Month: June 2009

Hakikat di Sebalik Keimanan Michael Jackson

Posted on Updated on

michael-jackson-converted-to-islam Sana sini orang masih menceritakan khabar kematian Michael Jackson yang matinya secara mengejut. Namun pemerhatian masyarakat di kita tidaklah terfokus sangat pada sebab kematiannya walaupun masih belum terungkai dengan sepenuhnya. Menariknya kematian selebriti ini responnya berlainan berbanding kematian penyanyi dunia yang lain. Apa yang menjadi titik persoalan sebahagian masyarakat kita yang bukan semua peminat fanatiknya adalah status keislamannya. Status agamanya inilah yang telah membawa kepada perbincangan dan perdebatan agama di internet secara meluas. Info ini jugalah yang menjadi tarikan magnet pada minda saya untuk mengikuti juga sedikit sebanyak perkembangan lanjut mengenai kematiannya. Read the rest of this entry »

Siri 1:Secebis Diari Bersama Abati

Posted on Updated on

17 Jun 2009

Hari ini saya telah menziarahi pusara ayah. Redup pagi seakan memahami perasaan kesunyian saya ketika di pusara. Rasanya sudah lebih sebulan saya tidak datang ke sini. Datang untuk mendoakan ayah di samping menyedekahkan fatihah, juga buat jiran-jirannya di sana. Selalunya selepas digesa oleh emak, barulah saya datang sambil menemani abang. Tetapi kali ini hati sendiri yang ingin ziarah tanpa di paksa atau di gesa.

Ketika berteleku keseorangan sambil menyentuh pusaranya sudah pasti terhimbau segala kenangan bersama ayah. Read the rest of this entry »

Siri Yusuf 2 : Al-Quran Hanya Folklore Story?

Posted on Updated on

Hayatilah al-QuranTeringat seorang akh yang ingin berkongsi pandangan, “Hendak tahu tip bagaimana kita lebih terkesan apabila baca al-Quran?

Jawab saya dengan mudah,“Tadabbur sahajalah.”

“Iyalah, hendak bangkit perasaan tadabbur itu bagaimana? Begini, Perasan tidak, kalau lihat terjemahan melayu setelah kalimah ‘katakanlah’ ada (wahai Muhammad). Dek terkesan dengan itu, kita jarang merasa Allah tujukan ayat itu untuk kita tapi pada Nabi sahaja. Sedangkan al-Quran itu dialog Allah dengan kita, bukannya dengan Nabi s.a.w semata. Nabi buat kerja apa?” Read the rest of this entry »

Warkah Wasiat Maimunah Abd Aziz Al-Wuhaiby

Posted on Updated on

Bila pulang ke kampung masa cuti ini, tidak sempat sangat untuk menulis. Emak mana yang tidak bising kalau menghadap komputer sahaja? Merayap ke sesawang lain, saya sangat tersentuh dengan kisah di dalam entry sebuah blog milik rakan abang saya. Bacalah bagi yang masih dihidupkan, untuk peringatan di antara bait-bait wasiat yang tertulis.

buku catatan terakhir

Pada 26 Mei lepas, seorang pendakwah terkenal di Arab Saudi Syeikh Abdul Aziz bin Muhammad al-Wuhaiby al-Tamimy telah kembali ke rahmatullah. Beliau sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalan raya menuju ke Al-Syarqiyyah. Read the rest of this entry »

Aku Tidak Tahu

Posted on Updated on

madinah yang bersinar ilmuKisah 4

Sesampainya dia di pintu kota Madinah,  pemuda itu berasa seperti  sangat lega. Masakan tidak, sekian lama dia telah bermusafir selama berbulan-bulan, demi melaksanakan amanah yang ditanggungjawabkan kepadanya. Juga betapa terujanya dia yang ingin sangat berjumpa dengan seorang ulamak yang sangat terkenal. Pasti segala persoalan yang dibawanya akan dapat dijawab dengan mudah dan jelas.

Tanpa memikirkan keletihannya,  beliau terus menanyakan orang-orang di kota , di manakah beliau boleh berjumpa dengan ulamak tersebut. Read the rest of this entry »

Berlagak Tahu Yang Jahil

Posted on Updated on

Jangan sampai macam ini

Kisah 1

2001

Majlis perpisahan selalunya saya datang dengan sepenuh hati, namun kali ini hanya separuh. Hati saya masih tidak berapa keruan semasa majlis tersebut.Kali ini benar-benar ikhlas hadir kerana ukhuwah biarpun terpaksa. Bukan lagi kerana ingin menjamu selera seperti kebiasaannya. Runsing memikirkan imtihan (peperiksaan) yang tidak tahu lagi bagaimana cara pertempurannya, tiba-tiba dijemput ke majlis perpisahan seorang akh (saudara). Saya di Tanta dan majlisnya di Kaherah. Mengenangkan budi baik akh tersebut, yang sentiasa melayan saya dengan baik dan sangat membantu, tidak wajar saya mohon keuzuran.

Antara agenda menarik majlis perpisahan, ialah lazimnya setiap tetamu diberi ruang untuk memberikan sedikit nasihat lembut mahupun teguran pedas.Setelah beberapa kali menoleh jam di dinding dan ketika saya tengah mengira  berapa orang lagikah yang belum bercakap, tiba-tiba butiran nasihat seorang kenalan akh ketika itu telah menarik perhatian saya. Read the rest of this entry »

Dakwah Bukan Menyondol

Posted on Updated on

Kum-kum?Ketika kecil sering saya ditakutkan dengan hantu Kum-Kum yang digambarkan dengan jelmaan wanita yang berpurdah. Ia berpurdah kerana menyorokkan wajah hodohnya yang lebih dasyat dari Nightmare. Ia hidup sezaman dengan hantu susu bawa anak selain hantu-hantu otai yang sudah sebati dengan jiwa masyarakat. Maka orang berpurdah hitam antara makhluk yang menyeramkan saya sekalipun di siang hari.

Pernah pula saya terbaca sebuah artikel pada zaman sekolah menengah, di dalam sebuah majalah yang lebih kurang bertajuk : Remaja jauhi 3 D. Read the rest of this entry »