Masihkah ada sinar?

Posted on Updated on

Masih ada sinar?

وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّہۡلُكَةِ‌ۛ وَأَحۡسِنُوٓاْ‌ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.  Baqarah : 195

“Hari ini kita akan pergi ke Sinar Salam untuk agihkan sumbangan raya. Anta kena ikut sekalilah.”

Baru sahaja saya berura-ura ingin mendapat kebenaran keluar untuk mengikuti kelas Sarjana di UKM, tetapi  arahan pula yang dapat. Selaku pegawai baru, saya segan untuk meminta pengecualian yang akhirnya saya terpaksa akur dengan arahan tersebut. Selepas mesyuarat di Masjid Wilayah, kami terus ke Sinar Salam yang terletak di celah-celah lorong Chow Kit. Chow Kit bukanlah terlalu asing bagi saya kerana pernah juga ke sini untuk membeli barang secara borong.

Kunjungan tanda sokonganKami disambut mesra oleh seorang wanita separuh umur yang kelihatannya masih bersemangat. Beliaulah yang mengusahakan Sinar Salam ini bersama dengan suaminya. Ketika melihat bilik yang di atas, kami diketemukan dengan seorang wanita muda yang kurus cengkung dan tidak bermaya. Seorang penagih tegar yang cuba untuk mengurangkan ketagihannya dengan berlindung seketika di Sinar Salam. Beliau yang berumur 26 tahun, yang telah menagih selama 10 tahun hanya mampu tersenyum kelat apabila disapa dan dikerumuni oleh kami.

“Emak ayah masih ada ke?” Dia mengangguk lesu.

“Raya ini balik kampung ke tidak?” Dia menggeleng.

“Hari ini, puasa ke tidak?” Sekali lagi menggeleng lemah.  Biarpun sebagai penagih, pasti perasaannya berasa malu dan apatah lagi ketika itu di akhir-akhir Ramadhan.  Saya hanya memikirkan betapa ruginya seorang wanita muslim yang sepatutnya mampu melahirkan generasi muslim akhirnya masih mamai hanyut dalam dunia kelam yang tidak berkesudahan. Tergambar juga betapa gembiranya ibunya yang melahirkan dan keluarga yang menyambut kelahirannya akhirnya pasti remuk melihat keadaannya kini.

Esoknya kami ke Istana Budi yang menempatkan beberapa pesakit Aids yang kesemuanya Muslim. Sedihnya mereka ini dahulunya  di bawah jagaan kebajikan Kristian(Welcome Community Home) sehinggalah ada inisiatif MAIS untuk membantu Yayasan Budi dalam mengelolakan kebajikan mereka. Kami disambut oleh seorang Ustazah yang begitu prihatin dan bersungguh-sungguh memantau dan menjaga mereka ini. Melihat keadaan mereka, jujur saya teragak-agak ketika menyalami mereka. Penangan penyakit tersebut telah merubah fizikal dan wajah mereka yang kelihatan lebih tua, lemah dan kulit menjadi kedut kehitaman. Apabila melihat renungan mereka dengan penuh rasa sayu dan kasihan, menjadikan kita insaf dan bersyukur.

kekurangan prasarana Penawar yang menginsafkanBerkunjung pula ke Yayasan Penawar, sekali lagi saya merasa kerugian pada agama apabila bertemu sekumpulan pemuda yang masih menerima rawatan di sana. Alangkah bagusnya jika tenaga pemuda-pemuda ini digunakan untuk berjuang pada agama dan bukannya tercampak berada di sini. Terasa kagum melihat kegigihan sukarelawan yang sanggup meluangkan masa dan tenaga bagi memulihkan anak bangsa. Bertemu dengan insan-insan ikhlas sebegini membuatkan saya tersedar betapa jauhnya sumbangan saya dalam menyatakan cintanya pada agama.

Masih ramai lagi golongan terpinggir di luar sana yang masih tidak terbela dan dihiraukan. Kesilapan-kesilapan mereka dalam memilih haluan hidup telah menghukum mereka ke satu daerah yang terasing dan dipandang hina. Namun pastinya masih ada ruang sinar untuk kehidupan mereka dan masih ada ruang untuk kita membantu mereka menjadi manusia yang sedar hakikat diri sebagai hambaNya.

6 thoughts on “Masihkah ada sinar?

    sifu mirza said:
    October 6, 2009 at 6:07 pm

    salam,

    mudah-mudahan saudara diberi kekuatan oleh Allah untuk menegakkan kalimahNya di muka bumi ini…

    🙂

      tintataghyir responded:
      December 7, 2009 at 2:35 pm

      InsyaAllah, segala untukNya.

    urstuedent said:
    October 8, 2009 at 12:18 am

    biler usz nk bw kiteorg plak g sane….wt prog

      tintataghyir responded:
      December 11, 2009 at 8:25 pm

      Boleh sahaja. Kita sememangnya perlukan remaja dan belia yang ingin bersama. Pergi itu, insaf juga kita walaupun mungkin seketika.

    halim said:
    October 25, 2009 at 9:48 am

    salam ustaz…hehe!!cm syok jer kjer ustaz. seronok kn dpt selami hati msyrakat? bru la dpt kta tnya diri kita apa smbgn kta utk agama..so, sbgai da’ie ambkla prnan sptutnya sbb bmbg kta slama ini hnya bdkwah pd org y da berada d surau n msjid, y dh memg duk dlm mjis ilmu sntiasa tp kita lupa untuk trun pdg mlhat n bdkwah pd msyrakat2 y jauh dr agma cm ustz la g lorg2 chow kit, trun ke yysan pnawar n sbgainya..mrk y d sna lbh mmerlukan seorg da’ie utk mngajar mrka..jmpalah mrk, santunilah mrk, nsahat la mrk bntu mrk moga2 mrk mmpu berubah n mnjd lbh baik..amiin

      tintataghyir responded:
      December 7, 2009 at 2:20 pm

      Kadang-kadang syok, tetapi kadang-kadang syak, ikhlas ke hati ini buat kerja ini? Susah untuk menyelami hati masyarakat apatah lagi bagi mereka yang terasing. Apa yang penting, jangan terlalu stigma dan kita juga serba kekurangan. Setiap manusia inginkan kebaikan dan tiada manusia yang dilahirkan jahat.

Leave a reply to halim Cancel reply