dakwah

Dakwah Bukan Menyondol

Posted on Updated on

Kum-kum?Ketika kecil sering saya ditakutkan dengan hantu Kum-Kum yang digambarkan dengan jelmaan wanita yang berpurdah. Ia berpurdah kerana menyorokkan wajah hodohnya yang lebih dasyat dari Nightmare. Ia hidup sezaman dengan hantu susu bawa anak selain hantu-hantu otai yang sudah sebati dengan jiwa masyarakat. Maka orang berpurdah hitam antara makhluk yang menyeramkan saya sekalipun di siang hari.

Pernah pula saya terbaca sebuah artikel pada zaman sekolah menengah, di dalam sebuah majalah yang lebih kurang bertajuk : Remaja jauhi 3 D. Read the rest of this entry »

Cinta Yusuf Tidak Berakhir?

Posted on Updated on

HatiSurah Yusuf adalah satu bentuk penceritaan yang hebat karya dari yang Maha Hebat. Kisahnya mengajak seseorang pembaca itu memikir dan bebas melihat kisah itu dari sudut tema mana yang ingin diangkat. Sangatlah menarik kelas penulisan berdasarkan surah Yusuf yang dianjurkan oleh PTS baru-baru ini. Seorang peserta kursus telah bertanya dengan Puan Ainon, dengan lebih kurang begini, “Adakah perlu kita mengarang dengan mengakhiri cerita tanpa bersatu? Bukankah dalam surah Yusof, Nabi Yusof tidak dinyatakan berkahwin dengan Zhulaikha?”

Persoalan itu juga sangat menarik perhatian saya seakan untuk menjawabnya. Seorang rakan peserta juga bertanya kepada saya, bagi mendapatkan kepastian, “Ustaz, betul kah Nabi Yusuf tidak berkahwin dengan Zhulaikha?” Read the rest of this entry »