan pilu kita terhadap penindasan agama dan bangsa kita suatu masa dahulu. Cuma khabar kali ini menoktahkan perjalanan hidupnya yang pengakhirannya tidak seperti kita harapkan. Natrah cuma simbol di sebalik kecintaan bangsa kita terhadap agama suatu masa dahulu. Seramai 18 orang  mati dan 173 lagi cedera parah ketika berlakunya rusuhan atas bantahan terhadap kehakiman ketika itu di Singapura. Mereka semua bukannya ada pertalian dengan Natrah, tetapi bangkit atas rasa keagamaan yang tercabar dan perasaan ingin menyelamatkan akidah seorang wanita muslimah.

Sayang Natrah tidak melihat kesemua itu untuk membalasnya dengan kembali (secara zahir) kepada pencarian fitrah yang sebenar. Read the rest of this entry »

Tunggulah, Aku Belum Jadi Baik

Posted on Updated on

(Satu luahan artikel yang terpendam setahun ditulis ketika masih mengajar di Ins. Tahfiz Al-Quran N.Sembilan (ITQAN). Ia telah digarap semula manakala situasi yang diluahkan mungkin sudah berubah atau kini bertambah baik.)

Bangunan ITQAN Yang Paling Damai (photo dari amizakhusyri.blogspot.com)“Ustaz, bagaimana perkembangan  anak saya selama ini?”

“Ustaz, ada perkembangan tidak hafalan anak saya?”

“Ustaz, kenapa matematik anak saya lemah?”

Itulah antara soalan-soalan stereotype yang diajukan kepada saya oleh ibu bapa  semasa sesi pertemuan tiga penjuru. Hari yang membanggakan sebahagian ibu bapa dan memalukan sebahagian yang lain. Apa pun sebagai guru yang belum dua tahun jagung ketika itu, sungguh saya berbesar hati dengan luahan dan perkongsian masalah yang diutarakan.

Ekspresi semangat ibubapa membuatkan perasaan terus terhambau wajah ibu dan arwah ayah yang berwajah gembira, setiap kali datang menghadap guru-guru yang berusaha untuk mendidik saya dahulu. Ayah seorang yang memegang prinsip guru tidak bersalah dan antara hieraki yang mempunyai kuasa penentu keberkatan. Walaupun ayah, bapa yang paling berpengaruh ketika itu, namun dia tidak pernah mempertahankan saya  dalam melayan segala adu domba saya padanya.

“Jangan ingat kau pandai, keputusan periksa cemerlang, kau akan berjaya kalau hati dan berkat guru kau tidak mampu jaga. Ayah bukan budak pandai, tetapi mungkin berkat guru, hidup ayah berjaya” ujarnya dan saya hanya mampu tarik muka kelat.

Berbalik pada banyak luahan dan harapan, saya sebenarnya masih terpempan dengan satu luahan seorang ibu.

“Ustaz, saya rasa di sini kurang suasana tarbiyahlah,” Read the rest of this entry »

Wanita Berkalong Serban – Jangan Terlalu Sinikal

Posted on Updated on

Wanita Berkalong SerbanWanita Berkalong Serban. Pakainya hanya beberapa babak tetapi dibuat judul. Mungkin mahu digambarkan serban itu simbol perjuangan wanita tersebut. Orang Palestin lilit serban kerana itu lambang budayanya, namun filem ini? Entahlah. Emak saya kadang-kadang pakai kain serban juga yang dibuat tudung kepala.

Biarpun cerita ini mungkin sudah basi bagi Malaysian yang menggemari youtube, namun masih segar bagi saya kerana baru sahaja berkesempatan menonton. Itupun setelah hangat diperkatakan oleh mereka yang melihat perlunya penjelasan terhadapnya. Kerana apa iya perlu diperjelaskan? Read the rest of this entry »

Kenapa Solat Di Tepi Dinding?

Posted on Updated on

surauSeusai solat saya cuba berehat sebentar seminit dua di ruang belakang surau. Lelah juga window shopping berseorangan tadi. Tujuannya hanyalah untuk membeli sehelai baju kemeja sahaja, tetapi masa memilhnya terlalu lama dek sikap cerewet dan kewangan pula tidak membantu. Para pengabdi Tuhan masih keluar masuk surau silih berganti, walaupun tidaklah terlalu ramai. Kelihatan gerak mereka sangat segera seperti mengejar masa. Surau-surau persinggahan begini sememangnya dipenuhi oleh manusia-manusia yang sibuk namun tidak sampai melupakan Tuhannya terus.

Seorang pemuda lalu di hadapan saya. Dia mengambil sejadah, lalu membentangnya di tepi dinding dan terus bersolat. Kemudian mampir pula seorang lagi pemuda. Dengan mukanya masih dibasahi air wudhuk, matanya meliar mencari sejadah yang tidak digunakan. Read the rest of this entry »