Bijak Berstrategi Hijrah Manusiawi

Posted on Updated on

Kaum Quraisy telah berkumpul di Dar al-Nadwah. Kata sepakat telah dicapai untuk membunuh Rasulullah s.a.w. Perintah hijrah kepada Rasulullah s.a.w juga telah turun. Lantas tanpa menghiraukan panas terik, Baginda bergegas-gegas ke rumah sahabatnya yang tercinta, Abu Bakar r.a. Menangis Abu Bakar kerana terharu dan rasa senangnya apabila dipilih untuk menemani Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w berpesan pada Ali r.a agar menggantikan tempat tidurnya nanti. Ali juga menerima amanah daripada Rasulullah s.a.w agar memulangkan barang –barang yang diamanahkan kepada Baginda sebelum ini. Rasulullah s.a.w telah mula mengatur strategi. Meskipun Baginda tahu bahawa beliau berada di kebenaran, namun itu bukan tiket untuk berlewa-lewa. Jauh sekali berserah bulat-bulat pada Allah Ta’ala tanpa perencanaan dan usaha.

Setelah menyediakan bekalan dan menyiapkan persiapan, malam itu Rasulullah s.a.w memulakan hijrahnya. Malam  27 Safar tahun keempat belas kebangkitan baginda bersamaan 12 atau 13 September tahun 622 Masihi. Malam itu jugalah pemuda-pemuda upahan Quraisy sudah bersedia untuk menamatkan riwayat Baginda. Mereka telah mengepung rumah Rasulullah s.a.w yang mulia dengan senjata yang tersisip.

Kuasa Allah Ta’ala telah mengatasi perencanaan jahat mereka. Allah Ta’ala mengaburkan mata mereka sehingga Rasulullah s.a.w lolos dengan begitu mudah. Sempat juga Rasulullah s.a.w mengambil segenggam pasir  dan membaca ayat al-Quran:

وَجَعَلۡنَا مِنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ سَدًّ۬ا وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ سَدًّ۬ا فَأَغۡشَيۡنَـٰهُمۡ فَهُمۡ لَا يُبۡصِرُونَ

“Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka. Lalu Kami tutup pandangan mereka, maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat.      Ya Sin: 9

Bahkan ditaburkan pasir ke atas setiap kepala pemuda-pemuda Quraisy tersebut tanpa mereka sedari. Setelah sekian lama mereka menunggu hingga ke subuh, akhirnya mereka terus masuk dan menarik selimut yang membaluti Ali. Rupa-rupanya tempat Rasulullah s.a.w telah diganti oleh Ali yang tidur dengan nyenyak.

Rasulullah s.a.w pergi ke rumah Abu Bakar yang akan menemani perjalanan hijrahnya dan mereka beredar melalui pintu belakang. Mereka  bergerak ke Selatan dan bukannya terus ke Utara. Baginda percaya jalan biasa yang mengikuti arah Utara untuk terus ke Madinah pasti sudah diawasi oleh kaum Quraisy. Setelah berjalan lima kilometer, Rasulullah s.a.w sampai di Bukit Thur dan bersembunyi di dalam guanya yang berada di puncak bukit tersebut. Bukit yang  tinggi itu jalannya kelihatan sangat sukar dan berbatu-batu sehingga melecet kaki Baginda ketika mendakinya.

Abu Bakar terlebih dahulu memasuki gua tersebut untuk memastikan ianya selamat.  Ia menutup lubang yang ada di gua tersebut dengan mengoyak kainnya untuk keselamatan. Rasulullah s.a.w pula terus membaringkan dirinya di riba sahabatnya Abu Bakar untuk  melepaskan kelelahan. Tidak semena-mena kaki Abu Bakar di sengat binatang berbisa. Abu Bakar tidak sampai hati untuk bergerak kerana khuatir rehat Rasulullah s.a.w akan terganggu. Ditahannya kesakitan itu sehingga meleleh air matanya. Air mata kesakitan itu telah tertisis pada pipi Rasulullah s.a.w sehingga membuatkan Baginda tersedar.  Setelah diberitahu, lantas Rasulullah s.a.w menawarkan bisa itu dengan air ludahannya  sehingga hilang sakit bisa itu serta merta.

Mereka bersembunyi di situ selama tiga hari. Selama tiga malam itu juga tidur mereka di temani oleh anak Abu Bakar sendiri yang bernama Abdullah. Beliau seorang yang cerdik dan berjiwa besar. Pagi-pagi lagi beliau telah menampakkan dirinya di Mekah bersama kaum Quraisy sambil melihat suasana dan memasang telinga tentang perencanaan Quraisy yang terbaru. Malam itu akan diceritakan kepada Rasulullah s.a.w apa yang didengarnya agar Rasulullah s.a.w dapat mengetahui waktu yang sesuai untuk meneruskan perjalanan.

Manakala Amir bin Fahirah orang suruhan Abu Bakar ditugaskan untuk  memelihara kambing supaya dapat membekalkan mereka berdua dengan susu dan daging panggang.  Setelah malam pekat beliau datang dan melaungkan perkataan susu dan daging. Amir melakukan ini pada setiap malam waktu persembunyian tersebut. Dia juga  mengembala kambing-kambingnya pulang dengan mengikuti jejak Abdullah datang. Dengan itu kesan tapak Abdullah tidak lagi di kelihatan setelah dihilangkan dengan tapak kaki kambing-kambing tersebut.

Pihak Qurasiy semakin giat mencari dan mengesan jejak Rasulullah s.a.w. Hingga satu ketika sampai juga orang-orang Musyrikin yang giat memburu Rasulullah s.a.w ke kaki Gua Thur tersebut. Malah terlalu hampir dengan tempat persembunyian itu. Andainya mereka tunduk pasti mereka akan menyedari bahawa orang yang mereka buru ada di situ. Hal ini sangat merunsingkan Abu Bakar. Melihat kebimbangan yang terkerut di muka sahabatnya, Rasulullah s.a.w cuba menenangkannya. Rasulullah s.a.w yakinkan sahabatnya bahawa mereka tidak berdua kerana Allah ada di sisi. Tenanglah hati Abu Bakar mendengar nasihat tersebut.

Abu Jahal sangat berang kerana rencananya telah gagal. Ali telah diheret dan dilanyak serta dikurung oleh Musyrikin dengan harapan Ali akan memberikan sebarang maklumat mengenai Rasulullah s.a.w. Namun usaha itu tetap gagal dan mana mungkin Ali akan sanggup membocorkannya. Maka Abu Jahal  bersama pembesar Musyrikin yang lain pergi pula ke rumah Abu Bakar. Dia mengetuk pintu rumah tersebut dengan kasar dan keluarlah Asma’ dari dalam. Apabila ditanya ke mana bapanya pergi, Asma’ hanya mengatakan tidak tahu. Lantas kerana geram dan ditambah sikap buruk Abu Jahal, terus ditamparnya Asma’ sehingga tercabut anting-antingnya sebelah. Namun rahsia tetap rahsia dan Asma’ tidak sesekali membocorkan rahsia tersebut.

Setelah tiga hari, pencarian Quraisy semakin reda.  Maka Rasulullah s.a.w dan sahabatnyabersiap untuk keluar dan bergerak ke Madinah. Terlebih dahulu mereka telah pun mengupah Abdullah bin Uraiqat, seorang yang  mahir mengenai jalan di padang pasir. Meskipun beliau masih lagi beragama Quraisy, namun ia sangat dipercayai. Abu Bakar telah menyerah kedua-dua binatang tunggangannya itu kepada Abdullah. Dia berjanji akan menemui mereka di pintu gua, selepas tiga malam berlalu.

Pada malam Isnin satu haribulan Rabiul al-Awal, tahun pertama Hijriah bersamaan 16 September 622 Masihi, Abdullah bin Uraiqat pun tiba ke pintu gua dengan membawa dua tunggangan. Beliau pun menyerahkan yang terbaik di antara dua ekor itu kerana hanya seekor sahaja yang diperlukan. Meskipun tunggangan itu milik Abu Bakar, namun Rasulullah s.a.w tetap ingin membayarnya.

Asma’  pula telah menyediakan bekalan untuk perjalanan Rasulullah dan ayahnya. Dengan jiwa tega beliau berhati-hati mendaki meskipun dalam keadaan dirinya yang mengandung. Namun beliau terlupa pula membawa tali pengikat bekalan. Akhirnya beliau mengoyak kain pengikat pinggangnya, sebelah diikatkan bekalan makanan yang sebelah lagi diikat semula ke pinggangnya. Dengan itu beliau dikenali dengan “Zat al-Nitaqain” yang memiliki dua tali pinggang.

Rasulullah s.a.w bersama-sama Abu Bakr menuju ke destinasinya, sambil ditemani oleh Amir bin Fahirah. Mereka melalui jalan pinggir pantai dengan mengikuti nasihat Abdullah bin Uraiqat sebelum itu. Arah pertama ialah terus ke arah Selatan negeri Yaman. Kemudian baru mengalih arah menuju ke persisiran pantai. Sehingga sampai ke jalan yang tidak pernah dilalui orang, barulah mereka mengalih arah ke Utara, menghampiri pantai Laut Merah. Jalan ini tidak dilalui oleh para pedagang dan sangat jarang digunakan bagi mereka yang ingin ke Madinah.

Akhirnya pada hari Isnin 8 Rabi’ al-Awal tahun 14 kebangkitan Rasulullah s.a.w, iaitu tahun pertama Hijrah bersamaan 23 September 622 Masihi, Rasulullah s.a.w berjaya sampai ke Quba’. Begitulah susah payahnya Rasulullah s.a.w untuk menyelesaikan misi hijrahnya ke Madinah. Masih terdapat beberapa kisah menarik sepanjang perjalanan tersebut. Ini termasuk usaha Suraqah yang akhirnya gagal juga untuk menahan mereka.

Apabila kita kaji sejarah perjalanan  mulia ini barulah kita sedari bahwa Allah inginkan ianya terjadi secara manusiawi. Ia berbeza dengan perjalanan Israk Mikraj yang lebih menunjukkan keagungan Allah itu sendiri. Hijrah ini memperlihatkan kegigihan dan keperitan Rasulullah s.a.w bersama para sahabatnya untuk melaksanakan perintah tersebut.

Mereka meninggalkan Mekah bukan kerana serangan penyakit, kemarau dan apa-apa musibah. Mereka berhijrah hanya kerana kepatuhan pada perintah Allah Ta’ala. Pastinya rasa berat untuk meninggalkan tanahair yang sangat mereka cintai di samping harta dan saudara mara yang terpaksa ditinggalkan.

Rasulullah s.a.w juga telah mengajar kita untuk mencapai sesuatu misi, perlulah berencana secara teliti dengan mengambil kira segala kemungkinan dari pelbagai sudut. Kita boleh fikir, mengapa Rasulullah s.a.w pegi ke rumah Abu Bakar dengan menutup kepala. Kemudian mulakan perjalanan dari pintu belakang pada waktu malam dan tidak mengikut arah Utara. Lalu bersembunyi dahulu di gua selama 3 hari. Begitu juga  peranan anak-anak Abu Bakar serta pembantu yang lain  yang sangat membantu. Kesemuanya menunjukkan sikap berhati-hati Baginda yang dicerna dengan penuh kebijakan, ketelitian dan keberanian.

Namun bantuan Allah dan penyerahan kepadaNya juga terlihat dalam perencanaan ini. Allah Ta’ala yang telah mengaburkan penglihatan dan rasa sedar pemuda Quraisy yang mengepung rumah Rasulullah s.a.w. Malah Allah Ta’ala juga melindungi keberadaan mereka dari disedari oleh sekumpulan Musyrikin yang memburu mereka meskipun jaraknya sudah terlalu hampir di gigi gua. Allah Ta’ala jugalah yang melumpuhkan usaha Suraqah untuk menahan mereka. Ia memberikan kita pengajaran bahawa dalam apa perancangan sekalipun, doa dan tawakal itu tersangat perlu. Penyerahan ini akan menjadikan kita berani untuk menempah risiko dan segala ujian itu dapat dilalui dengan tegar, tenang dan teratur.

Hijrah telah mengajar kita hakikat Islam itu bangun dengan penat lelah Muslimin itu sendiri.  Usaha untuk menjulangnya perlu  dengan fitrah dan hakikat kehidupan. Kita percaya bahwa sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya yang tidak pernah mengenal putus asa di samping kekuatan iman yang memercup-mercup setiap kali menghadapi ujian demi ujian.

Jangan lagi ada istilah untuk menunggu kedatangan Imam Mahdi agar Islam ini kembali menjulang.  Jangan ditunggu pembuka kota Rom seperti yang dijanjikan Rasulullah s.a.w, tetapi berusahalah untuk menjadi mereka yang dijanjikan kemenangan. Sahabat sama sekali tidak menunggu-nunggu siapa yang bakal menjadi pembuka kota Costantinople. Mereka sentiasa berusaha untuk menunaikan janji Rasulullah s.a.w tersebut meskipun akhirnya Muhammad al-Fateh yang terpilih. Bahkan Abu Ayub al-Ansari sendiri sangat berpesan agar ia dikebumikan sehampir yang mungkin dengan kota tersebut. Harapannya agar dapatlah beliau mendengar derap-derap kaki kuda pahlawan yang berjaya membuka kota itu nanti.

Berusahalah kita untuk membangunkan agama ini dengan jerih payah kita sendiri. Bangkitkan keupayaan dan potensi yang ada untuk berdakwah semampu yang mungkin. Ambillah segala peluang yang ada untuk melejit diri  sebagai penyumbang pada agama. Kita belajar sejarah bukan hanya untuk mengetahui sejarah yang lampau. Kita belajar untuk tahu apa yang terjadi akan datang kerana sejarah itu hakikatnya akan berulang. Firman Allah Ta’ala:

وَتِلۡكَ ٱلۡأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيۡنَ ٱلنَّاسِ

Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia (supaya menjadi pengajaran),              Ali Imran : 140

Belajarlah untuk melakar dan menjadi sejarah, bukan hanya menunggu dan melihat sejarah. Itulah makna hijrah.

5 thoughts on “Bijak Berstrategi Hijrah Manusiawi

    JHaZKiTaRo said:
    December 22, 2009 at 1:35 pm

    salam.. thanx sudi lawat my blog tempoh hari.. singgah2 laa lagi ye.. 🙂

    Abu Aswad said:
    December 23, 2009 at 12:58 am

    Salam ziarah dari sy…. Thanks coz sudi view blog saya. Mana tau? hehe

      tintataghyir responded:
      December 23, 2009 at 2:07 am

      Sama sahaja gelaran apa pun. Boleh saja jika mahu tukar2 link. Kalau setuju bagitahu, sementara belum meriah ni.

    Abu Aswad said:
    December 25, 2009 at 6:26 pm

    Ana dah link…

    saufi said:
    December 27, 2009 at 12:00 am

    salamalaika ya Karimul Ustaz

    ana nk tanye 1 perkara kat ustaz

    & perkara ni xde kena-mengena

    dgn tajuk blog ni

    nk bertanye ttg macamne nk

    apply msk Univ. Islam Madinah

    tp nk smbg bdg Al-Quran spt cth qiraat

    sbb mcm yg ust ckp mase seminar hala tuju
    bdg selain Al-Quran kite blh gune STAM
    & spt yg ana tau pengambilan ke
    Univ. ni agk ketat
    &ana nk cuba nasibla apply ke sini
    ana hrp ustaz blh inform kemasukan
    ke cni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s