Tunggulah, Aku Belum Jadi Baik

Posted on Updated on

(Satu luahan artikel yang terpendam setahun ditulis ketika masih mengajar di Ins. Tahfiz Al-Quran N.Sembilan (ITQAN). Ia telah digarap semula manakala situasi yang diluahkan mungkin sudah berubah atau kini bertambah baik.)

Bangunan ITQAN Yang Paling Damai (photo dari amizakhusyri.blogspot.com)“Ustaz, bagaimana perkembangan  anak saya selama ini?”

“Ustaz, ada perkembangan tidak hafalan anak saya?”

“Ustaz, kenapa matematik anak saya lemah?”

Itulah antara soalan-soalan stereotype yang diajukan kepada saya oleh ibu bapa  semasa sesi pertemuan tiga penjuru. Hari yang membanggakan sebahagian ibu bapa dan memalukan sebahagian yang lain. Apa pun sebagai guru yang belum dua tahun jagung ketika itu, sungguh saya berbesar hati dengan luahan dan perkongsian masalah yang diutarakan.

Ekspresi semangat ibubapa membuatkan perasaan terus terhambau wajah ibu dan arwah ayah yang berwajah gembira, setiap kali datang menghadap guru-guru yang berusaha untuk mendidik saya dahulu. Ayah seorang yang memegang prinsip guru tidak bersalah dan antara hieraki yang mempunyai kuasa penentu keberkatan. Walaupun ayah, bapa yang paling berpengaruh ketika itu, namun dia tidak pernah mempertahankan saya  dalam melayan segala adu domba saya padanya.

“Jangan ingat kau pandai, keputusan periksa cemerlang, kau akan berjaya kalau hati dan berkat guru kau tidak mampu jaga. Ayah bukan budak pandai, tetapi mungkin berkat guru, hidup ayah berjaya” ujarnya dan saya hanya mampu tarik muka kelat.

Berbalik pada banyak luahan dan harapan, saya sebenarnya masih terpempan dengan satu luahan seorang ibu.

“Ustaz, saya rasa di sini kurang suasana tarbiyahlah,” keluhnya yang jauh-jauh datang sendirian sambil mengendong anak. Hanya demi mendengar sendiri komen guru mengenai anaknya yang seperti tidak sedar ia dicintai oleh ibunya. Walaupun sebelum ini dek geram, rasa ingin dihamburkan sahaja mengenai sikap lewa anaknya, tetapi niat saya berubah apabila melihat raut wajah ibu muda itu yang terganggu sedikit kejernihannya. Akhirnya saya sedaya upaya menggunakan kata-kata optimis agar tidak tumpah air mata keibuannya di hadapan saya.

Tetapi keluhannya itulah yang membuat saya tergumam, tekak terasa pahit tersekat bagai menelan kapsul tanpa minum air. Hanya saya mampu tersenyum cover dengan hati sedikit membenarkan. Saya dapat bayangkan ketika mendaftar dahulu akan betapa tinggi harapannya, rasanya pasti lebih tinggi dari tangki air ITQAN yang ingin sekali saya memanjatnya, agar  ITQAN ini menjadi medan bersumur tarbiyah bagi anaknya. Ada beberapa keluhan lagi yang menjadi harapannya itu bertambah rumit.  Saya pula cuba menjadi pendengar yang baik dan jauh sekali untuk melatah.

Fokusnya apakah makna tarbiyah itu sendiri?  Walaupun hanya sebagai seorang  guru kelas kecil bercat biru bersegi empat dengan bertikar koyak yang masih belum ditukar, gara-gara menunggu janji tikar subsidi, saya tetap cuba merenung sejauh manakah konsep tarbiyah yang telah saya terapkan selama ini. Try and error, belajar dari kesilapan dan menilai berdasarkan pengalaman. Itulah cara yang mampu dipraktikkan oleh saya, yang masih tiada sijil teori pendidikan ketika mendampingi dan cuba memahami jiwa anak didik. Dari yang berwajah comel ala tele tubies sehinggalah yang persis bapak budak, satu himpunan jalur variasi yang pasti tampak berbeza cara dan pendekatannya.

projek tarbiyah

Makna tarbiyah yang disandarkan pada rabbaniyah,  akan membawa maksud proses berterusan dalam usaha membentuk pola-pola tingkah laku dalam diri anak didik, sejajar dengan kehendak Allah berpandukan manhaj tarbiyah Ilahiyah. Satu definisi yang cukup berat untuk dilaksanakan, menyeret kita untuk merenung sedasar yang mungkin, dalam kolam diri kita sendiri, bukan? Tarbiyah bukan hanya dengan manis kata, belum tentu cukup dengan teori-teori pedagogi  dan andragogi, buku-buku tebal kaunseling dan motivasi tetapi menuntut segalanya dari kita agar menjadi qudwah yang terbaik (be a milestone in someone’s life)  laksana najmu  berserakan di dada langit.

Makna Tarbiyah Yang Mudah

Apa kata kalau kita santaikan istilah mengikut edisi mudah dengan menyebut tarbiyah ialah usaha menjadikan kita lebih baik dan membaikkan orang. Dalam erti makna yang lain, ia wajiblah bagi kita semua. Masih rasa tidak mampu? Renung-renungkan kembali tujuan hidup kita. Bagi saya aslih nafsak wad’u goirak (perbaiki dirimu dan serulah yang lain) perlu jalan seiring.

Ini bukan zaman orang geli geleman dengar istilah tarbiyah apatah lagi bagi Jilul Quran (generasi Quran).  Era ini bukannya tarbiyah hanya cukup dinilai dengan betapa tebal serban dipakai, betapa cantik selendang serban di bahu. Jauh sekali makna tarbiyah adalah usaha suci mendidik muslimah melalui petikan jari bersms.

Namun kini tarbiyah adalah visi holistik merumpun segala kefahaman Islam. Satu pembentukan yang ditagih oleh generasi muda kini yang kian tersedar (siapa masih lagi terbuai di alam couple-couple, lempang-lempangkan).

Semakin kuat jahiliyah mencengkam semakin kuat kader-kader dashyat ini memalu gendang tarbiyah. Perubahan ini bagai menukar Ikrimah sang penderhaka menjadi syahid menggapai syurga, bagai merubah Umar sang seteru menjadi pencinta dan pembela Nabi. Mesti mencapai  happy ending and full barokah.

“Alah, kau nak tarbiyah aku, engkau apa kurangnya?”

“Sejak bila kau nampak semacam baik ni?”

“Kau buatlah dulu, aku ini kau faham-faham sahajalah”

“Kalau bab-bab usrah tarbiyah seperti ini, payah juga hendak dihidupkan”

Ini baru sedikit dialog busuk sebegini yang kita dengar. Rasanya banyak lagi dialog pesimis yang sering kita dengar apabila mahu, tunjuk atau ajak dalam melakukan satu perubahan yang positif. Sikap pesimistik yang berciri sinis, iri, dengki dan mungkin fitnah. Boleh mematikan cita-cita dan impian, atau silap-silap mati semangat  kita dibuatnya. Pesimistik  hanya sikap takbur mendahului nasib. Cuba renungkan Ali Imran ayat 110:

كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ‌ۗ

“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”

Allah meletakkan ciri-ciri umat yang terbaik didahulukan dengan amar maaruf dan nahi mungkar. Kemudian baru diberi syarat beriman kepada Allah. Sesetengah ulama menafsirkan bahawa kalau kita melakukan kedua-dua syarat itu, akan timbul di sana kesuburan iman iaitu syarat yang ketiga. Bukan tunggu iman benar-benar rasa sempuna baru nak usaha membaiki  yang lain. Alamat kempunan nanti syurga VIP.

Hari-hari kita kena azam dan usahakan ada sesuatu kebaikan dan perubahan yang perlu kita lakukan. Hari ini kita macam baik, solat pun khusyuk semacam, tapi besok rasa malas nak ibadah, itu perkara biasa. Namun kena jua cari jalan atasinya, biar alpa tidak berlarutan, lesu dalam keselesaan. Kita kena ingat dalam diri kita ada dua unsur yang sering berlawanan. Firman Allah Taala:

وَنَفۡسٍ۬ وَمَا سَوَّٮٰهَا (٧) فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا (٨) قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا (٩) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا

“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; (8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).”

AsSyams :7 – 10

Kalau mahu menunggu kita benar-benar rasa baik baru nak buat dan ajak orang jadi baik, sampai matilah kita tidak akan lakukan. Hanzalah pernah merasa dirinya munafik kerana perasaan turun naik imannya. Bersama Nabi s.a.w terasa kuatnya iman, namun bila di rumah terasa lemah pula. Malah diakui oleh Abu Bakar yang juga berperasaan sedemikian dan masalah ini mereka ajukan pada Nabi sendiri. Apakah Nabi s.a.w memarahi mereka? Tidak, malah suasana iman itulah yang membezakan kita dari malaikat.

Tidak dapat buat semua tidaklah mengapa, tetapi kita sudah ada keinginan dan berusaha. Jauh bezanya daripada orang yang semacam mati hatinya untuk menerima kebaikan atau mereka yang merasa berada di zon selesa. Pandangan dan pemikirannya tidak mampu menembusi dinding-dinding apatah melangkau jaringan pagar institut.  Hari ini pergi kelas untuk belajar, dapat makan berlauk ayam , dapat bermain bola, dapat biasiswa sudah cukup dan duduklah diam-diam. Asalkan tidak hilang kawan untuk ketawa, untuk kongsi sedih belum tentu. Besok buat perkara yang sama dan  terasa juga diri baik sikit, sebab hari-hari kita bersolat di musolla seperti yang telah diqararkan.

Tarbiyah bukan hanya mengharap dari barisan pendidik, tetapi perlu ada pada semua orang.  Fikirkan apa kedudukan yang kita ada sekarang. Belajar-belajarlah sebagai pelajar senior, kita boleh tarbiyahkan yang junior, ketua persatuan boleh tarbiyahkan ahli-ahlinya, ketua blok boleh tarbiyahkan rakan-rakan bloknya. Malah apa salahnya rakan sebaya yang kononnya berjanji jangan disimpan tiada rahsia, kita tarbiyahkan dalam erti kata saling menasihati dan mengingatkan. Fikirkanlah apa yang akan kita tinggalkan buat adik-adik setelah kita selesai pengajian. Adakah kita diringi dengan riang tawa rasa kebebasan dari mereka atau sedih tangis kerana hilangnya bayangan qudwah hasanah di mata mereka?

Tarbiyah misinya perubahan dan perubahan perlukan kerendahan. Kerendahan pada hati, ketinggian pada jiwa dan kebencian pada ego.

14 thoughts on “Tunggulah, Aku Belum Jadi Baik

    rafikunnahar said:
    July 9, 2009 at 5:04 pm

    SalAm,ustaz..Alhamdulillah,ketika kte mnjngkau lumrah alam yg maha hbat dugaaanNya,tdak lupa kte untuk brsyukor pd Yang Maha Kuasa..ana taw bnyk ag luahan aty ustaz yg blom ustaz hamburkn..anA sbgai BKAZ ANK MRID USTZ TAW..ana akn sntiasa tgguw khabar dry ustaz…WAAKHIRA, BARAKALLAHU FIH

      tintataghyir responded:
      July 10, 2009 at 7:09 pm

      Wah, siapa ini ya? Apa pun syukran melawat dan menyokong usaha tidak seberapa ini.
      Kadang-kadang hidup ini banyak yang tidak terluah dengan kata-kata.
      Hambur itu macam keras, luah itu lebih senang diterima rasanya.

    syahidah said:
    July 9, 2009 at 10:08 pm

    salam

    Kalau saya dan adik-adik menceritakan sesuatu tentang guru kami pada umi, haruslah umi tanya kami balik. Apa yang kalian telah lakukan. Umi tak tanya pun apa yang guru buat. Sebab umi sangat memahami tugas suaminya sebagai seorang guru.

      tintataghyir responded:
      July 10, 2009 at 7:16 pm

      Umi saudari sangat mempercayai guru. Namun sekarang ada juga guru yang ikut perasaan melulu.

    asraffayob said:
    July 10, 2009 at 8:21 am

    askum ajie….bagoooosss tulisan ko ni….amacam projek kito….lnak ‘on’ ke tidak? amo den tunggu reply emel ko….dah berjanggut dah….sibok ko?…..pls reply yek A.S.A.P

      tintataghyir responded:
      July 10, 2009 at 7:19 pm

      Sorry bro, sedikit sibuk. Apapun emailnya sudah dibalas. Doakan semuanya berjaya. Ada pertunjukan tidak senonoh hendak dibuat di Auckland. Ko jangan pergi pula bro.

    etomyam said:
    July 10, 2009 at 10:44 pm

    Salam ziarah, semoga misi tarbiyah akan tetap subur dan mekar walaupun dicengkam pelbagai halangan dan rintangan

      tintataghyir responded:
      July 12, 2009 at 11:35 pm

      Itulah cara yang sebaiknya pada zaman fitnah ini. Cuma pengorbanannya bukannya sedikit. Moga sentiasa bersama untuk mengubah.

    Zubir Hassan said:
    August 15, 2009 at 6:34 pm

    bagi kami Guru lah segala-galanya…..

      tintataghyir responded:
      October 1, 2009 at 1:06 am

      Bagus jika berfikiran sebegitu. Guru ada tingkatnya tersendiri. Hormatilah selagi mungkin biarlah kekurangan ditelan kematangan

    ROHIDZIR RAIS said:
    August 19, 2009 at 2:02 am

    Tahniah untuk sebuah blog yang menjentik nurani, menyapa ingat…

    Saufi Abu Bakar said:
    August 27, 2009 at 12:59 pm

    Assalamualaikum ustaz

    bagi saya ruangan blog ni sgt bermanfaat

    dari segi tarbiyah bagi saya
    ini memerlukan pengorbanan yg tinggi

    sbb masa zaman rasulullah s.a.w pun

    baginda bkn saja mengalami berbagai tohmahan

    tapi turut dibaling batu ketika peristiwa di Thaif

    tapi saya berdoa moga di zaman penuh fitnah ni

    kita diberi kekuatan utk bersama2 menjalankan kerja2 dakwah ni

    sememangnya musuh2 Islam sering perhatikan kita &ingin

    menjatuhkan kita dgn cara yg halus

      tintataghyir responded:
      October 1, 2009 at 12:57 am

      Jaga dan suburkan semangat anta itu. Insya Allah, suatu hari nanti anta dibukakan jalan yang lebih jelas dalam dakwah. Manfaat jika dimanfaatkan, maka Syukrn kerana memanfaatkan blog ini.

    yusri said:
    October 19, 2009 at 6:19 pm

    salam ustaz…khamis ni 22okt 09 jam 2.30 ptg ada kelas ganti dr.najib..tafsir maudu’i…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s