Ruang Mat Rempit Dan Tizz Zaqyah

Posted on Updated on

Malam itu seperti yang direncanakan kami akan mengadakan temuseru dengan beberepa golongan sasar. Selepas diberikan sedikit taklimat dan dibahagikan kumpulan, kami mula bergerak untuk menuju ke tempat yang telah ditetapkan. Saya mengikut kumpulan yang pertama yang akan menemui sekumpulan pemuda yang akitivitinya merempit.

Setiba di lokasi yang dijanjikan, kelihatan sekumpulan anak muda sedang berkumpul dan seperti menunggu kami. Di bawah lampu taman yang samar-samar, mereka nampaknya seperti bersedia untuk bertemu. Motor-motor diletakkan tidak jauh dari bangku mereka melepak. Lagaknya biasa namun ada sedikit kekok dan riak bingung dengan kehadiran kami sekalipun telah diberitahu awal.

Ketika disapa oleh kami, mereka menyambutnya dengan penuh ceria tetapi dengan gaya nada yang sedikit kasar dan bahasa lepas. Gaya anak-anak muda berintonasi, tetapi cukup kurang sesuai untuk berinteraksi sebegitu dengan peserta kami yang kelihatan mungkin sebaya dengan ayah mereka. Namun dengan pengalaman dan kelembutan bicara orang tua, nada mereka semakin kendur dan berhati-hati. Jelas rasa hormat mereka telah datang dan mereka tidak lebih kelihatan seperti anak-anak muda yang mula pandai menghormati.

Akhirnya setelah luahan dan reaksi mereka kami telan, terucap jua sepatah dua kata pesan nasihat.  Mereka mengangguk sambil tunduk seperti membenarkan. Alasannya mereka tiada alternatif untuk berhibur. Namun mereka juga mengaku bahawa merempit ini bukan satu yang berfaedah dan boleh membawa kepada perlakuan buruk yang lain. Begitu juga dua tiga anak muda di bangku sebelah yang mengaku menghisap gam. Tiada bahasa kasar dan cemuhan yang mereka lontarkan, malah kerjasama mereka sangat baik.

Baru-baru ini peminat drama sangat teruja dengan tayangan drama bersiri yang bertajuk Nur Kasih. Kerana promosi yang meluas termasuk tanpa berbayar dari mulut ke mulut, maka yang bukan kaki drama Melayu juga terlekat seketika . Setengah jalan pun tidak mengapa asalkan dapat mengetahui apakah yang berlaku kepada Nur di sebalik pengorbanan dan kesabarannya. Malah saya tersenyum apabila membaca sebuah akhbar tabloid yang mengatakan ‘Aidil’ dikejar oleh Datin-datin. Kesemuanya kerana keberkesanan watak yang mereka lakonkan sehingga watak-watak baik itu diharap muncul dalam dunia realiti penonton.

Tidak kurang dengan itu, peribadi pelakon watak Nur, Tizz Zaqyah juga dibongkar dan didedahkan. Dek kerana orang Melayu suka bergosip dan ditambah dengan kejahatan dunia siber, segalanya tersebar meluas dan ceritanya lebih berbentuk negatif. Ramai yang rasa kecewa dan tidak sedikit yang mengutuk habis-habisan. Itulah mungkin realiti kebanyakan artis yang masyarakat baik kita tidak dapat menerimanya. Sekurang-kurangnya secara zahirnya terlalu jelas perbezaan dirinya yang sebenar dengan Nur.

Apakah kaitan dari dua situasi di atas dan apakah persamaannya? Apabila direnung, sebenarnya terselit rasa kagum saya terhadap anak-anak muda tersebut dan juga pelakon Nur Kasih terutamanya Tizz Zaqyah. Adakah kerana keberanian mereka merempit atau keberkesanan watak Nur yang dilakonkan? Tentu sekali tidak.

Seperti yang kita tahu hidup ini sering terdedah pada dua jalan atau pintu iaitu jalan kebaikan dan keburukan. Kita juga berbeza dalam memilih dua kecenderungan ini yang sebenarnya saling bertarikan. Fitrah memang suka pada kebaikan, tetapi jangan lupa kekuatan nafsu yang suka keburukan apatah lagi jika tidak terkawal. Ada orang hidupnya diberkati dan ia sering memilih lorong kebaikan. Ada pula yang sekejap-sekejap berlari ke jalan bercahaya dan kadang kala terdorong pula ke jalan kegelapan. Namun ada yang lebih malang terus-terusan untuk memilih pintu kejahatan tanpa mencuba untuk membuka pintu kebaikan.

Saya melihat, meskipun anak-anak muda itu banyak melakukan kesilapan dan pelakon yang hidupnya sangat sosial, namun mereka tidak terusan menutup pintu kebaikan yang terbuka. Bermakna mereka masih tidak rasa kecewa dengan rahmat Tuhan meskipun ia perasaan yang mereka tidak sedari. Anak muda itu sanggup meluangkan masanya untuk bertemu dengan golongan pendakwah dari badan agama. Mereka tidak terus memperlecehkan usaha murni tersebut.

Mereka sedar ia bukan pertemuan dengan geng motor lain yang menjanjikan taruhan yang besar, tetapi dengan mereka yang mungkin sangat stigma dengan golongan mereka selama ini. Tetapi mana tahu, di antara peserta kami mungkin ada yang bicaranya ikhlas dan mampu menyedarkan jiwa. Tiidak hairanlah jika anak-anak muda itu mudah terkesan biarpun pesannya hanya sebutir dua perkataan.

Begitu juga watak Nur, Aidil dan yang lain-lain karekter baik dalam drama tersebut. Di sebalik ia mampu sedikit sebanyak menyuntik kesedaran agama pada penonton, ada juga kemungkinan watak itu turut memberi kesan kepada pelakon itu sendiri, biarpun awalnya ia lebih berniat komersial. Sekurang-kurangnya mereka akan mula menjaga pergaulan mereka agar tidak dikritik meskipun untuk jangka waktu yang tidak panjang.

Lupakan sementara siapa pelakon itu di luar kerana sememangnya dunia pelakon dan artis, dunia panas yang banyak terbuka jalan fitnah. Namun kita tidak boleh nafikan menerima tawaran melakonkan watak baik yang beragama, lebih baik dari watak jalang yang terdedah sini sana. Maka pelakon Nur Kasih tidak malu untuk melakonkan watak tersebut meskipun mereka sendiri sedar betapa jauh sifat watak tersebut dengan realiti diri mereka.

Kesanggupan-kesanggupan mereka inilah yang saya fikir, mereka tidak terus menutup pintu kebaikan yang hadir dalam hidup mereka. Kita tidak tahu dengan situasi apa atau dengan siapa kita mampu sedar akan kesilapan dan terus diberi kekuatan untuk berubah. Jauh di sudut curiga kita, perlu juga kita syukuri fenomena dan pengakuan artis yang bertudung setelah sekian lama menerima watak wanita bertudung. Atau berhenti dari lakonan setelah berpeluang mengerjakan haji, umrah dan sebagainya. Atau juga cerita-cerita anak muda yang insaf setelah dinasihati oleh ulama yang mereka ketemui meskipun hanya sebentar atau sekali mungkin.

15 thoughts on “Ruang Mat Rempit Dan Tizz Zaqyah

    asshafiee said:
    December 11, 2009 at 9:58 pm

    salam dari saya, bagus artikel ini, teruskan berdakwah untuk umat, sahutkan cabaran dakwah, semoga Allah memudahkan kerja baik anda, jom tukar2 link dengan saya, saya akan masukkan link anda di mega link salam perjuangan

      tintataghyir responded:
      December 12, 2009 at 6:11 pm

      Syukran, saya hanya menulis apa yang dirasa baik. Tukar-tukar link? Boleh sangat, cuma sekarang saya masih mahu perbaiki dahulu widget-widget ini. InsyaAllah saya akan linkkan blog anta.

    najib said:
    December 11, 2009 at 11:59 pm

    comel2,sebenarnya ana ingat cerita bertemu dgn mat rempit tu tetapi mesej lain yg hendak dsampaikan,teruskan ….ana tertunggu2 tulisan anta sebenarnya,ana pun minat menulis tapi x berbakat tapi malas lah puncanya smpi sekarang proposal pun belum hantar.doakan ana….

    najib said:
    December 12, 2009 at 12:01 am

    ada salji turun la pulak kt blog anta ni,hebat anta ni,bila nak ajar ana.

      tintataghyir responded:
      December 12, 2009 at 6:16 pm

      Anta kena cuba juga tulis apa sahaja. Sekarang anta free, kalau sudah masuk kerja nanti payah.
      Ana pun tak hantar lagi Jib. Ana pergi maktabah UIA, memang banyak buku rujukan Qiraat.
      Salji itu sementara sahaja. Anta tukarlah kepada wordpress, bolehla ana ajar sikit2.

    Sifu_Din said:
    December 12, 2009 at 12:50 am

    saya saaaaangat bersetuju dengan artikel nih…dapat sedikit lebih baik tak dapat langsung. berlakon baik dalam drama lebih baik dari tak buat langsung

      tintataghyir responded:
      December 12, 2009 at 6:19 pm

      Betul. Saya cuba jangan terlalu stigma kepada mereka. Setiap diri ada nilai positif, cuma sedar atau tidak sahaja.

    .::BisikanHati::. said:
    December 12, 2009 at 10:52 pm

    salam…
    artikel yang menarik..inilah realiti gen-Y masa kini..setiap dari kita ada hasrat dan impian untuk berubah..namun perlu usaha dan istiqamah..moga hasil tulisan ustaz memberi manfaat kepada semua insyaAllah..bittaufiq

      tintataghyir responded:
      December 13, 2009 at 8:09 am

      Isitqamah itulah yang terlalu sukar.

    mus said:
    December 14, 2009 at 8:33 am

    pendekatan dengan sighah begini lbh mudah untuk diterima dan diambil pakai..

    mereka sudah tentu mempunyai alasan tersendiri untuk segala yg telah berlaku pada mereka. Selagi pintu2 kebaikan itu mereka tidak tolak sudah cukup untuk membuka seluas-luasnya pintu rahmat apatah lagi taubat..

    saya sangat bersetuju dangan ustaz..

    yusri said:
    December 15, 2009 at 10:31 am

    slaam ust.asyraf..proposal; bila nak hantaq???syeikh najib soghiri dok pulun dah pa nuuu..

      tintataghyir responded:
      December 15, 2009 at 4:01 pm

      Baru cari bahan sikit-sikit. Payahlah bila sudah jadi worker ni. Apapun syukran mengingatkan.

    M.Ridzuan.alKindy said:
    December 24, 2009 at 9:15 pm

    Salam ziarah, perkongsian yang menarik. Memang betul pun, dunia artis khususnya dan keseluruhan dunia amnya memang penuh dengan mehnah dan tribulasi.

    Tugas kita yang mempunyai kesedaran ini adalah mengajak dan terus mengajak umat untuk kembali ke ajaran Islam yang sebenar.

    Semoga kita diberi kekuatan oleh-Nya… Ameen

      tintataghyir responded:
      December 24, 2009 at 9:27 pm

      Kita jangan terlalu stigma tetapi perlu kasihan, kerana kita pun tidak tahu apa nasib kita kelak. Kadang-kadang orang kutuk rapat diaorang macam kita terlalu bersih. Hidup sekarang memang sangat mencabar.

    teachingquranblog said:
    May 31, 2011 at 4:34 am

    mashallah nice blog and keep on preaching people

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s