Tanta

Gapai Cita-cita Bukan Dengan Jiwa Hamba

Posted on Updated on

Universiti al-Azhar Tanta, MesirInfo gambar : Tingkat 3  itulah pejabat urusan kuliah Al-Quran, berurusan dengan muka simpati, tempat ambil kitab dengan pakcik cengil, ambil duit sumbangan dengan muka berseri dan macam-macam lagilah.

(Sambungan entry Kita Selesa Dengan Mudah)

“Ustaz, betulkah  sambung belajar kuliah di Tanta, selepas habis Shoubra itu, paaaayah sangat?” Beberapa siswa ITQAN bertanya pada saya.

“Siapa kata?”

“Adalah seorang ustaz itu. Baru-baru ini dia beritahu dalam kelas, jangan haraplah sambung belajar di Kuliah al-Quran, Tanta. Terlalu susah katanya. Belajarnya terlalu banyak, hafalan al-Quran  kena cair habis, bahasa Arab perlu kukuh.”

Saya tersenyum. Kasihan pelajar-pelajar ini, disogokkan dengan jiwa hamba oleh mereka yang berjiwa hamba.

“Kamu tengok ustaz cukuplah. Bukan pandai manapun. Dulu mengajar pun tidak ramai yang datang (ayat masih terasa hati ni)”

“Ustaz itu kata pada kita orang, buat apa belajar susah? Mesti kita semua hendakkan belajar kita mudah” seorang pelajar mencelah.

Ceh! Analogi hamba lagi, yang diputar belit agar jiwa penakut tidak kelihatan. Read the rest of this entry »

Kita Selesa Dengan Mudah

Posted on Updated on

Hidup kena fokus hala tuju“Ustaz, apakah kuliah yang paling mudah di Azhar, Mesir selain belajar di Ma’had Shoubra?”

Saya terpempan. Bukan dengan soalan tetapi bentuk pemikiran soalan. Setelah hampir dua jam saya mengisi slot hala tuju tersebut di ITQAN, soalan itu bagai menunjukkan sebuah tanda aras. Slot saya masih kurang berjaya dalam mengubah minda mereka jika diukur kefahaman jangka pendek. Mereka masih selesa dalam mudah. Takut anjakan, kurang keberanian dan ragu pada keupayaan untuk menggapai cita-cita. Masih tidak memandang akan kelebihan dan potensi yang ada pada mereka sendiri. Namun sekurang-kurangnya sudah ada pendedahan untuk difikirkan dari sekarang.

Kerana terpempan dan sedikit kecewa  jawapan saya juga mengikut rentak soalan. Jawapan kurang tepat apatah lagi untuk meyakinkan. Setelah difikirkan semula, sepatutnya saya lontarkan sebuah keyakinan. Mereka sebenarnya memiliki satu kekuatan. Read the rest of this entry »