Artikel

Tidak Serupa Dentingan Loceng

Posted on Updated on

Ketika belajar dahulu, saya pernah menyewa sebuah rumah apartment enam tingkat yang berdekatan dengan sebuah gereja. Apartment yang  bertentangan dan menghadap bilik saya, betul-betul bersebelahan serta berkongsi dinding dengan gereja tersebut. Maknanya selama dua tahun, hari-hari telinga saya disumbat dengan dentingan loceng-loceng. Menariknya di sebelah gereja pula ialah masjid yang hanya dipisahkan dengan lorong kecil, yang mana pintu masuknya benar-benar bertentangan dengan pintu masuk gereja. Pelik bukan? Saya tidak terfikir Malaysia boleh buat sebegini untuk waktu sekarang.

Namun, Alhamdulillah walau telinga saya sudah lali dengan bunyi loceng tersebut, tidak pernah sekalipun hati saya terpesona dengan bunyian tersebut. Read the rest of this entry »

Advertisements

Bijak Berstrategi Hijrah Manusiawi

Posted on Updated on

Kaum Quraisy telah berkumpul di Dar al-Nadwah. Kata sepakat telah dicapai untuk membunuh Rasulullah s.a.w. Perintah hijrah kepada Rasulullah s.a.w juga telah turun. Lantas tanpa menghiraukan panas terik, Baginda bergegas-gegas ke rumah sahabatnya yang tercinta, Abu Bakar r.a. Menangis Abu Bakar kerana terharu dan rasa senangnya apabila dipilih untuk menemani Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w berpesan pada Ali r.a agar menggantikan tempat tidurnya nanti. Ali juga menerima amanah daripada Rasulullah s.a.w agar memulangkan barang –barang yang diamanahkan kepada Baginda sebelum ini. Rasulullah s.a.w telah mula mengatur strategi. Meskipun Baginda tahu bahawa beliau berada di kebenaran, namun itu bukan tiket untuk berlewa-lewa. Read the rest of this entry »

Antara Ayyash dan Uqbah

Posted on Updated on

Pengaruh Abu Jahal

Pernah dengar mengenai Uqbah bin Abi Mui’th seorang pemuka Quraisy yang ingin memeluk Islam? Uqbah ini sangat berkawan rapat dengan Abu Jahal. Uqbah pada mulanya pernah ingin mengikut naluri fitrahnya ke arah kebenaran yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Ketika itu Abu Jahal berada di luar kota dan Uqbah pergi menemui Rasulullah s.a.w. Read the rest of this entry »

Gapai Cita-cita Bukan Dengan Jiwa Hamba

Posted on Updated on

Universiti al-Azhar Tanta, MesirInfo gambar : Tingkat 3  itulah pejabat urusan kuliah Al-Quran, berurusan dengan muka simpati, tempat ambil kitab dengan pakcik cengil, ambil duit sumbangan dengan muka berseri dan macam-macam lagilah.

(Sambungan entry Kita Selesa Dengan Mudah)

“Ustaz, betulkah  sambung belajar kuliah di Tanta, selepas habis Shoubra itu, paaaayah sangat?” Beberapa siswa ITQAN bertanya pada saya.

“Siapa kata?”

“Adalah seorang ustaz itu. Baru-baru ini dia beritahu dalam kelas, jangan haraplah sambung belajar di Kuliah al-Quran, Tanta. Terlalu susah katanya. Belajarnya terlalu banyak, hafalan al-Quran  kena cair habis, bahasa Arab perlu kukuh.”

Saya tersenyum. Kasihan pelajar-pelajar ini, disogokkan dengan jiwa hamba oleh mereka yang berjiwa hamba.

“Kamu tengok ustaz cukuplah. Bukan pandai manapun. Dulu mengajar pun tidak ramai yang datang (ayat masih terasa hati ni)”

“Ustaz itu kata pada kita orang, buat apa belajar susah? Mesti kita semua hendakkan belajar kita mudah” seorang pelajar mencelah.

Ceh! Analogi hamba lagi, yang diputar belit agar jiwa penakut tidak kelihatan. Read the rest of this entry »

Kita Selesa Dengan Mudah

Posted on Updated on

Hidup kena fokus hala tuju“Ustaz, apakah kuliah yang paling mudah di Azhar, Mesir selain belajar di Ma’had Shoubra?”

Saya terpempan. Bukan dengan soalan tetapi bentuk pemikiran soalan. Setelah hampir dua jam saya mengisi slot hala tuju tersebut di ITQAN, soalan itu bagai menunjukkan sebuah tanda aras. Slot saya masih kurang berjaya dalam mengubah minda mereka jika diukur kefahaman jangka pendek. Mereka masih selesa dalam mudah. Takut anjakan, kurang keberanian dan ragu pada keupayaan untuk menggapai cita-cita. Masih tidak memandang akan kelebihan dan potensi yang ada pada mereka sendiri. Namun sekurang-kurangnya sudah ada pendedahan untuk difikirkan dari sekarang.

Kerana terpempan dan sedikit kecewa  jawapan saya juga mengikut rentak soalan. Jawapan kurang tepat apatah lagi untuk meyakinkan. Setelah difikirkan semula, sepatutnya saya lontarkan sebuah keyakinan. Mereka sebenarnya memiliki satu kekuatan. Read the rest of this entry »

Natrah Yang Memilukan

Posted on Updated on

Buku kisah NatrahKematian Natrah bagai mengguris dan mengungkit  semula memori kesedihan pilu kita terhadap penindasan agama dan bangsa kita suatu masa dahulu. Cuma khabar kali ini menoktahkan perjalanan hidupnya yang pengakhirannya tidak seperti kita harapkan. Natrah cuma simbol di sebalik kecintaan bangsa kita terhadap agama suatu masa dahulu. Seramai 18 orang  mati dan 173 lagi cedera parah ketika berlakunya rusuhan atas bantahan terhadap kehakiman ketika itu di Singapura. Mereka semua bukannya ada pertalian dengan Natrah, tetapi bangkit atas rasa keagamaan yang tercabar dan perasaan ingin menyelamatkan akidah seorang wanita muslimah.

Sayang Natrah tidak melihat kesemua itu untuk membalasnya dengan kembali (secara zahir) kepada pencarian fitrah yang sebenar. Read the rest of this entry »

Tunggulah, Aku Belum Jadi Baik

Posted on Updated on

(Satu luahan artikel yang terpendam setahun ditulis ketika masih mengajar di Ins. Tahfiz Al-Quran N.Sembilan (ITQAN). Ia telah digarap semula manakala situasi yang diluahkan mungkin sudah berubah atau kini bertambah baik.)

Bangunan ITQAN Yang Paling Damai (photo dari amizakhusyri.blogspot.com)“Ustaz, bagaimana perkembangan  anak saya selama ini?”

“Ustaz, ada perkembangan tidak hafalan anak saya?”

“Ustaz, kenapa matematik anak saya lemah?”

Itulah antara soalan-soalan stereotype yang diajukan kepada saya oleh ibu bapa  semasa sesi pertemuan tiga penjuru. Hari yang membanggakan sebahagian ibu bapa dan memalukan sebahagian yang lain. Apa pun sebagai guru yang belum dua tahun jagung ketika itu, sungguh saya berbesar hati dengan luahan dan perkongsian masalah yang diutarakan.

Ekspresi semangat ibubapa membuatkan perasaan terus terhambau wajah ibu dan arwah ayah yang berwajah gembira, setiap kali datang menghadap guru-guru yang berusaha untuk mendidik saya dahulu. Ayah seorang yang memegang prinsip guru tidak bersalah dan antara hieraki yang mempunyai kuasa penentu keberkatan. Walaupun ayah, bapa yang paling berpengaruh ketika itu, namun dia tidak pernah mempertahankan saya  dalam melayan segala adu domba saya padanya.

“Jangan ingat kau pandai, keputusan periksa cemerlang, kau akan berjaya kalau hati dan berkat guru kau tidak mampu jaga. Ayah bukan budak pandai, tetapi mungkin berkat guru, hidup ayah berjaya” ujarnya dan saya hanya mampu tarik muka kelat.

Berbalik pada banyak luahan dan harapan, saya sebenarnya masih terpempan dengan satu luahan seorang ibu.

“Ustaz, saya rasa di sini kurang suasana tarbiyahlah,” Read the rest of this entry »