Month: December 2009

Tidak Serupa Dentingan Loceng

Posted on Updated on

Ketika belajar dahulu, saya pernah menyewa sebuah rumah apartment enam tingkat yang berdekatan dengan sebuah gereja. Apartment yang  bertentangan dan menghadap bilik saya, betul-betul bersebelahan serta berkongsi dinding dengan gereja tersebut. Maknanya selama dua tahun, hari-hari telinga saya disumbat dengan dentingan loceng-loceng. Menariknya di sebelah gereja pula ialah masjid yang hanya dipisahkan dengan lorong kecil, yang mana pintu masuknya benar-benar bertentangan dengan pintu masuk gereja. Pelik bukan? Saya tidak terfikir Malaysia boleh buat sebegini untuk waktu sekarang.

Namun, Alhamdulillah walau telinga saya sudah lali dengan bunyi loceng tersebut, tidak pernah sekalipun hati saya terpesona dengan bunyian tersebut. Read the rest of this entry »

Bijak Berstrategi Hijrah Manusiawi

Posted on Updated on

Kaum Quraisy telah berkumpul di Dar al-Nadwah. Kata sepakat telah dicapai untuk membunuh Rasulullah s.a.w. Perintah hijrah kepada Rasulullah s.a.w juga telah turun. Lantas tanpa menghiraukan panas terik, Baginda bergegas-gegas ke rumah sahabatnya yang tercinta, Abu Bakar r.a. Menangis Abu Bakar kerana terharu dan rasa senangnya apabila dipilih untuk menemani Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w berpesan pada Ali r.a agar menggantikan tempat tidurnya nanti. Ali juga menerima amanah daripada Rasulullah s.a.w agar memulangkan barang –barang yang diamanahkan kepada Baginda sebelum ini. Rasulullah s.a.w telah mula mengatur strategi. Meskipun Baginda tahu bahawa beliau berada di kebenaran, namun itu bukan tiket untuk berlewa-lewa. Read the rest of this entry »

Orang Berbudi Kita Berbahasa

Posted on

Ketika menjenguk sesawang yang lain, perhati-perhati juga jika blog ini dijadikan pautan. Nampaknya masih sukar untuk ketemu. Ia tidaklah mengecewakan cuma ingin juga menjejak sesiapa yang menyokong usaha ke arah perubahan ini. Jumlah kunjungan juga nampaknya semakin baik setelah membeku beberapa bulan.

Jadi di sini saya mengharap sesiapa yang membuat pautan blog ini di sudut halaman kesayangannya, bolehlah beritahu pada komen di bawah makluman ini.  InsyaAllah bagi yang bersetuju, saya akan membalas pautan tersebut untuk blog anda di tepi halaman ini. Itupun bagi yang terawal sementelah masih ada ruang, dengan syarat ianya berinput positif.

Kini tengah mengemaskini  pautan-pautan di tepi blog ini. Facebook itupun akan ditukar kerana kehilangan password dan email. Naurah juga antara projek yang terbengkalai. Lain-lain sisipan juga akan digugurkan yang kebanyakannya atas kehilangan password. Suasana kerja telah menenggelamkan seketika asyik masyuk saya dalam pemblogan ini.

Bagi sesiapa yang setia tidak menggugurkan link saya selama tidak diupdated, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Your support on this matter is highly appreciated.

Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi hati kita suka.

Ruang Mat Rempit Dan Tizz Zaqyah

Posted on Updated on

Malam itu seperti yang direncanakan kami akan mengadakan temuseru dengan beberepa golongan sasar. Selepas diberikan sedikit taklimat dan dibahagikan kumpulan, kami mula bergerak untuk menuju ke tempat yang telah ditetapkan. Saya mengikut kumpulan yang pertama yang akan menemui sekumpulan pemuda yang akitivitinya merempit.

Setiba di lokasi yang dijanjikan, kelihatan sekumpulan anak muda sedang berkumpul dan seperti menunggu kami. Di bawah lampu taman yang samar-samar, mereka nampaknya seperti bersedia untuk bertemu. Read the rest of this entry »

Antara Ayyash dan Uqbah

Posted on Updated on

Pengaruh Abu Jahal

Pernah dengar mengenai Uqbah bin Abi Mui’th seorang pemuka Quraisy yang ingin memeluk Islam? Uqbah ini sangat berkawan rapat dengan Abu Jahal. Uqbah pada mulanya pernah ingin mengikut naluri fitrahnya ke arah kebenaran yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Ketika itu Abu Jahal berada di luar kota dan Uqbah pergi menemui Rasulullah s.a.w. Read the rest of this entry »

Kaku Idea

Posted on Updated on

Apakah perasaan kita apabila kita yang boleh bermain badminton, tiba-tiba tidak pandai memukul bulu tangkis? Kita yang pantas mengelecek dan merembat bola, tiba-tiba bermain dengan gerak sumbang dan terkial-kial? Atau lebih parah semalam pandai menyuap nasi, besoknya tidak tahu cara menjamah? Pastinya kehampaan yang mendalam atau hairan kebingungan yang tidak tahu punca. Read the rest of this entry »