Wanita Berkalong Serban – Jangan Terlalu Sinikal

Posted on Updated on

Wanita Berkalong SerbanWanita Berkalong Serban. Pakainya hanya beberapa babak tetapi dibuat judul. Mungkin mahu digambarkan serban itu simbol perjuangan wanita tersebut. Orang Palestin lilit serban kerana itu lambang budayanya, namun filem ini? Entahlah. Emak saya kadang-kadang pakai kain serban juga yang dibuat tudung kepala.

Biarpun cerita ini mungkin sudah basi bagi Malaysian yang menggemari youtube, namun masih segar bagi saya kerana baru sahaja berkesempatan menonton. Itupun setelah hangat diperkatakan oleh mereka yang melihat perlunya penjelasan terhadapnya. Kerana apa iya perlu diperjelaskan? Pasti bukan kerana pelakonnya bintang sinetron Bawang Putih, tetapi konflik yang diketengahkan oleh filem ini berkait rapat dengan kefahaman Islam dari sudut kebebasan wanita. Kontroversi filem ini telah lama panas di Indonesia yang melibatkan pandangan ulamak dan juga karyawan.

Sebelum ini saya menafsirkan Annisah hanya gadis yang tiada kekuatan agama setelah hanya melihat babaknya di bangsal dalam trailer. Alah, ini mesti kes cintan-cintan orang beragama yang tidak kesampaian. Lepas itu hendak pertahankan ianya diharuskan. Sebab itu saya kurang berminat, tetapi rancak pula orang berbicara mengutuk atau mempertahankan WBS . Jadi ingin juga untuk menonton biar isunya jelas dalam menjadi pengkritik bebas.

Saya mulakan tontonan dengan cuba memadamkan segala tanggapan negatif mahupun positif terhadap filem ini yang saya tahu berdasarkan komen-komen penonton. Satu persatu dicari apakah mesej yang ingin disampaikan oleh filem ini. Keganasan rumahtangga, sudah banyak filem Indonesia yang sedemikan. Keautoritian bapa dalam menentukan masa depan anak gadisnya? Juga sudah basi. Cintan cintun? Itu sudah mesej wajib bagi kebanyakan filem.

Kejumudan institusi pondok? Mungkin juga ya. Kefahaman salah dalam memahami Islam? Mungkin juga. Konflik jiwa? Mungkin juga. Kelemahan menjiwai Islam? Mungkin juga. Banyak lagilah kemungkinan yang cuba diketengahkan secara tersirat di sebalik kejelasan mesej filem ini.Tersuratnya ia cuba menafsirkan kebebasan wanita mengikut kacamata Islam.

Bagi saya Annisah memperjuangkan sesuatu yang ada benarnya dan sering disalah tanggap atau sengaja ditanggap salah. Isunya kebebasan wanita dalam(mesti ada) Islam. Wanita ada kebebasannya di dalam Islam, namun ada keterbatasannya bagi memuliakannya dan melindungi perasaannya jika dikaji mendalam.

Annisa yang ditampilkan bijak adalah heroin yang diangkat dalam cerita ini. Dia mewakili mangsa keadaan yang cuba berani bangkit biarpun terpaksa melalui fasa-fasa ujian yang begitu berat. Namun Annisa bukanlah contoh pejuang yang kental berpasakkan kefahaman Islam. Apatah lagi untuk sangat menjiwai Islam itu sendiri, Cuma Annisa cuba juga menjadi hamba yang patuh.

Annisa adalah contoh generasi why yang suka kepada logik dalam memahami Islam. Apatah lagi perkara yang berkisar dengan haknya sendiri. Akibat ketidakupayaan masyarakat sekeliling memberikan jawapan yang dibangkitkannya apatah lagi kesalah fahaman yang didokong, jiwa Annisah kabur dan lemah. Maka tidak hairan jiwa Annisa begitu mengharapkan cinta Khadori, seorang  yang seakan sangat memahaminya.

Annisah semakin lemah dan jiwanya makin ponggah apabila satu persatu peristiwa yang terjadi kepadanya semakin menyesakkan. Akibat tekanan hidup yang makin kemuncak, bertambah dengan kehadiran semula Khudori, ketauhidan Annisa yang difahami hanya sebatas itu menjadi semakin rapuh. Lalu ingin dirungkaikan terus bersama harga diri ketika peristiwa di bangsal. Apabila tekanan tidak terkawal, manusia boleh melakukan sesuatu yang di luar dugaan. Apatah lagi setelah dibius bisikan nafsu dan syaitan. Nah, sudah jelas bukan bahayanya cinta meskipun di kalangan penuntut agama?

Setelah itu satu persatu peristiwa yang makin memperlihatkan rahmat dalam kehidupan dan perjuangannya pula makin jelas sehingga akhir cerita. Annisah sebenarnya dapat menjiwai tauhid  bukan dari kitab, tetapi dari ketentuan hidupnya yang semakin bersinar setelah berlalu kegelapan  ketika perkahwinan pertama yang sangat malang.

Tertarik juga sikap Annisah yang tidak terlalu menafsirkan kebebasan seperti yang dilaung-laungkan oleh Barat.  Annisah tidak terikut dengan budaya rakan-rakannya yang membuang terus harga diri akibat kebebasan yang diimpikan selama ini, telah tidak terkawal. Annisa bebas untuk melakukannya di bandar tetapi itu bukan fokus dan dokongannya. Jawapannya pada rakannya, “Iya, kebebasan itu seronok” adalah sindiran yang menyedarkan rakannya dan bukan membenarkan. Buktinya rakannya itu tidak tersenyum dengan jawapan tersebut yang seperti diajak bermuhasabah semula.

Saya suka apabila Annisa tetap tega mencari makna kebebasan meskipun bukan lagi dengan kekuatan cinta. Akhirnya Annisa berjaya mendapatkan cintanya dengan ikatan halal dalam kondisi ia cuba melupakannya. Berbanding sebelum kahwin, Khudori lebih terlihat kekuatannya selepas mengahwini Annisa dengan menjadi suami yang sangat memahami kondisi dan masalah isterinya berdasarkan kefahaman Islam yang lebih jelas. Sebenarnya hanya itulah Annisa dambakan dari pemikiran dan layanan seorang lelaki terhadap wanita. Bukannya kebebasan total tanpa kekangan dan batasan yang ia inginkan.

Babak yang menarik.

1. Annisa tidak menanggalkan tudungnya sekalipun ketika di kota sedangkan pernah ingin dilepaskan kesemuanya ketika di bangsal dahulu. Maknanya perjuangannya dan pendirian agamanya makin jelas meskipun dia bekerja dengan mereka yang free hair yang begitu memperjuangkan hak wanita mereka.

2. Pensyarah Annisa yang menggalakkannya menulis. Begitu juga galakan Annisa kepada pelajar-pelajar pondok. Penulisan dan karya digambarkan sesuatu yang mampu memberi kekuatan dan melejit kebangkitan. Annisa pula memberi buku bukan sekadar untuk dibaca, namun dipanjangkan dengan cuba menulis dan mengolah kefahaman tersebut. Malah Annisa ada titik tuju perjuangannya sendiri dengan menubuhkan sebuah maktabah.

3. Layanan Annisa terhadap pelajar-pelajar pondok tersebut. Kalau kita sebagai pengajar, pernahkah kita memberikan buku-buku kepada pelajar, atau sekurang-kurangnya meminjamkan mereka buku? Pernah tidak kita mengesyorkan mereka sesuatu buku yang di luar muqarar atau memberikan mereka semangat untuk mencintai buku? Mendorong mereka berkarya atau cuba memahami jiwa mereka? Fikirkan dong!

Teringat saya ketika di bersekolah dahulu seorang guru merampas sebuah novel dari kawan saya yang lebih kurang bertajuk Derita Dilambung Badai. Sebenarnya buku itu menceritakan kisah benar seorang nelayan yang mengharungi detik-detik getir dilambung ombak ketika sampannya hanyut di lautan. Tetapi obses dengan tajuk terus kawan itu teruk dimarahi.

Dahulu di sekolah rendah lagi saya sudah membaca karya Mana Sikana, Khadijah Hashim, Arena Wati yang dicari di perpustakaan dewasa. Masuk sekolah agama, tiada lagi kesempatan dan galakan begitu yang akhirnya minat sastera dan membaca saya terus kehilangan jejak buat sekian lamanya. Hanya baca buku muqarar sahaja yang dibenarkan.

4. Suasana berbahasa arab di madrasah. Kita ramai yang bersekolah agama, namun kita mengakui suasana menjiwai bahasa Arab sangat nihil. Guru Arab  di madrasah saya belajar dahulu dan di tempat mengajar sekalipun, lebih bertutur dalam bahasa Melayu. Malah di universiti dan setelah berada di negara arab sendiri, masih kurang budaya tersebut di kalangan pelajar kita. Saya banyak mengenali rakan-rakan dari Indonesia. Rata-ratanya mereka boleh menguasai pertuturan Arab dengan baik biarpun lahjahnya huruf shin menjadi sin. Antara kekuatan mereka, dasar pondok mereka dahulu yang begitu menekankan perbualan dalam bahasa Arab.

Antara babak yang tidak menarik.

1. Bab-bab couplelah, tetapi jangan tipu, kes ini biasa juga berlaku di sekolah-sekolah agama. Annisah berpegangan tangan dengan Khudori ketika kecil lagilah sebal. Ia menunjukkan percintaan ketika umur yang tidak sepatutnya, bukannya melihatkan kesetiaan dan kejujuran dalam erti persahabatan kanak-kanak atau remaja.

2. Khudori menyentuh tangan Annisa di kedai makan. Gatal sungguh dan ini satu lagi bahaya dating-dating baik di kalangan penuntut agama sekalipun. Khudori digambarkan seorang yang berpendidikan tinggi dalam agama. Namun terkalah juga ya dalam babak ini yang mengurangkan kesiqahannya. Cinta tidak semestinya terzahir dengan sentuhan kecuali setelah perkahwinan. Perasaan cintanya ketika menuntut itu sendiri sudah mengurangkan siqahnya.

3. Annisa menonton wayang. Kali pertama ia boleh dianggap atas dasar kesalahan fahaman dan juga kerana kekaburan jiwa remaja yang inginkan hiburan. Namun tidak bagi kedua kalinya ketika mereka di kuliah dan rupanya pengarah memang memahami menonton wayang sesuatu yang dihalalkan dan tidak perlu disekat.

Ini tidaklah menghairankan sekiranya seorang sudratara filem berfahaman sedemikan. Siapa lagi yang ingin menyokong industri filem kalau tidak mereka sendiri. Tidak hairan kalau kita mendengat ‘Ustaz’ A menonton wayang dengan penyanyi W. Pawagam adalah lambang kejayaan mereka dan lubuk wang bagi mereka. Namun salahnya apabila ‘kehalalan’ itu diangkat dari sudut gambaran kefahaman Islam yang sebenar di dalam filem ini. Hendak perjuang kebebasan Islam, tunjuklah sungguh-sungguh.

Banyak lagi babak yang tidak menyenangkan yang tersangatlah tidak perlu. Tetapi  atas dasar ianya filem, ianya di’halal’kan dari skop menghidupkan cerita kononnya. Seperti contoh aksi percubaan kedua-dua suaminya untuk menggaulinya yang boleh digantikan dengan cara yang lebih tidak jelas tetapi mudah difahami maksudnya. Atau cukup dengan bahasa kiasan kerana penonton ramai dari kalangan dewasa, yang pastinya cepat menangkap dan faham. Namanya pula pelakon, maka hari ini boleh jadi Ustaz besok boleh jadi Romeo dan babak itu semua tidaklah menjengkelkan bagi mereka. Memang tidak sedap mata dan sangat menjengkelkan kalau hendak mengira ini filem Islam apatah lagi yang terbaik.

Adakah filem ini ingin memburukkan institusi pondok dan mengurangkan kepercayaan masyarakat? Mungkin juga namun ia agak sinikal sekiranya berfikiran sebegitu sepenuhnya. Annisa tidak melarikan dirinya terus dari pondok tersebut malah akhirnya memperjuangkannya dari dalam. Annisa juga tidak memprotes keterbatasan pergaulan di pondok, malah telah melihat bahaya kebebasan di luar yang jauh terbabas dan menakutkan. Annisa masih percaya makna kebebasan dapat dinikmati di pondok lagi, bukannya di luar.

Maknanya institusi pondok tetap dipercayai, tinggal lagi perlu belajar memahami kondisi dan kefahaman agama yang sebenarnya bagi sesetengah madrasah. Pengajar perlu mengkaji sesuatu prinsip Islam berdasarkan kefahaman yang benar dan jelas, bukannya atas dasar warisan pelaksanaan yang tidak boleh digoyah sama sekali. Apatah lagi dengan membutakan hati dan pemikiran secara melampau.

Cuma kalau yang dangkal pasti melihat kesemua pondok sebegitu rupa padahal tidak. Tidak pasti kalau ianya dibuat kajian atau tidak, berapa banyak pondok yang kefahamannnya sebegitu sebelum di buat filem. Baiknya kalau ada babak ketika di universiti, Annisa ketemu bekas santri dari pondok yang lain yang kefahaman dan didikan pondoknya lebih jelas dan telus, yang sangat membantu dan menyedarkan beliau.

Ia memburukkan golongan agama? Tidak juga kerana Islam boleh di salah tanggap oleh sesiapa sahaja. Apatah kalau terbelenggu dengan warisan tanpa kajian dan budaya setempat yang dianggap benar. Khawarij puak yang terlalu hebat dan tingginya mujahadah dalam ibadah. Mereka menentang atas dasar mempertahankan agama sedangkan mereka penuh dengan kesesatan dan pelampauan yang mengikut nafsu. Buruk laku juga boleh berlaku atas siapa pun apatah lagi jika keegoan dan kepentingan menguasai diri.

Agama bukan terbatas dengan ketauhidan total, tetapi perlu juga ditekankan dengan kelogikan yang penuh hikmah. Nafsu boleh dihinggapi oleh sesiapa sahaja apabila kefahaman Islam cukup dengan setakat tahu dan tidak menjangkaui mahu.  Memiliki sarjana pendidikan agama atau sijil yang lebih tinggi dari itu bukanlah satu fully guarantee untuk menjiwai Islam dalam kehidupan atau jua mampu mengatasi segala bisikan nafsu dan syaitan.

Apa yang jelas, Islam bukan mendiskriminasi kebebasan wanita, namun wanita diangkat dengan penuh kemuliaan. Wanita Islam tidak perlu disalah tanggap sebagai hamba kepada Muslim kerana setiap dari kita adalah hamba Allah, Pencipta Yang Maha Kuasa. Cuma wanita adalah insan lemah yang penuh berperasaan dan seribu prasangka. Bijaknya hanya bila disulami dengan keimanan dan ilmu yang mendalam.

Mencari dan memahami makna agama hanya seputar berdasarkan filem-filem? Satu tanggapan yang sangat dangkal, jahil dan merugikan. Islam perlu difahami dengan memenuhi taman-taman syurga di dunia iaitu bersimpuh di majlis-majlis ilmu, berguru dan menjadi rakan buku. Namun tidak ternafi filem tetap satu medium yang sangat mengesankan dan perlulah dimanfaatkan.

Dalam kontra-kontranya saya tertarik dengan sebuah komen seorang anak gadis biasa Indonesia perihal filem ini.

“Hmm..saya seorang Muslim.. tapi ya gitu deh pengetahuan Islam saya lumayan minim, jadi dengan film ini saya jadi tertarik untuk mempelajari Islam lebih dalam, untukmencari tahu kebenaran dari film ini..gitu loh mas..Yah mungkin memang cewek2 sangat tersentuh klo nonton film ini kali yah?? hehe.. bukan film meisteri koq mas.. tapi tentang perlawanan perempuan..
Met nonton yah..”

Fahamkah tidak bahasa komennya ini?

12 thoughts on “Wanita Berkalong Serban – Jangan Terlalu Sinikal

    uwa|s a|-qarn| said:
    July 6, 2009 at 2:42 am

    salam ceria~
    akhirnya ade juga orang yang sependapat dengan ana, alhamdulillah.Ana nampak mesej yang cuba disampaikan, puas ana terangkan kat orang lain tp ramai yang menntang. Dsebabkan ramai yang menentang dan mesejnya sukar disampaikan,ana memilih untuk berdiam.
    Alhamdulillah,moga2 kite dpt trus bersama meng’Islah’kan remaja..amin..

      tintataghyir responded:
      July 6, 2009 at 1:18 pm

      Saya hanya melontar pendapat. Baru cuba-cuba belajar tidak terus melatah apabila berdepan dengan sesuatu isu. Atau ikut-ikut melatah tanpa tahu hujung pangkalnya.Siapa mahu komen, eloklah menonton dahulu. Kalau tidak, abaikan sahaja isu ini.

    muthiah said:
    July 8, 2009 at 9:31 pm

    Salam ziarah… bagus blog ini. nanti bolehlah muthiah belajar dengan tuan. selamat maju jaya🙂

      tintataghyir responded:
      July 10, 2009 at 4:47 pm

      Syukran Muthiah, moga sering berziarah dan memberi pendapat. Saya juga masih belajar.

    Hazim Azhar said:
    July 14, 2009 at 4:31 am

    Salam ustaz..

    Kali pertama saya menonton filem ini entah mengapa air mata deras mengalir. Mungkin kerana terlalu kasihan dengan nasib Anissa yang terlalu dihimpit keadaan sejak kecil hingga berumah tangga (kali pertama)

    Penyiksaan batin yang dialami melalui bapanya yang tidak memahami dan suami pertama yang bejat memperlihatkan bahawa setiap insan ada ‘limitnya’.

    Bagi saya, perkara yang menarik dalam filem yang menjadi kontrovesi ini ialah, ketabahan seorang perempuan dalam mencari makna kebebasan yang hakiki.

    Akhirnya Anissa temui apa itu kebebasan. Ini terbukti apabila selepas ia membawa pulang 3 santri yang melarikan diri ke Yogjakarta.. ia berkata “…Kalian adalah bakal isteri kepada suamimu, bakal ibu kepada anakmu, carilah kebebasan dalam ketaatan kepada tuhan…” (lebih kurang macam ni rasanya)

    Apa apapun, filem ini adalah bermutu dan mempunyai nilai estetika yang berlandaskan islam walaupun bukan secara keseluruhan. Ini lebih baik daripada filem2 Melayu Malaysia yang semakin rosak dan bangga menurut telunjuk Barat.

    iman nasuha said:
    July 17, 2009 at 11:36 am

    salam…baru sahaja lepas tonton…selepas habis paper microbiology beberapa hari lepas..sebab terpengaruh dengan review yang ditulis…babak2 yang awal ingatkan cerita ni nak ajak kepada liberalism..ala2 sisters in islam..cepat betul su’uz zhon..tapi towards the end baru nampak apa yang anisah perjuangkan….dan nampak ada kebenaran di situ..setuju dgn review yg ditulis..cumanya banyak juga adegan2 yang tak elok…banyak motif yang ingin disampaikan..bukan hanya isu cinta biasa seperti cerita2 di malaysia..ape2 pun, two thumbs up for dis film..

      tintataghyir responded:
      July 29, 2009 at 11:33 am

      Memang benar. Memang sukar mengharap sesuatu yang terlalu bersih dari penggiat filem kerana lebih separuh minda mereka memikirkan keuntungan. Padahal kebiasaan bukan bererti kemestian.

    sitinurulhawa said:
    July 17, 2009 at 12:01 pm

    filem ini perlu ditonton keseluruhannya, kalau menonton beberapa babak sahaja memang kelihatan ia menyerang institusi perantren dan mempromosikan islam liberal dan feminisme.

    Di awal filem ini, banyak persolan tentang hak2 seorang perempuan. Yang sebenarnya ditangani dengan jelas dalam Islam tetapi cuma disalahanggap oleh segelintir ‘orang agama’. Sayangnya akhir filem ini tak menunjukkan Islam sebagai jawapan kepada persoalan2 tadi. Kalau adapon jawapannya tak sejelas soalannya. Anissa kelihatan terubat kerana cinta manusia (Hadori) bukan dari hidayah Tuhannya. Saya sangat berharap sekurang2nya ada satu baris dialog menyatakan – ‘Allah telah menjawab segala doa dan istigfar ku’.

      tintataghyir responded:
      July 29, 2009 at 11:37 am

      Sangat setuju. Terima kasih atas perkongsian pandangan. Lebih cantik jika digarap kesedaran lebih pada hidayah dalam diri tapi ada sedikit apabila heroin ini tetap tega biarpun cinta terhalang.

    naimisa said:
    July 20, 2009 at 11:52 am

    Ketika dalam satu seminar yang dihadiri oleh penulis asal novel ini, beliau menyatakan bahawa versi filem tidak digemarinya kerna sudah banyak lari daripada garapan asalnya.

    Dengan kata lain, mesej sebenar antara novel dan filem tidak sama…..

    Wallahu ‘alam.

      tintataghyir responded:
      July 29, 2009 at 11:39 am

      Mungkin, tetapi lebih jelas jika dapat membaca novelnya sendiri. Sayangnya saya bukan peminat tegar novel-novel.

    tulip putih said:
    February 23, 2010 at 2:31 am

    wahhh…sgt panjang sih ulasannya..tp ulasan sgt mantop..sangat suka, ader pro n kontra..sy menggemari filem ini, selain dr senimatografinya yg sgt cantek..filem ini mengajak kita berfikir..ermm penulis blh jd pengulas filem islami.. =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s