Sukarnya Saya Buat Pilihan Ketika Ini

Posted on

Sekali lagi dalam hidup, saya terpaksa buat pilihan dengan tepat yang menagih pengorbanan. Bosannya.

Kelmarin saya mendapat khabar saya dikhabarkan tawaran jawatan tetap Pegawai JAKIM. Semalam suratnya sampai di kampung. Orang lain mungkin kegembiraan dengan seribu kesyukuran, apatah dalam waktu gawat dan sukar mencari kerja. Setakat ini tiada rakan setemuduga yang berjaya, ingin menolak. Namun tidak bagi saya, walau terasa kewangan saya makin terasa sempit.

Menerima tawaran, bermakna pengajian Sarjana sekarang terpaksa dikorbankan. Berhenti di tengah jalan. Keseronokan suasana akademik tetapi kemalasan siapkan tugasan juga akan berakhir. Kewangan pun mungkin stabil, tempoh perkhidmatan juga lebih panjang. Tidak ternafi peluang dakwah juga luas jika pandai mencipta ruang, apatah  JAKIM berkait rapat dengan agama. Maka jawatan ini antara menjadi pilihan sekiranya ingin berkhidmat dalam kerajaan.

Namun buat setengah jalan dalam pilihan belajar, bukan sifat saya biarpun hasil pendidikan tidaklah sempurna dan setinggi mana. Apa yang saya dapat lakukan, kuatkan doa agar pilihan nanti tepat di samping membuka ruang dakwah yang lebih luas. Ikut sahaja gerak hati, tetapi hati saya tidak bersih. Yakinnya Abu ‘Ala al-Maududi dalam membuat keputusan kerana satu pegangan. Ia yakin pilihannya tepat selagi mana hatinya ikhlas.

Alangkah bagus kiranya ada yang menasihati dan memberi peransang. Namun sehingga kini hati sangat sayangkan pengajian sekarang, biarpun belajar makin memeningkan. Adakah ianya tepat? Atau masih ada ruang dan cara kedua-duanya boleh digapai dan tidak dikorbankan? Wallahua’lam.

18 thoughts on “Sukarnya Saya Buat Pilihan Ketika Ini

    abdnafiq said:
    August 8, 2009 at 10:31 am

    pohon petunjuk dr Tuhan dan istikharah adalah jalan yg terbaik ya ustazal mahbub..

      tintataghyir responded:
      October 1, 2009 at 1:14 am

      Doakan Ustaz selalu Nafi ketika anta berada di sana, bumi yang penuh kerinduan.

    Abu Hamzah said:
    August 9, 2009 at 12:39 am

    Robbuna yusahhil…

      tintataghyir responded:
      October 1, 2009 at 1:12 am

      Alhamdulillah, Allah bukakan jalan atas berkat doa ikhwah-ikhwah semua.

    are'da said:
    August 10, 2009 at 5:44 pm

    ustaz..sayunya baca kisah ustaz..kalau sy, mesti la suka ustaz belajar dan jadi tutor kat UKM ni..ustaz best..saya ada impian nak ambik master..tp kena posting dulu sbb saya dalam bidang pendidikan..sy jeles dgn sesiapa yg dpt amik master skrg..sayang la kalau ustaz x habiskan..org kata, sekali kita da melangkah, jgn undur kebelakang..erm..tapi dari sudut yang lain, ustaz kna la buat istikharah kan..ustaz lebih memahami situasi ustaz..sy doakan ustaz dpt buat pilihan yg terbaik dan dalam keredhaan Allah selalu..

      tintataghyir responded:
      October 1, 2009 at 1:10 am

      Jangan sayu-sayu, ini bukan meraih simpati, cuma ingin mohon pandangan dari hati-hati yang penuh ketelusan. memang seronok mengajar di UKM, cuma rezeki tetap itu belum ada. Alhamdulillah, moga pilihan Ustaz tepat dan kuliah tetap diteruskan.

    najib said:
    August 11, 2009 at 12:18 pm

    buatlah pilihan yang terbaik.biar kita yang buat keputusan sendiri dan kita akan dapat rasa kepuasannya.mcm ana dulu,ana terpaksa tinggalkan kerjaya ana sbg tutor di salah sebuah ipts untuk sambung kpli,ternyata kita tidak seronok kerana itu bukan pilihan kita tapi ana redha kerana itu juga adalah keputusan ibu ana.mungkin ada hikmahnya.dan sekarang dok sambung belajar.Nasihat ana yg pertama:TANYA IBU ANDA….Percayalah!pilihan ibu adalah pilihan yang terbaik………….

      tintataghyir responded:
      October 1, 2009 at 1:08 am

      Syukran Jib, nasihat yang sangat membantu. Keputusan ana ini sememangnya banyak dipengaruhi ibu ana biarpun dia tidak memaksa dan menyerahkannya pada ana. Harap anta sentiasa membantu dan ukhuwah tetap kukuh terjalin.

    sifu mirza said:
    August 12, 2009 at 10:00 am

    salam saudara,

    jika saya berada dalam posisi saudara..

    saya akan memilih untuk teruskan pengajian sarjana saya..

    mengaji dan bekerja juga adalah ibadah…

    satu meneguk ilmu..
    satu lagi berjalan atas ilmu..

    🙂

      tintataghyir responded:
      October 1, 2009 at 1:07 am

      Syukran atas pandangan. Alhamdulillah kedua-duanya masih tidak tertutup.

    halim said:
    August 21, 2009 at 11:42 am

    salam ustaz..oooo.dpt twran ek?sy x lyk tuk bckap sbnrnyer, maklumlah msih student.hehe..tp bg sy, stdy first. kerja ad d mna2..sy pernah d nshatkn oleh ustz sy dlu lps form6..Dia ckp, ” lim, hbs exm ni, g la blajr kat mna2..pndok ke, jgn duk cbuk cri kerja ag. jgn bmbg la, org blajar agma ni rezeki murah.ad kt mna2..”..hehe..sjer nk kongsi. sy pn ykin cm 2 gk.so, sy yakin ustaz thu apa y ptut ustaz plih………

      tintataghyir responded:
      October 1, 2009 at 1:04 am

      Syukran atas nasihat Lim. Ustaz terpaksa juga menerima kerja itu kerana memikirkan tanggungjawab lain yang telah terpikul. Apa pun doakan Ustaz mencapai cita-cita yang sebenar dalam kehidupan. Ambil dahulu peluang mana yang datang dahulu.

    Mus said:
    August 24, 2009 at 11:31 pm

    salam akhi mahbub..

    Bg ana….pada situasi yang dibawah pandangan mata lahiriah sy….utz patut memikirkan masa depan yang lebih menjamin dan terjamin….

    Allah ada pada sangkaan hamba-Nya…

    Gendang di palu rebana dipukul,
    Buat rombongan si pinang mendatang,
    Gulana ilmu usah dikumpul,
    Dikejar ia pasti datang.

    Allahumma sahhiluka `an masalatuka…
    bittaufiq wa an-najah..amin…

      tintataghyir responded:
      October 1, 2009 at 1:01 am

      Maaf Mus, lambat reply. Alhamdulillah rasanya setakat ini masih baik lagi. Doakan Ustaz berjaya dalam kedua-dua bidang ini dan tiada yang ketinggalan atau terabai.

    hafidzi said:
    August 28, 2009 at 1:11 am

    Salam ustaz haji Asyraf bin dato’ haji Ibrahim al-Tantawi…

    Sy tak tahu nak cakap mcm mana kerana sy tidak berada di tempat ustaz dan sy tidak tahu ape yang ustaz fikirkan antara mana yang lebih baik dan saya juga hanyalah seorang pelajar yang rasanya tidak layak untuk memberi pandangan…..TAPI SAYA YAKIN USTAZ TAHU APA YANG USTAZ PILIH…..(^_^)

      tintataghyir responded:
      October 1, 2009 at 12:54 am

      Syukran atas nasihat. Biarpun anta lebih muda namun kecairan Quranmu membuatkan Ustaz sangat menghargai pandangan anta. Alhamdulillah Allah bukakan jalan. Moga ianya yang terbaik.

    urstuedent said:
    September 3, 2009 at 4:10 pm

    usz xyh la keje kt sane…ngaja lagi bes usz…

      tintataghyir responded:
      October 1, 2009 at 12:47 am

      Mengajar memang best apatah lagi di IPT, cuma tuntutan juga mendesak untuk Ustaz mengambil peluang yang datang dahulu. Ada rezeki, akan datang boleh lagi mengajar Insya Allah. Doakanlah

Leave a comment