Biodata

(Diedit pada 22 Mei 2009)

Setiap  kali saya melihat maklumat top post di bahagian dashboard, biodata masih lagi mendapat ranking yang tertinggi. Maknanya sesiapa yang mengunjungi blog, lazimnya akan berminat untuk mengetahui siapakah yang menulis dan empunya blog. Sebenarnya blog ini bermula dari ingin mencuba dan lahir untuk mengalihkan seketika tekanan peperiksaan. Namun, melihatkan perkembangan blog saya yang belum berusia sebulan ini semakin baik, dan ada yang sudi meletakkannya disudut blognya walaupun tidak mengenali saya, maka timbul rasa bersalah sekiranya saya tidak memperkenalkan diri dengan lebih lengkap. Cumanya gambar  kecil saya  itu diedit dengan PS, beberapa tahun yang lalu.

Terima kasih kepada semua yang menyokong, moga ini adalah sebahagian dari usaha untuk merubah  dan menambah kecintaan pada agama sekurang-kurangnya untuk diri saya. Segala sokongan, tunjuk ajar, pandangan dan nasihat adalah sangat dialu-alukan dan diharapkan agar tanggungjawab ini dapat disempurnakan dan bukan untuk istilah cuba-cuba lagi. InsyaAllah.

Ta'aruf Yang Tidak Seberapa

Pendidikan

………………………………………………………………………………………………………………………………………….

(Ditulis pada awal permulaan blog pada 25 April 09)

Saya seorang yang sederhana simple.

Masih menyambung belajar.

Pernah menjadi pendidik.

Suka berasional.

Asal N9, tapi lahir kat tempat lain.

Nak cerita lebih-lebih tunggulah dulu. Blog ni pun belum bagitahu orang kampung. Baru syok sendiri lagi. Harap beri sokongan dan tinggalkanlah sikit komen di Pandangan Tetamu.

Sapa nak beli?

Gambar yang hanya dapat menggula-gulakan anak buah saya.


67 thoughts on “Biodata

    NaDiaH NasiR said:
    April 29, 2009 at 3:25 pm

    Assalamu’alaikum ustaz..ermm,mmg senang ade blog ni,bkn pe klu kita amik dr sdut positifnya kita blh sharing ilmu kn..sbb kita mnusia ni mmg x kan ckup ilmu..sekurang2nya bila view blog shbt2 yg ade mklumat bermnfaat kita blh amik kn..yg penting ade usaha untuk mncari ilmu,insyaAllah dipermudahkan..smoga usaha kita mncari dan mnyebarkan ilmu di berkati&diredhai Ilahi..Amiin..

      tintataghyir responded:
      May 6, 2009 at 4:37 pm

      Cuba2 je ni, doakan ia bermanfaat. Syukran atas sokongan.

    najib said:
    May 2, 2009 at 10:51 pm

    teruskan usaha murni ini.anta berbakat dalam penulisan.nanti jangan lupa tesis ya

    cikgu ct said:
    May 5, 2009 at 2:11 pm

    salam.ustaz tulis la pengalaman ustaz waktu ustaz blajar kt oversea dlu..msti best

    saiedah said:
    May 6, 2009 at 8:13 pm

    salam
    ustaz.. tahniah berjaya menghasilkan blog sendiri..
    moga kita dapat sama2 mendapat manfaat n saling berkongsi ilmu.. 🙂

    Tronx013 said:
    May 8, 2009 at 5:46 pm

    salam..saya xkenal ustaz kot,tapi suka baca artikal yg ilmiah.. bguslah ada peluang untuk berdakwah melaui blog.. inshaAllah ..

    arigatogozaimas..

    Moga Ustaz jadi Ustaz yang dirahmati Allah.. rajin-rajin berdakwah guna blog ni… 🙂

      tintataghyir responded:
      May 9, 2009 at 12:56 am

      Syukran atas sokongan anta. Tak sampai 2 minggu kenal2 blog ni. Bykla kekurangannya.

    ihumaira said:
    May 9, 2009 at 12:46 am

    Assalamu’alaikum WBT… ziarah blog terlompat pulak ke blog ustaz… apa pun, didoakan moga thabat dlm stp perjuangan~

    ustaz hafiz ali said:
    May 9, 2009 at 10:53 pm

    enta syeikh na ….glamournya enta..

    Kaka said:
    May 10, 2009 at 11:20 pm

    ustat…pe kabar….

      tintataghyir responded:
      May 10, 2009 at 11:41 pm

      Alhamdulillah, maaf, siapa?

    AbuZiyad said:
    May 14, 2009 at 8:53 am

    mabruk!!
    tapi kenapa letak gambar burger kat atas 2?? hahaha..

      tintataghyir responded:
      May 14, 2009 at 4:07 pm

      Burger? Perli baik aaa. Takpa, burger yang masih tidak basi. Syukran melawat. Seselalulah jenguk.

    ayamutan said:
    May 15, 2009 at 12:14 pm

    buah cempedak di luar pagar..
    tolong la ajar sket2..

    abuumar al-baloki said:
    May 18, 2009 at 10:04 pm

    salamullahialaika ya akhi..

    rakan serumah..ape kabo?mcm mana enta d N9?dah nikah belum?

    kenai lagi tak ana?kalu ada masa layari blog ana di albaloki.blogspot.com ye..

    halim said:
    May 19, 2009 at 5:21 pm

    salam..nice blog!!heheh..bkn bodek ni..syukran ustaz sudi mgajar sy sem ni.syukran ats sume ilmu y ustz curhkan w/pun hkiktnyer dr Allah…

      tintataghyir responded:
      May 19, 2009 at 11:09 pm

      Syukran, bosan masa imtihan kelmarin, muncullah blog ini. Sikit sangat yang diajar pada antaorang, ukhuwah itu lebih penting.

    halim said:
    May 20, 2009 at 12:43 pm

    i.ALLAH…moga2 Allah Taala mnjga ukhwah y d bna ini.huhu!!

      tintataghyir responded:
      May 20, 2009 at 12:52 pm

      Selalu-selalulah lawat Lim. Bagi pandangan ke, apa ke.

    Abdul Hakim said:
    May 28, 2009 at 7:01 am

    Assalamualikum ustaz. Saya pun orang tampin, negeri sembilan. Bersekolah di SMK Tunku Besar. terima kasih lah singgah di blog saya. Misalannya ada perkara yang saya musykilkan boleh tak ajarkan saya ustaz ? Sudi tak ustaz beri tunjuk ajar ? Harap harap sudilah. Terima Kasih

      tintataghyir responded:
      May 28, 2009 at 10:28 am

      Jumpa juga waghih. Boleh, setakat mana yang mampulah. Sama-sama belajar.

    Abu Umair said:
    May 28, 2009 at 6:05 pm

    Assalamualaikum..

    ustaz asyraf yang dihormati..

    Syabas atas kewujudan blog ini. Moga dimanfaatkan oleh pengunjung.

    Adakah benar sangkaan saya bahawa ustaz adalah adik kepada kawan saya, Ust Rahimi bin Dato Hj Ibrahim, lepasan Univ Islam Madinah?

    Kalau benar, bererti kita pernah bertemu di Madinah dahulu sewaktu ustaz datang hj atau umrah, dari Mesir. Dan sampaikan salam saya kepada Ust Rahimi.

    Kalau tidak benar, maafkan saya kerana tersilap orang.

    Sekian.

      tintataghyir responded:
      May 28, 2009 at 6:26 pm

      Allah, ramai lagi yang ingat kedatangan ana dahulu. Itulah ukhwah yang Allah berikan, cumanya ana tidak dapat mengenali semua. Abang ana Us Rahimi yang beri link us tu. Sangat bermanfaat dan mungkin ana boleh jadikan rujukan Insya Allah.

    Abdul Hakim said:
    May 28, 2009 at 6:52 pm

    ha’ah ustaz.. tak sangka pulak jumpa waghih kat sini..

    ikramm said:
    May 29, 2009 at 1:49 pm

    salam..ust haji rupanya..apa khabar?lama x dengar berita..sihat ka?ingatkan ust asyraf mana tadi..cantik blog..baru sebulan tapi mantap gila..

      tintataghyir responded:
      May 31, 2009 at 10:18 am

      Alhamdulillah, biasa saja Ikram. Tengah cuti ni.

    sinar said:
    June 5, 2009 at 10:48 pm

    salam ziarah..teruskn di medan ini..

    qiraat tak masyi said:
    June 7, 2009 at 11:41 pm

    slm ziarah.barakALLAHufiek.smg ust berjaya di dunia dan akhirat.ana suka bc entri kat sini,bahasanya bagus dan isinya pun begitu.kagum tgk nama ayah ust.tak sngka anak VIP ada juga yg yg sebagus ini (dari segi agama) sbb byk sgt dgr yg tak elok ttg tarbiah kpd anak2 dari keluarga berkedudukan yg terlalu kebaratan.tp apapun stp manusia diuji,kalau tidak dgn kesusahan,dgn kesenangan.justeru itu yg diuji dgn kesenangan lebih sukar krn kalau senang kdg2 kita tidak ingat TUHAN tp insyaALLAH la ust bkn cmtu.smg thabat di jlnNYA

    adibunsaufa said:
    June 7, 2009 at 11:56 pm

    Salam Ziarah…Semoga Ustaz berjaya di dunia dan di akhirat..:-)

    emir.abu.khalil said:
    June 8, 2009 at 6:18 am

    assalammualaikum ustaz; salam ziarah daripada ana… bekas pelajar MANS (mungkin tak sempat jumpa) mohd azmir bin mohd razli, dari sydney…

    barakAllahu fiik, teruskan menulis…

    Abu Hamzah said:
    June 10, 2009 at 7:18 pm

    Assalamualaikum,
    ajiey, dah ada blog,
    mubarak.
    Banyak nostalgia tu…

    Salam Ziarah…

    ainaHusna said:
    June 14, 2009 at 6:41 pm

    salam ustaz,
    alhamdulillah.. menariknya blog ustaz, tak sangka ustaz ada bakat terpendam dalam penulisan.. insya’allah akan akan saya kabarkan ke seluruh pelusuk tampin.. 😉

    mohdHusni said:
    June 14, 2009 at 6:44 pm

    Tahniahh!! Teruskan usaha anta..

    Hafiz Khairudin said:
    June 28, 2009 at 1:54 am

    Ust Ajiey, ana ingatkan blog siapa pada mulanya. Tak sangka ustaz memiliki kemampuan satera tinggi.Teruskan menulis dan mendidik pembaca.

    Hafiz Medik Cairo, ingat lagi tak kat ana?

      tintataghyir responded:
      June 29, 2009 at 9:24 pm

      Hafiz menantu cikgu Azam ke? Kalau betul, ana ingat lagilah pada anta. Kalau tersalah minta maaf.Teringat pernah berprogram bersama di Bawabah 2. Alf Syukran atas sokongan. Selalulanh menjenguk ke sini.

    Hafiz Khairudin said:
    July 2, 2009 at 2:07 am

    Betul. InsyaAllah sentiasa menyokong tintataghyir. Moga terus membimbing pembaca mendekati Allah dan memahami erti kehidupan.

    Zubair Hassan said:
    July 3, 2009 at 7:27 pm

    ingat lg x sy…ust penah dtg umah sy kt madinah..kite makan nasi arab same2..pastu ngantuk bangat dlm kereta ..ust memang bagus la dh ade blog sendiri…kene sebar satu dunia nie…

      tintataghyir responded:
      July 8, 2009 at 12:39 am

      Eh, mestilah ingat. Mandi air panas pun tidak jadi gara-gara akh Azkiak terlalu mamai. Syukran melawat. Kirim salam pada dia.

    Syahida Majid said:
    July 4, 2009 at 3:20 am

    Salam ziarah dari dataran Syam

    rajawalibiru said:
    July 7, 2009 at 3:51 am

    Assalamualaikum..
    Rajawalibiru datang bertandang,

    Terima kasih atas kunjungan saudara. Semoga dapat berkongsi ilmu bersama.

    Tengah ambil MA ker?

    tintataghyir responded:
    July 8, 2009 at 12:08 am

    Syukran, Ya, masih tengah belajar lagi, doakanlah. Mesti seronok belajar di Maghribi. Boleh cerita sejarah Jabal Toriq

    Afandi said:
    July 8, 2009 at 11:09 am

    Salam ziarah ustaz,

    Suka membaca posting ustaz. Teruskan berblog moga bermanfaat ilmu yang dikongsi.

    Maizura Mohd Ederis said:
    July 9, 2009 at 7:27 am

    SAlam ziarah,

    Terima kasih krn lawat blog Tangisan Bulan Madu. Sy sedang buat kunjungan balas ke blog ini.

      tintataghyir responded:
      July 10, 2009 at 7:23 pm

      Terima kasih, pengalaman anda amatlah ditagih. Moga ada sesuatu yang saya boleh belajar dari anda.

    abdnafiq said:
    August 2, 2009 at 11:34 am

    mabruk ya prof!br skjp menulis,tp da nmpk sinarnye tu..mantop!!

    nadia said:
    August 2, 2009 at 8:13 pm

    salam…ust ade ajar tutorial pengajian qiraat x di ukm??

    studentygtensen said:
    August 19, 2009 at 11:36 pm

    salam usz…maaf la kalau komen sy xmcm org lain
    sblum tu bleh sy komen pasal pengajaran usz??? kalau boleh bru sy komen tp harap2 boleh la

      tintataghyir responded:
      August 20, 2009 at 2:36 pm

      Boleh sahaja. Tetapi berilah tahu ini pelajar saya kelas yang mana? Pelajar ITQAN ke, UKM tutorial dhobt ke, tutorial qiraat ke atau USIM? Email bagus juga kalau ianya lebih peribadi.

    .أوسم الطالبة said:
    September 3, 2009 at 11:32 am

    assalamualaikum w.b.t ust..best lwt blog ust.
    syukran tegas ajar kami hifz quran sdkt sbyk kami dpt p’btlkn bcaan,tp stiap kali nk msk kls kami tkt sgt2.(,”)

      tintataghyir responded:
      October 1, 2009 at 12:50 am

      Jangan tidak best pula bila sudah kena marah dalam kelas Quran. Apalah yang hendak ditakutkan, ustaz hanya ingin membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul. Kadang-kadang emosi biasalah, badan letih kot. Maaf banyak-banyak.

    urstuedent said:
    September 3, 2009 at 4:09 pm

    usz btul ke dh xnk ajar kiteorg…xbes la

      tintataghyir responded:
      October 1, 2009 at 12:48 am

      Maaf atas segala kekurangan Ustaz dalam mengajar antum. Dengarnya pengganti lebih hebat bukan?

    mujahidah said:
    September 11, 2009 at 10:58 pm

    salam.best dpt baca blog ust..truskan prjuangan.

      tintataghyir responded:
      October 1, 2009 at 12:40 am

      Syukran atas galakan. Moga sama-sama menyumbang demi kebaikan yang tersisa dalam diri.

    ain said:
    September 30, 2009 at 8:24 pm

    salam ustaz ashraf..
    alf shukran atas tunjuk ajar ustaz dalam tutorial qiraat bg sem ini
    Jazaakallah khairan kathiira..
    semoga perpindahan ustaz ke JAKIM dapat membawa manfaat yang besar terhadap dakwah islam..AAMIIN

      tintataghyir responded:
      October 1, 2009 at 12:29 am

      Syukran kerana mendoakan yang terbaik untuk Ustaz. Cuma maaf atas segala kekasaran dan katidakfahaman atas kelemahan Ustaz mengajar. Semoga antum masih meniti menuju kejayaan.

    urstuedent said:
    October 1, 2009 at 8:50 pm

    kalau tak krn usz mengajar sblum ni xkn usz baru ni puji kami pandai ye x usz?hehe…

      tintataghyir responded:
      October 2, 2009 at 3:03 pm

      Teruskan belajar. Sudah dapat guru lebih muda ini, jangan malas-malas menghafal manhaj Imam-imam itu.

    urstuedent said:
    October 9, 2009 at 5:24 pm

    usz nk tny..notes yg kelas qiraat guna tu dr kitab mane yer?hrp usz bleh bls cpt…

      tintataghyir responded:
      October 11, 2009 at 3:28 pm

      Nota itu dari kitab al-Manh al-Ilahiyah. Nama penuhnya tidak ingat sebab bukunya pun tidak ada pada Ustaz sekarang. Cuba tanya U.Fairul Amri, dia ada kitab tu.

    kqa24.usim.hifz qur. said:
    October 28, 2009 at 1:00 pm

    assalamualaikum ust.hrap chat la..dh xdpt la blaja qur ngn ust dh hbs sem dah..apepn syukran kathiran dgn sgala ilmu y dajar..bla dh hbs sem nie bla igt bab kne mrh rsa srnk plak..hehe..smoga hdup ust sntiasa dbrkati ALLAH.aminnn.. thanks a lot..studentkqa24 kslm dgn lafaz assalamualaikum w.b.t.doakan final kami..

      tintataghyir responded:
      December 7, 2009 at 2:16 pm

      Sama-sama doakan kejayaan. Selalulah menghafaz al-Quran ya.

    Sifu_Din said:
    December 11, 2009 at 12:38 pm

    Salam Ziarah

    Hmmm blog ni nampak menarik.

    Ada jugak iras-iras blog Saifulislam.com

    Teruskan usaha

    Hayya bina nahsul ahsan min ahsaniin

      tintataghyir responded:
      December 11, 2009 at 3:23 pm

      Syukran a’la barakatillah. Terlalu jauh sangat iras tu.
      Keterbatasan masih membelengu kreativiti. Cuma usaha mengislah diri sendiri.

    Nine said:
    January 15, 2010 at 11:13 am

    salam kenal ustaz..thanks sudi ziarah :=)

    ahmad luthfi said:
    January 15, 2010 at 4:44 pm

    slamulaikum ustaz…

    saya bekas plaja ustaz…
    skrg blaja kt terengganu…
    amik kos syariah…
    ustaz ingat lgi x??

Leave a comment