ITQAN

Gapai Cita-cita Bukan Dengan Jiwa Hamba

Posted on Updated on

Universiti al-Azhar Tanta, MesirInfo gambar : Tingkat 3  itulah pejabat urusan kuliah Al-Quran, berurusan dengan muka simpati, tempat ambil kitab dengan pakcik cengil, ambil duit sumbangan dengan muka berseri dan macam-macam lagilah.

(Sambungan entry Kita Selesa Dengan Mudah)

“Ustaz, betulkah  sambung belajar kuliah di Tanta, selepas habis Shoubra itu, paaaayah sangat?” Beberapa siswa ITQAN bertanya pada saya.

“Siapa kata?”

“Adalah seorang ustaz itu. Baru-baru ini dia beritahu dalam kelas, jangan haraplah sambung belajar di Kuliah al-Quran, Tanta. Terlalu susah katanya. Belajarnya terlalu banyak, hafalan al-Quran  kena cair habis, bahasa Arab perlu kukuh.”

Saya tersenyum. Kasihan pelajar-pelajar ini, disogokkan dengan jiwa hamba oleh mereka yang berjiwa hamba.

“Kamu tengok ustaz cukuplah. Bukan pandai manapun. Dulu mengajar pun tidak ramai yang datang (ayat masih terasa hati ni)”

“Ustaz itu kata pada kita orang, buat apa belajar susah? Mesti kita semua hendakkan belajar kita mudah” seorang pelajar mencelah.

Ceh! Analogi hamba lagi, yang diputar belit agar jiwa penakut tidak kelihatan. Read the rest of this entry »

Kita Selesa Dengan Mudah

Posted on Updated on

Hidup kena fokus hala tuju“Ustaz, apakah kuliah yang paling mudah di Azhar, Mesir selain belajar di Ma’had Shoubra?”

Saya terpempan. Bukan dengan soalan tetapi bentuk pemikiran soalan. Setelah hampir dua jam saya mengisi slot hala tuju tersebut di ITQAN, soalan itu bagai menunjukkan sebuah tanda aras. Slot saya masih kurang berjaya dalam mengubah minda mereka jika diukur kefahaman jangka pendek. Mereka masih selesa dalam mudah. Takut anjakan, kurang keberanian dan ragu pada keupayaan untuk menggapai cita-cita. Masih tidak memandang akan kelebihan dan potensi yang ada pada mereka sendiri. Namun sekurang-kurangnya sudah ada pendedahan untuk difikirkan dari sekarang.

Kerana terpempan dan sedikit kecewa  jawapan saya juga mengikut rentak soalan. Jawapan kurang tepat apatah lagi untuk meyakinkan. Setelah difikirkan semula, sepatutnya saya lontarkan sebuah keyakinan. Mereka sebenarnya memiliki satu kekuatan. Read the rest of this entry »

Tunggulah, Aku Belum Jadi Baik

Posted on Updated on

(Satu luahan artikel yang terpendam setahun ditulis ketika masih mengajar di Ins. Tahfiz Al-Quran N.Sembilan (ITQAN). Ia telah digarap semula manakala situasi yang diluahkan mungkin sudah berubah atau kini bertambah baik.)

Bangunan ITQAN Yang Paling Damai (photo dari amizakhusyri.blogspot.com)“Ustaz, bagaimana perkembangan  anak saya selama ini?”

“Ustaz, ada perkembangan tidak hafalan anak saya?”

“Ustaz, kenapa matematik anak saya lemah?”

Itulah antara soalan-soalan stereotype yang diajukan kepada saya oleh ibu bapa  semasa sesi pertemuan tiga penjuru. Hari yang membanggakan sebahagian ibu bapa dan memalukan sebahagian yang lain. Apa pun sebagai guru yang belum dua tahun jagung ketika itu, sungguh saya berbesar hati dengan luahan dan perkongsian masalah yang diutarakan.

Ekspresi semangat ibubapa membuatkan perasaan terus terhambau wajah ibu dan arwah ayah yang berwajah gembira, setiap kali datang menghadap guru-guru yang berusaha untuk mendidik saya dahulu. Ayah seorang yang memegang prinsip guru tidak bersalah dan antara hieraki yang mempunyai kuasa penentu keberkatan. Walaupun ayah, bapa yang paling berpengaruh ketika itu, namun dia tidak pernah mempertahankan saya  dalam melayan segala adu domba saya padanya.

“Jangan ingat kau pandai, keputusan periksa cemerlang, kau akan berjaya kalau hati dan berkat guru kau tidak mampu jaga. Ayah bukan budak pandai, tetapi mungkin berkat guru, hidup ayah berjaya” ujarnya dan saya hanya mampu tarik muka kelat.

Berbalik pada banyak luahan dan harapan, saya sebenarnya masih terpempan dengan satu luahan seorang ibu.

“Ustaz, saya rasa di sini kurang suasana tarbiyahlah,” Read the rest of this entry »

Memori Tak Terdakap

Posted on Updated on

teacher“Sekarang dipersilakan guru yang mendapat Anugerah Guru Paling Peramah.” Naiklah seorang guru yang berusia akhir 20an ke pentas al-Syatibi. Lebih teruja apabila diiringi dengan tepukan yang begitu gemuruh di kalangan pelajar. Pasti ia rasa gembira, biarpun hari itu semua guru mendapat anugerah yang berbeza-beza. Masakan tidak,  baru setengah tahun ia menjadi tenaga pengajar dan masih ramai pelajar yang tidak di taaruf dan di kenali, bagaimana boleh dikenali sebagai guru yang peramah?

******

Seorang ayah bertanya dengan sinis kepada anaknya sambil tersenyum,“kenapa ini abang? Meriah buku rekod kamu, ada merah dan ada biru.” Read the rest of this entry »

Antara Kata-kata dan Tulisan

Posted on Updated on

writing-21Sebetulnya inilah penulisan saya yang pertama selepas menduduki peperiksaan SPM 1995. Artikel kecil ini telah dimuatkan di dalam salah satu buletin al-Islah  kelolaan Badan Kaunseling ITQAN (Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan) pada tahun lepas, ketika saya masih menjadi tenaga pengajar di sana. Maka artikel ini ketika itu lebih ditujukan kepada warga ITQAN, dan kini saya ingin kongsikan bersama untuk mendapat lebih kecerahan di sudut gaya penulisan dan jiwa saya.

“Ustaz, sekarang ni UBK telah buka peluang untuk mana-mana guru menyumbang artikel, jadi kalau ustaz ada artikel bolehlah hantar pada UBK” lembut tutur Mustakim ketua editor yang berjiwa besar.

“Ustaz bukan pandai menulis pun,” alasan saya untuk berdalih, namun teruja juga hati dengan pelawaan tersebut. Read the rest of this entry »