Warna Kembali

Posted on

Ingin mewarna kembaliSudah berbulan lamanya blog ini makin suram pudar tidak diupdated lantaran tuntutan dan pengaturan kehidupan yang tidak berapa menentu. Semuanya bermula setelah saya dimasukkan wad dua bulan yang lepas. Segala perancangan berubah dan menjadi sedikit kelam kabut dan lari dari perancangan asal.

Akhirnya tintataghyir ditinggalkan seketika dan hanya mengemaskinikan komen dan pandangan terbaru. Segala persoalan juga banyak yang tidak dijawab dan saya tahu implikasinya blog ini makin terpinggir. Baru saya terasa menulis bukan hanya perlu cukup syarat, namun ia perlu pada semangat. Jika datang perasaan tersebut masa tersisa pun boleh dimanfaatkan. Namun jika tidak, waktu senggang hanya dipenuhi dengan lena yang panjang.

Memasuki pekerjaan baru sekarang ini juga adalah satu keterujaan bagi saya. Akhirnya saya membuat pilihan untuk menerima tawaran kerana masih ada ruang untuk saya meneruskan pengajian. Cumanya ia memerlukan kekuatan apabila fokus terpecah kepada dua dan kekangan waktu akan menghimpit. Apatah lagi bidang yang diberikan tidak berkaitan dengan pembacaan dan kajian ilmiah. Ia juga memerlukan sokongan dan kerjasama di kedua-dua belah pihak agar segalanya berjalan lancar.

Terasa hari yang mendatang akan makin sukar untuk mengotakan segala janji. Hanya perlu pada semangat dan azam yang harapnya tidak akan pudar. Pertama kali bertemu dengan ketua jabatan saya telah diingatkan agar komited dengan kerja dan hati jangan mudah terasa. Ditempatkan di Cawangan Pembangunan Sosial memerlukan saya lebih berani dan mengenali ramai orang di segala peringkat. Tidak dinafikan bahagian pengurusan adalah satu kelemahan saya selama ini, apatah lagi jika ingin menyelaras sesuatu program yang agak besar.

Dalam serba kekalutan ini saya juga perlu cepat peka dan menyesuaikan keadaan. Terkebil-kebil saya melihat gerak kerja rakan-rakan pegawai yang kelihatannya pantas dan terkejar-kejar. Paradigma perlu segera diubah agar segala yang dilorongkan ini sebagai satu cabaran dan pengalaman baru yang perlu dihargai. Jika tidak ia akan menjadi bebanan dan tekanan yang akhirnya hanya melahirkan kebosanan.

Saya perlu bertahan dan melihatnya sebagai satu peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru terutamanya dalam pengurusan. Mungkin satu masa nanti akan datang juga peluang saya untuk menceburi bidang akademik. Apa yang perlu kini adalah fokus dan gunakan segala peluang yang ada untuk meningkatkan kemahiran diri dan kehidupan serta meluaskan jaring sosial.

Hidup makin bewarna pengalaman namun biarlah warnanya tidak kelam dan pudar. Moga segalanya masih lagi kerana cintakan pada agama biarpun makin termengah dikejar bayang hidup yang semakin mencabar dan mendesak.

3 thoughts on “Warna Kembali

    urstuedent said:
    October 1, 2009 at 8:54 pm

    salam..usz sakit per msuk wad

      tintataghyir responded:
      October 2, 2009 at 3:07 pm

      Seminggu sebelum mengajar Qiraat. Ustaz kena denggi dan masuk wad seminggu. Sekarang ini terlebih sihat.

    urstuedent said:
    October 2, 2009 at 6:01 pm

    ish..ish..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s