PWTC

Berjayakah KBAZ?

Posted on Updated on

Tempat duduk yang penuhSubhanallah dan alhamdulillah, itulah ungkapan sesuai yang terlahir dalam lubuk sanubari sebelum terpaculnya di bibir, apabila melihat keupayaan KBAZ. Sambutan yang luar biasa bagai menyentak perpepsi saya yang agak negatif  terhadap masyarakat dalam menilai kepedulian mereka terhadap Palestin sebelum ini.

Sungguh, saya yang berada di sudut gerak kerja yang paling hujung sekali, melihat dengan  begitu kagum akan kejayaan yang dilakarkan oleh PEMBINA dan AMAN Palestin kali ini. Isu ini dahulunya terpinggir, dan hanya sesekali terhangat, yang menjadi isu latahan masyarakat yang terfokus hanya apabila berlakunya pencerobohan Zionis yang terbaru. Namun usaha yang berterusan daripada pelbagai pihak, kelihatan isu ini masih hangat dan segar, dan buktinya dikejutkan dengan kehadiran peserta melebihi jangkauan.Pembentangan Dr Azzam Tamimi

“Ingatkan orang UMNO sahaja yang boleh berkonvesyen di PWTC.” Itulah kenyataan sekilas seorang peserta yang agak berumur,yang sempat saya dengar ketika dalam kesesakan peserta di luar dewan. Read the rest of this entry »