Luahan Kehidupan

Kosong…

Posted on

Akhir- akhir ini, selalu juga menjengah blog-blog yang macam-macam ada sekarang. Tak lupa menjengah blog-blog yang dulunya rasanya seangkatan tapi diaorang sekarang lebih maju ke hadapan.

Blog saya lama dah terkubur. Himpitan kerja, perubahan gaya hidup, status dan macam-macam lagi alasan. Kosong dan beku. Bila hendak mula rasa tuli dan kabur. Sampai cursor delete lebih banyak ditekan dari menulis. Menyiapkan rangka yang sangat rapuh dan goyang. Masih kosong..kosong..kosong.

Tak apa, teruskan juga semangat.

SETELAH 6 TAHUN…

Posted on

 Test..test..test..

“Baguslah orang ni tulis berkenaan hal ni, ramai yang dapat manfaat”

“Rasa macam nak berblog semula, tapi apa yang nak ditulis?”

“Ada ke orang nak baca? Sekarang ni ramai penulis muda, bahasa mereka pun lebih santai”

“Atas paksi apa untuk menulis, berblog?”

“Tak apa, tulislah sikit-sikit, mula semula dengan pengalaman.”

Lemahnya jiwa menulis. Kecamuk, buntu dan lebih kontradik. Alahai..

Post ni takda orang baca pun takpa. hanya sekadar mencubit semangat sendiri. Azam 2016.

Ruang Mat Rempit Dan Tizz Zaqyah

Posted on Updated on

Malam itu seperti yang direncanakan kami akan mengadakan temuseru dengan beberepa golongan sasar. Selepas diberikan sedikit taklimat dan dibahagikan kumpulan, kami mula bergerak untuk menuju ke tempat yang telah ditetapkan. Saya mengikut kumpulan yang pertama yang akan menemui sekumpulan pemuda yang akitivitinya merempit.

Setiba di lokasi yang dijanjikan, kelihatan sekumpulan anak muda sedang berkumpul dan seperti menunggu kami. Di bawah lampu taman yang samar-samar, mereka nampaknya seperti bersedia untuk bertemu. Read the rest of this entry »

Kaku Idea

Posted on Updated on

Apakah perasaan kita apabila kita yang boleh bermain badminton, tiba-tiba tidak pandai memukul bulu tangkis? Kita yang pantas mengelecek dan merembat bola, tiba-tiba bermain dengan gerak sumbang dan terkial-kial? Atau lebih parah semalam pandai menyuap nasi, besoknya tidak tahu cara menjamah? Pastinya kehampaan yang mendalam atau hairan kebingungan yang tidak tahu punca. Read the rest of this entry »

Masihkah ada sinar?

Posted on Updated on

Masih ada sinar?

وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّہۡلُكَةِ‌ۛ وَأَحۡسِنُوٓاْ‌ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.  Baqarah : 195

“Hari ini kita akan pergi ke Sinar Salam untuk agihkan sumbangan raya. Anta kena ikut sekalilah.”

Baru sahaja saya berura-ura ingin mendapat kebenaran keluar untuk mengikuti kelas Sarjana di UKM, tetapi  arahan pula yang dapat. Selaku pegawai baru, saya segan untuk meminta pengecualian yang akhirnya saya terpaksa akur dengan arahan tersebut. Selepas mesyuarat di Masjid Wilayah, kami terus ke Sinar Salam yang terletak di celah-celah lorong Chow Kit. Read the rest of this entry »

Warna Kembali

Posted on

Ingin mewarna kembaliSudah berbulan lamanya blog ini makin suram pudar tidak diupdated lantaran tuntutan dan pengaturan kehidupan yang tidak berapa menentu. Semuanya bermula setelah saya dimasukkan wad dua bulan yang lepas. Segala perancangan berubah dan menjadi sedikit kelam kabut dan lari dari perancangan asal.

Akhirnya tintataghyir ditinggalkan seketika dan hanya mengemaskinikan komen dan pandangan terbaru. Segala persoalan juga banyak yang tidak dijawab dan saya tahu implikasinya blog ini makin terpinggir. Baru saya terasa menulis bukan hanya perlu cukup syarat, namun ia perlu pada semangat. Read the rest of this entry »

Sukarnya Saya Buat Pilihan Ketika Ini

Posted on

Sekali lagi dalam hidup, saya terpaksa buat pilihan dengan tepat yang menagih pengorbanan. Bosannya.

Kelmarin saya mendapat khabar saya dikhabarkan tawaran jawatan tetap Pegawai JAKIM. Semalam suratnya sampai di kampung. Orang lain mungkin kegembiraan dengan seribu kesyukuran, apatah dalam waktu gawat dan sukar mencari kerja. Setakat ini tiada rakan setemuduga yang berjaya, ingin menolak. Namun tidak bagi saya, walau terasa kewangan saya makin terasa sempit.

Menerima tawaran, bermakna pengajian Sarjana sekarang terpaksa dikorbankan. Berhenti di tengah jalan. Keseronokan suasana akademik tetapi kemalasan siapkan tugasan juga akan berakhir. Kewangan pun mungkin stabil, tempoh perkhidmatan juga lebih panjang. Tidak ternafi peluang dakwah juga luas jika pandai mencipta ruang, apatah  JAKIM berkait rapat dengan agama. Maka jawatan ini antara menjadi pilihan sekiranya ingin berkhidmat dalam kerajaan.

Namun buat setengah jalan dalam pilihan belajar, bukan sifat saya biarpun hasil pendidikan tidaklah sempurna dan setinggi mana. Apa yang saya dapat lakukan, kuatkan doa agar pilihan nanti tepat di samping membuka ruang dakwah yang lebih luas. Ikut sahaja gerak hati, tetapi hati saya tidak bersih. Yakinnya Abu ‘Ala al-Maududi dalam membuat keputusan kerana satu pegangan. Ia yakin pilihannya tepat selagi mana hatinya ikhlas.

Alangkah bagus kiranya ada yang menasihati dan memberi peransang. Namun sehingga kini hati sangat sayangkan pengajian sekarang, biarpun belajar makin memeningkan. Adakah ianya tepat? Atau masih ada ruang dan cara kedua-duanya boleh digapai dan tidak dikorbankan? Wallahua’lam.